Kisah Yang Hilang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kisah Yang Hilang
GenreKomedi
Seram
Ditulis olehRizuan Mat Nor
PengarahMohd Azaromi Ghozali
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Teo
PenerbitDavid Teo
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Disember 2017 – 12 Februari 2018
MengikutiMuzium Misteri

Kisah Yang Hilang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan dan Wan Gegau. Siri ini memulakan tayanya perdana di Slot Seramedi TV3 dari 26 Disember 2017 hingga 12 Februari 2018 menggantikan Muzium Misteri.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, atas saranan rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang dikatakan berlaku banyak kejadian aneh dan diragukan kewujudannya iaitu Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi. Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, komputer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik arwah datuknya. Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran tentang kampung tersebut.

Spoiler: Kampung Sungai Ajal tidak wujud di dunia nyata. Penduduk kampung tersebut - Tok Penghulu, Tiga Serangkai, Suri dan setiap orang kampung yang Aqil berinteraksi sejak dari episod pertama bukan manusia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Amai Kamarudin sebagai Baihaqi
  • Ema Latah sebagai Opah
  • Faris Fitri sebagai Dharma
  • Syaa Nasir sebagai Mila
  • Rashidah Jaafar sebagai Mak Tom
  • Azam sebagai Adi
  • Carolina sebagai Nurul
  • Adik Putri Qaseh sebagai Tini
  • Pak Wahab sebagai Imam
  • Nurin sebagai Mak Su
  • Zul Genting sebagai Pak Su
  • Aida Othman sebagai Baizura
  • Daniel Fiq sebagai Wahyu
  • Maria Wati sebagai Mak Fatin
  • Adik Baby Sofea sebagai Fatin
  • Nana Lisa sebagai Fiqah
  • Tengku Fiella sebagai Melati
  • Adam Shah sebagai Habib
  • Shikin sebagai Mustika Habib
  • Amir sebagai Edika
  • Farah sebagai Melur
  • Hanif sebagai Zafar
  • Wan Abdul Hadi sebagai Amirul
  • Ain (Awok) sebagai Melda
  • Che Mat (Raja Lawak) sebagai Tok Kening
  • Bade Arell sebagai Shaari
  • Nor Azam sebagai Azman
  • Hazwan (XoX) sebagai Hairi
  • Filzah (Awok) sebagai Mira
  • Jeff Hasan sebagai Kamal
  • Shukri Tahir sebagai Azahari
  • Nadhealee sebagai Azalia
  • Putri Amirah sebagai Azmira
  • Azlina Md Noor sebagai Kalin
  • Akmal Rahman sebagai Raden
  • Fify Azmi sebagai Hana
  • Khalie Azmi sebagai Hanim
  • Rosnah sebagai Asnah/Asiah
  • Shida Ali sebagai Mek Nak
  • Jue sebagai Sarah
  • Mior Wan Fareez sebagai Muzir
  • Lisbell sebagai Ani
  • Taufiq Hidayat sebagai Hasbi
  • Elanie Aidid sebagai Kesuma
  • Yusri Salleh sebagai Kazman
  • Kismah Johar sebagai Nek Wok
  • Adik Shazzy Edora sebagai Lisa
  • Numan Salleh sebagai Tok Sakri
  • Zunensinari sebagai Sofea
  • Sheera Edora sebagai Elly
  • Anuar Hamid Aziz sebagai Tok Sudir
  • Yayu sebagai Suri Gemuk
  • Ahis Farhan sebagai Shahrul
  • Nurul Nabila Aliah sebagai Mustika
  • Nor Hisham Mokhtar sebagai Inspektor Sham

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Kisah Yang Hilang (TV3) My Infotaip (24 Disember 2017). Dicapai pada 7 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]