Kisah Kaisara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kisah Kaisara
GenreDrama remaja
PenciptaAziz M. Osman
Ditulis oleh
  • Amor Rizan
  • Aben Othman
  • Nyon Othman
  • Irwan Idris
  • Yob Fadzil
  • Husni Othman
PengarahNyon Othman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan
  • "Jikalau Aku" oleh Ezlynn (Musim 1)
  • "A.E.I.O.U." oleh Elliza Razak dan Ahli Fiqir (Musim 2-3)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod39 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifNor Aliah Lee
PenerbitAziz M. Osman
Penyunting
  • Faizal Bakhtar
  • Aben Othman
LokasiMalaysia
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran19–20 minit
Syarikat penerbitan
Ace Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Oktober 2007 (2007-10-30) – 23 September 2009 (2009-09-23)
Pautan luar
Laman sesawang

Kisah Kaisara ialah sebuah siri drama remaja Malaysia 2007 terbitan Aziz M. Osman,[1] dibintangi oleh Sari Yanti, Nabila Nasir, Farid Irwan Baharin, Elliza Razak, Wan Sharmila, Aeril Zafrel, Faralyna Idris dan Faizul Hafiz. Premis cerita ini berkisarkan tentang pelajar perempuan sekolah menengah bernama Kaisara, yang belajar di SMK Yaacob Latif, Kuala Lumpur. Siri ini memulakan tayangan perdana dari 30 Oktober 2007 dan tamat pada 23 September 2009 di TV3 dan TV9 sebanyak 3 musim dan 39 episod.

Sewaktu disiarkan, siri ini telah disenaraikan sebagai antara 5 teratas rancangan TV Malaysia yang paling ditonton pada 2007 dengan jumlah 3.5 juta penonton[2] dan meraih jumlah pengikut yang terbesar, terutama di kalangan gadis remaja.[3][4] Siri ini ditaja oleh Kotex. Sebuah webisod berdasarkan daripada siri ini dilancrkan pada Julai 2010 dengan berdurasi selama 15 minit setiap episod.[5] Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[6][7][8]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang gadis bernama Kaisara, seorang gadis bertudung yang sentiasa berfikiran positif mengharungi kehidupan remaja walaupun telah kehilangan ibu kerana penceraian. Drama ini memfokuskan tentang kehidupan remaja. Kisah Kaisara dikecilkan skopnya dengan memberi fokus kepada kehidupan pelajar sekolah menengah, khususnya di kalangan gadis remaja. Isu-isu yang dipaparkan dalam drama ini juga lebih kepada apa yang pelajar sekolah sering lakukan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Sari Yanti sebagai Kaisara (Musim 1–3)
  • Nabila Nasir sebagai Yanie (Musim 1)
  • Wan Sharmila sebagai Amy (Musim 1–3)
  • Elliza Razak sebagai Dania (Musim 1–3)
  • Farid Irwan Baharin aka PDM sebagai Aben (Musim 1–2)
  • Aeril Zafrel sebagai Andi (Musim 1)
  • Faizul Hafiz sebagai Haris (Musim 2-3)
  • Faralyna Idris sebagai Hana (Musim 2-3)
  • Reza Syafiq sebagai Shahrin (Musim 3)
  • Ayu Shuhada sebagai Julie (Musim 3)

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Episod[sunting | sunting sumber]

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhir
11330 Oktober 2007 (2007-10-30)22 Januari 2008 (2008-01-22)
21329 Ogos 2008 (2008-08-29)4 November 2008 (2008-11-04)
3131 Julai 2009 (2009-07-01)23 September 2009 (2009-09-23)

Musim 1 (2007–2008)[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
Tajuk Tarikh siaran asal
11"Berbalas-Balas"30 Oktober 2007 (2007-10-30)
22"Kawan Baru"6 November 2007 (2007-11-06)
33"Mama Oh Mama"13 November 2007 (2007-11-13)
44"Cari Kawan Untuk Cari Gaduh"20 November 2007 (2007-11-20)
55"Sahabat"27 November 2007 (2007-11-27)
66"Rupa Atau Sikap"4 Disember 2007 (2007-12-04)
77"Buat Hal"11 Disember 2007 (2007-12-11)
88"Kena Main"18 Disember 2007 (2007-12-18)
99"Rumah Itu Syurgaku"25 Disember 2007 (2007-12-25)
1010"Jangan Sombong"1 Januari 2008 (2008-01-01)
1111"Matchmaker"8 Januari 2008 (2008-01-08)
1212"Rahsia Terpendam (Part I)"15 Januari 2008 (2008-01-15)
1313"Rahsia Terpendam (Part II)"22 Januari 2008 (2008-01-22)

Musim 2 (2008)[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
Tajuk Tarikh siaran asal
141"Kisah Bermula"29 Julai 2008 (2008-07-29)
152"Dilema"5 Ogos 2008 (2008-08-05)
163"Tak Sesuai"12 Ogos 2008 (2008-08-12)
174"Surat Berantai"19 Ogos 2008 (2008-08-19)
185"Sara Tak Kisah"26 Ogos 2008 (2008-08-26)
196"Eh... Siapa Nak Kahwin?"2 September 2008 (2008-09-02)
207"Main Api"9 September 2008 (2008-09-09)
218"Kenapa Hana"16 September 2008 (2008-09-16)
229"Syok Sendiri"23 September 2008 (2008-09-23)
2310"Serkap Jarang"14 Oktober 2008 (2008-10-14)
2411"Eii... Takutnya"21 Oktober 2008 (2008-10-21)
2512"Nak Buat Lagu Mana?"28 Oktober 2008 (2008-10-28)
2613"Hilang"4 November 2008 (2008-11-04)

Musim 3 (2009)[sunting | sunting sumber]

Catatan: Musim 3 mula bersiaran di TV9.[9][10]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
Tajuk Tarikh siaran asal
271"Perjanjian"1 Julai 2009 (2009-07-01)
282"Sama Seperti Dahulu"8 Julai 2009 (2009-07-08)
293"Ramalan"15 Julai 2009 (2009-07-15)
304"Sunday Matinee"22 Julai 2009 (2009-07-22)
315"Biar Betul"29 Julai 2009 (2009-07-29)
326"Dalang"5 Ogos 2009 (2009-08-05)
337"Cuti-Cuti Malaysia"12 Ogos 2009 (2009-08-12)
348"Slumber Party"19 Ogos 2009 (2009-08-19)
359"Krisis"26 Ogos 2009 (2009-08-26)
3610"Kesedaran"2 September 2009 (2009-09-02)
3711"Cabaran"9 September 2009 (2009-09-09)
3812"Kawan Makan Kawan"16 September 2009 (2009-09-16)
3913"Perpisahan"23 September 2009 (2009-09-23)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Emas untuk kategori The Best Use of Sponsorhip di Anugerah Media MSA Malaysia 2008[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (31 Oktober 2007). "Drama bersiri Kisah Kaisara lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Februari 2012.
  2. ^ a b Budiey (21 Julai 2008). "Sekitar majlis pelancaran Kisah Kaisara musim ke-2". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Februari 2012.
  3. ^ "Explore with Kaisara" [Jelajah bersama Kaisara]. The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 19 Julai 2010. Dicapai pada 25 Februari 2012 – melalui PressReader.
  4. ^ "Kisah Kaisara kembali lagi di TV3". Yazid Rosly. 5 Ogos 2008. Dicapai pada 25 February 2013.
  5. ^ "Kotex lancar siri web Kisah Kaisara". Berita Harian. 21 Julai 2010. Dicapai pada 25 Februari 2012.
  6. ^ Kisah Kaisara Musim 1 (2007): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  7. ^ Kisah Kaisara Musim 2 (2008): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  8. ^ Kisah Kaisara Musim 3 (2009): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  9. ^ Wahida Asrani (25 Jun 2009). "Kaisara ingin rasai dunia percintaan". mStar Online. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  10. ^ "Terkini Di Hatiku!: Kisah Kaisara @ TV9". TV9. 2 Julai 2009. Dicapai pada 24 Februari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]