Pergi ke kandungan

Kishiryu Sentai Ryusoulger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kishiryu Sentai Ryusoulger
GenreTokusatsu
Superhero
Aksi
Fantasi
Fiksyen sains
Pencipta
Dibangunkan oleh
Junpei Yamaoka
PengarahKazuya Kamihoriuchi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kishiryu Sentai Ryusoulger"
Dinyanyikan oleh Tomohiro Hatano
Lagu penutup"Que Booom! Ryusoulger"
Dinyanyikan oleh Sister Mayo
PenggubahKiyoshi Yoshikawa
Negara asalJepun
BahasaJepun
Bilangan episod48
Penerbitan
Penerbit eksekutifMotoi Sasaki (TV Asahi)
Penerbit
  • Chihiro Inoue (TV Asahi)
  • Ayumi Kanno (TV Asahi)
  • Shinya Maruyama (Toei)
  • Kazuhiro Takahashi (Toei)
  • Kōichi Yada (Toei Agency)
  • Akihiro Fukada (Toei Agency)
Tempoh siaran24–25 minit
Syarikat penerbitan
  • TV Asahi
  • Toei Company
  • Toei Agency
Penyiaran
Saluran asalTV Asahi
Siaran asal17 Mac 2019 (2019-03-17) – 1 Mac 2020 (2020-03-01)
Kronologi
MengikutiSuper Sentai Strongest Battle
Diikuti olehMashin Sentai Kiramager
Pautan luar
Official website (TV Asahi)
Tapak sesawang penerbitan
  • TV Asahi
  • Toei Company
  • Toei Agency

Kishiryu Sentai Ryusoulger (騎士竜戦隊リュウソウジャー, Kishiryū Sentai Ryūsōjā) [Note 1] adalah siri tokusatsu dari Jepun. Siri adalah siri Super Sentai ke-43 dari rangkaian Siri Super Sentai yang dihasilkan oleh Toei. Menggantikan Kaitou Sentai Lupinranger VS Keisatsu Sentai Patranger dan mengikuti miniseri TV khas selama empat minggu, Super Sentai Strongest Battle. Walaupun episod siri ini kebanyakkan ditayangkan di era Reiwa, tetapi ini dianggap sebagai seri terakhir era Heisei, sejak terakhir kali sebuah era berubah, era itu didasarkan pada saat pertunjukan dimulakan.[1] Ini adalah Super Sentai keempat yang menggunakan motif dinosaurus, setelah didahului oleh Zyuden Sentai Kyoryuger (dan Zyuden Sentai Kyoryuger Brave), dan juga yang pertama menggunakan motif ksatria.

Rancangan ini disiarkan dari 17 Mac 2019 hingga 1 Mac 2020, bergabung dengan Kamen Rider Zi-O, diikuti oleh Kamen Rider Zero-One dalam barisan Super Hero Time di stesen TV Asahi, menjadikannya siri Super Sentai pertama yang tidak debut pada bulan Februari sejak Gekisou Sentai Carranger.[2][3][4] Selepas episod akhir pada 1 Mac 2020, ianya digantikan oleh Mashin Sentai Kiramager. Ryusoulger mula ditayangkan di Korea Selatan pada bulan Ogos 2019 dinamakan sebagai Power Rangers Dino Soul semasa ditayangkan. Rakamannya akan disesuaikan untuk Power Rangers musim ke-28 - Power Rangers Dino Fury bermula pada tahun 2021.

Ryusoulger mempunyai 5 orang ahli yang bertemakan ksatria dinosaur, kemudian ditambah 1 lagi ahli baru berwarna emas dan ditambah 1 ahli lagi yang bermula sebagai antagonis bernama Gaisoulg.

65 juta tahun yang lalu, Suku Druidon yang berkuasa memerintah Bumi. Suku itu meninggalkan planet Bumi ketika meteor raksasa jatuh ke Bumi, dan berjanji bahawa mereka akan kembali suatu hari untuk memerintah lagi di Bumi.

Suku-suku Ryusoul yang berperang melawan Druidon pernah tinggal di Bumi, bersama dengan kawan dinosaur mereka, Kishiryu. Ketika suku Ryusoul bertahan dari zaman air batu kerana kehadiran meteor raksasa, mereka menempatkan kawan Kishiryu mereka ke dalam Ryusouls dan menterai mereka di kuil-kuil di seluruh dunia.

Masa telah berlalu dan suku Druidon akhirnya kembali setelah berada terlalu lama di angkasa lepas dan benar-benar telah meningkatkan kekuatan mereka. Suku Ryusoul yang menjaga Bumi pada masa lalu telah memilih ksatria baru: the Ryusoulgers. Mereka telah kembali dengan misi melawan suku Druidon.

Ryusoulger

[sunting | sunting sumber]
Pelakon Peranan Ryusoulger Senjata Mecha
Hayate Ichinose Koh Ryusoul Red Ryusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu Tyramigo
Keito Tsuna Melto Ryusoul Blue Ryusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu Triken
Ichika Osaki Asuna Ryusoul Pink Ryusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu Ankyloze
Yuito Obara Towa Ryusoul Green Ryusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu TigerLance
Tatsuya Kishida Bamba Ryusoul Black Ryusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu MilNeedle
Katsumi Hyodo Canalo Ryusoul Gold Mosa Changer

Mosa Blade

Kishiryu MosaRex
Seiya Osada Nada Gaisoulg Gaisoul Ken
Mitsuru Fukikoshi Naohisa Tatsui / Seto Ryusoul Brown Brown Gaisoul Ken

Ryusoulger merupakan keturunan dari Suku Ryusoul (リュウソウ族, Ryūsō-zoku, Ryusoul Tribe), suku bangsa kuno yang sudah ada sejak zaman dinosaurus dan telah terlibat dengan perang pada masa zaman dahulu. Suku Ryusoul membina kampung mereka di kawasan gunung terpencil di Aokigahara, di mana mereka mewariskan mantel Ryusoulger dari generasi ke generasi (dalam hal ini master kepada pengantinya) sambil menjaga kuil yang menyimpan Kishiryu, makhluk hidup yang diciptakan oleh Suku Ryusoul sebagai tindakan balas dari Suku Druidon dengan mengambil bentuk yang lebih kuat melalui Gabungan Ryusoul. Ketika Suku Druidon kembali ke bumi, para Ryusoulger yang ada pada saat itu dipaksa meninggalkan kampung mereka untuk menghadapi ancaman bahaya dari Druidon. Para Ryusoulger mempunyai alat Ryusoul Changer (リュウソウチェンジャー, Ryūsō Chenjā) untuk berubah ke dalam mod pertempuran, dan dilengkapi dengan Ryusoul Ken (リュウソウケン, Ryūsō Ken) yaitu pedang yang berfungsi sebagai senjata utama sekaligus media untuk mengakses kekuatan khas dari pelbagai jenis RyuSoul dan melakukan serangan terakhir Dino Slash (ディーノスラッシュ, Dīno Surasshu) dari RyuSoul utama masing-masing.[5]

  • Koh (コウ, )[6]: Koh adalah seorang pemuda yang berusia 209 tahun di suku Ryusoul yang sangat bertenaga, mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, dan merupakan pengganti Master Red sebelumnya yang kemudian pada masa ini dapat bertukar menjadi Ryusoul Red (リュウソウレッド, Ryūsō Reddo) yang digelar Ksatria Berani (勇猛の騎士, Yūmō no Kishi, Brave Knight). Seseorang yang baik hati, berbakat, tetapi kadang-kadang bersifat keanak-anakan, Koh kadang-kadang membiarkan keperibadiannya membanjiri dirinya dan secara tidak sengaja menimbulkan masalah. Tetapi disebalik itu dia mempercayai sesuatu, dia tidak akan menyerah dan akan percaya dengan penuh keyakinan terhadapnya. Ketika Nada mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Koh dari Uden, jiwa Nada dan baju besi Gaisoulg bergabung untuk menghasilkan Max RyuSoul dan alat transformasi berbentuk cakar iaitu Max Ryusoul Changer (マックスリュウソウチェンジャー, Makkusu Ryūsō Chenjā), yang membuat Koh dapat berubah menjadi Max Ryusoul Red (マックスリュウソウレッド, Makkusu Ryūsō Reddo).
  • Melto (メルト, Meruto)[7]: Melto adalah kawan baik Koh sejak kecil lagi yang mempunyai sifat tenang dan senang mempelajari sesuatu perkara yang baru. Melto senang dikenali dari rambutnya yang berwarna biru terang serta merupakan pengganti dari Master Blue sebelumnya yang kemudian pada saat ini dapat betukar menjadi Ryusoul Blue (リュウソウブルー, Ryūsō Burū) yang digelar Ksatria Bijaksana (叡智の騎士, Eichi no Kishi, Wise Knight). Seorang ksatria yang hormat dan cergas, ia tahu segalanya mengenai Kishiryu dan Minosaurus. Namun, dia kadang-kadang terlalu objektif dalam pendekatannya dan merasa tidak peka terhadap perasaan orang lain,, seperti melihat Kishiryu sebagai "senjata" dan bukan sebagai kawan. Meskipun itu, hatinya ramah dan memiliki niat yang baik dalam membuat sesuatu tindakan.
  • Asuna (アスナ, Asuna)[8]: Asuna adalah kawan baik Koh sejak kecil lagi yang mempunyai kekuatan yang luar biasa bagi seorang wanita dari keluarga terhormat, dan juga satu-satunya ahli Ryusoulger yang merupakan seorang wanita, dan merupakan pengganti dari Master Pink sebelumnya yang kemudian pada saat ini dapat bertukar menjadi Ryusoul Pink (リュウソウピンク, Ryūsō Pinku) yang digelar Ksatria Kuat (剛健の騎士, Gōken no Kishi, Vigorous Knight). Walaupun mempunyai kekuatan yang luar biasa, sifatnya cuai dan sangat suka makan, walaupun begitu ia sering bernasib baik dan bertuah dalam beberapa keadaan. Di antara rakan-rakan Ryusoulger yang lain, Asuna adalah yang paling rapat dengan Ui, dalam hal ini kerana kedua-duanya telah kehilangan orang yang tersayang, dia juga merupakan ahli termuda Ryusoulger jika dilihat dari wajahnya.
  • Towa (トワ, Towa)[9]: Towa adalah adik kepada Bamba yang sifatnya yang penuh dengan keyakinan dan daya saing, yang kemudian pada saat ini dapat bertukar menjadi Ryusoul Green (リュウソウグリーン, Ryūsō Gurīn) yang digelar Ksatria Ribut (疾風の騎士, Shippū no Kishi, Gale Knight). Tidak seperti abangnya, Towa lebih terbuka dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi dengan syarat orang itu dapat mengalahkannya dalam apa jua keadaan yang diminta olehnya. Berjuang dengan cepat menjadi kunci kepada dirinya, tetapi kadang-kadang kerana terlalu fokus pada kelajuannya, ia terlupa beberapa aspek penting dari keadaan yang dihadapi sehingga membuatkannya tidak dapat berfikir dengan bijak dan beberapa kali menjadi bumerang untuk dirinya dan rakan-rakannya.
  • Bamba (バンバ, Banba)[10]: Bamba adalah abang kepada Towa yang sifatnya yang cenderung dingin, tidak peduli, kadang-kadang kaku sehingga tidak mudah berkawan dengannya, yang pada saat ini dapat betukar menjadi Ryusoul Black (リュウソウブラック, Ryūsō Burakku) yang digelar Ksatria Agung (威風の騎士, Ifū no Kishi, Regal Knight). Mempunyai kemampuan untuk bertarung lebih baik daripada rakan-rakannya kerana pengalaman yang dimilikinya, pada awalnya dia memandang tiga orang Ryusoulgers awal (Koh, Melto, Asuna) sebagai amatur, terutama Koh yang membuatnya sedikit tidak selesa kerana sikap Koh tidak mudah berputus asa. Seiring berjalannya waktu, Lama kelamaan, Bamba mula membuka dirinya dan cuba mempercayai rakan-rakannya baik ketika bergaduh atau tidak. Sikapnya yang dingin dianggap berasal dari kegelapan masa lalu yang dihadapinya yang kemudian menjadi latar belakang kepada dirinya dan dia, Towa meninggalkan kampung Ryusoul Tribe terlebih dahulu.
  • Canalo (カナロ, Kanaro)[11] : Canalo merupakan keturunan dari Suku Ryusoul Laut (海のリュウソウ族, Umi no Ryūsō-zoku, Sea Ryusoul Tribe), bahagian dari Suku Ryusoul yang tidak mahu berurusan dengan Suku Ryusoul utama dan berlindung di bawah laut semasa konflik yang berlaku dengan Druidon pada masa lalu. Oleh kerana penduduknya yang sangat kecil, Canalo pergi ke daratan untuk mencari seorang isteri untuk mengekalkan keturunannya dan akhirnya bergabung dengan Ryusoulger dari suku Ryusoul utama setelah dia menyedari bahawa mereka tidak seperti yang diberitahu oleh nenek moyang Suku Laut Ryusoul. Berbeza dari lima Ryusoulger awal, Canalo dapat bertukar menjadi Ryusoul Gold (リュウソウゴールド, Ryūsō Gōrudo) yang digelar Ksatria Yang Mulia (栄光の騎士, Eikō no Kishi, Glorious Knight) dengan menggunakan Mosa Changer (モサチェンジャー, Mosa Chenjā), pistol yang juga menjadi senjata menyokong ketika pertarungan. Senjata utama dirinya merupakan Mosa Blade (モサブレード, Mosa Burēdo) sebuah pisau belati dan sama dengan Ryusoul Ken yang dapat mengakses kuasa khas dari pelbagai RyuSoul dan melakukan serangan akhir Mosa Dino Slash (モザディノスラッシュ, Mosa Dino Surasshu) melalui RyuSoul utama. Mosa Changer dapat digabungkan dengan Mosa Blade untuk membentuk Mosa Breaker (モサブレイカー, Mosa Bureikā), yang boleh mengeluarkan serangan terakhir yang berbeza-beza mengikut RyuSoul yang digunakan oleh Canalo.
  • Ui Tatsui (龍井 うい, Tatsui Ui): Adalah anak perempuan kepada Naohisa Tatsui dan seorang YouTuber yang bertemu dengan Ryusoulger.
  • Naohisa Tatsui (龍井 尚久, Tatsui Naohisa): Adalah seorang ahli paleontologi dan bapa kepada Ui. Dia juga merupakan tuan badan untuk Seto, semangat suku Kishiryu yang terletak di antara cahaya dan kegelapan.
  • Master Red (マスターレッド, Masutā Reddo): Merupakan ketua kepada Koh dan Ryusoul Red sebelumnya.
  • Master Blue (マスターブルー, Masutā Burū): Merupakan ketua kepada Melto dan Ryusoul Blue sebelumnya.
  • Master Pink (マスターピンク, Masutā Pinku): Merupakan ketua kepada Asuna dan Ryusoul Pink sebelumnya.
  • Elder (長老, Chōrō): Adalah seorang mentor kepada Ryusoulger. Setelah kampung suku Ryusoul dimusnahkan oleh Minosaur, dia memulakan kariernya sendiri dengan memiliki gerai kebab dan kemudian Cafe Que Bom di dunia manusia.
  • Oto (オト): Adalah adik perempuan kepada Canalo. Dia berusia 123 tahun.
  • Seto (セトー, Setō): Seorang suku Ryusoul kuno yang jiwanya terbangun setelah Naohisa Tatsui memasuki kuburnya, memiliki tubuh lelaki itu untuk memberikan nasihat kepada Ryusoulger serta membawa CosmoRaptor dari angkasa dan membimbing mereka ke Kuil Permulaan untuk menyelamatkan Ryusoul Calibur. Ketika pertempuran terakhir Ryusoulger menentang Puak Druidon, Seto menggunakan kekuatan terakhirnya untuk menjadi Ryusoul Brown (リュウソウラウン, Ryūsō Buraun) dan dia kemudian berpisah dari Naohisa dan mungkin mati atau kembali ke tempat tidurnya.
Daripada menggunakan Ryusoul Ken, Seto memanggil baju besi Ryusoul Brown (yang menyerupai Gaisoulg) ke badan Naohisa Tatsui yang dimiliki dan menggunakan senjata serupa. Walaupun masih mampu memanfaatkan kekuatan Ryusoul, tubuh Naohisa yang sudah tua menghambat sebahagian besar kekuatan pertempuran Seto.
  • Master Green (マスターグリーン, Masutā Gurīn): Adalah Ryusoul Green dan pemilik Gaisoulg sebelumnya.
  • Master Black (マスターブラック, Masutā Burakku): Merupakan ketua kepada Towa dan Bamba dan Ryusoul Black sebelumnya. Pada masa lalu, dia menyusup ke Suku Druidon setelah membunuh jeneral Saden (サデン) dan menggantikannya, tetapi Pricious menaruh hatinya untuk menundukkannya supaya menjadi taat kepadanya sepenuhnya.

Suku Druidon

[sunting | sunting sumber]

Warfare Tribe Druidon (戦闘民族ドルイドン, Sentō Minzoku Doruidon)[12] Adalah keturunan raksasa jahat yang dipimpin oleh jeneral bertema catur yang ada di samping Suku Ryusoul dan mencari penguasaan dunia sebelum mereka terpaksa melarikan diri ke angkasa semasa peristiwa kepupusan yang membunuh dinosaur. 65 juta tahun kemudian, setelah meneruskan kempen mereka di berbagai planet, Druidon kembali ke Bumi untuk meneruskan penaklukannya. Druidon kemudian dinyatakan telah diciptakan oleh Eras sebagai sarana untuk membasmi ciptaannya sebelumnya, Suku Ryusoul, setelah mereka menjadi suka berperang dan agresif. Namun, Druidon yang awalnya jinak juga berpaling arah, menyebabkan Eras membuat keputusan untuk menghancurkan kedua-dua suku tersebut. Ahli Druidon yang masih hidup yang menghidupkan Eras, menolong Ryusoulger dalam pertempuran terakhir melawannya.

  • Eras (エラス, Erasu): Adalah Ketua Warfare Tribe Druidon yang bertema Permaisuri dan watak antagonis utama Kishiryu Sentai Ryusoulger yang tersembunyi. Dia disebut sebagai Ibu Kepada Druidon (ドルイドンの母, Doruidon no Haha, Mother of the Druidon) oleh Pricious. Tidak diketahui oleh kebanyakan orang, dia adalah pencipta bukan sahaja Suku Druidon, tetapi juga Suku Ryusoul.
  • Kleon (クレオン, Kureon)[13]: Adalah makhluk asing yang bertemakan lendir dan Cendawan - yang direkrut oleh Druidon semasa mereka berada jauh dari Bumi. Dia yang bertanggungjawab mencipta raksasa Minosaur dari emosi negatif pelbagai manusia atau objek. Dia juga merupakan antagonis utama untuk sebahagian besar siri ini.
  • Tankjoh (タンクジョウ, Tankujō): Adalah jeneral pertama Druidon bertema benteng / kereta kebal yang menyerang Bumi.
  • Wiserue (ワイズルー, Waizurū)[14]
Adalah jeneral kedua dari Druidon bertemakan bishop / ringmaster yang mengambil alih serangan Druidon di Bumi berikutan kematian Tankjoh.
  • Gachireus (ガチレウス, Gachireusu): Adalah jeneral ketiga dari Druidon bertemakan benteng / kapal selam / kapten tentera laut.
  • Uden (ウデン): Adalah jeneral keempat dari Druidon bertemakan meriam.
  • Pricious (プリシャス, Purishasu): Adalah jeneral kelima dari Druidon yang bertemakan ksatria / jester. Dia adalah dalang di sebalik kembalinya Suku Druidon ke Bumi pada zaman moden, dan setelah kedatangannya, dia dengan paksa mengambil perintah dari pasukan saat itu, sehingga Eras mengambil badannya.
  • Saden (サデン): Adalah jeneral keenam dari Druidon yang bertemakan meriam. Setelah Eras dimeterai oleh Ryusoul Calibur, Saden dan Pricious menyusup ke Kuil Langit, tetapi mati dengan cepat di tangan Master Black, yang kemudian mengambil baju besi dan identiti jeneral Saden.
  • Gunjoji (ガンジョージ, Ganjōji): Adalah jeneral ketujuh dari Druidon yang bertemakan Twin knight / meriam gatling.
  • Yabasword (ヤバソード, Yabasōdo) Adalah jeneral kelapan dan terakhir dari Druidon yang bertemakan raja / samurai. Dia adalah jeneral termuda dalam suku.
  • Askar Drunn (ドルン兵, Dorun-hei, Drunn Soldier) Tentera kaki Druidon bertemakan konkuistador / bidak yang memiliki perisai diikat ke belakang dan bersenjatakan tombak.
  • Koh (コウ, )​: ​Hayate Ichinose (一ノ瀬 颯, Ichinose Hayate)​
  • Melto (メルト, Meruto)​: ​Keito Tsuna (綱 啓永, Tsuna Keito)​
  • Asuna (アスナ, Asuna)​: ​Ichika Osaki (尾碕 真花, Osaki Ichika)​
  • Towa (トワ, Towa)​: ​Yuito Obara (小原 唯和, Obara Yuito)​
  • Bamba (バンバ, Bamba)​: ​Tatsuya Kishida (岸田 タツヤ, Kishida Tatsuya)​
  • Canalo (カナロ, Kanaro)​: ​Katsumi Hyodo (兵頭功海, Hyōdō Katsumi)​​
  • Nada (ナダ, Nada)​: ​Seiya Osada (長田成哉, Osada Seiya)​
  • Tyramigo (ティラミーゴ, Tiramīgo, Suara)​: ​Masaki Terasoma (てらそま まさき, Terasoma Masaki)​
  • DimeVolcano (ディメボルケーノ, Dimeborukēno, Suara)​: ​Wataru Takagi (高木 渉, Takagi Wataru)​
  • MosaRex (モサレックス, MosaRekkusu, Suara)​: ​Ryota Takeuchi (竹内 良太, Takeuchi Ryōta)​
  • Chibigaroo (チビガルー, Chibigarū, Suara)​: ​M • A • O (市道 真央, Ichimichi Mao)​
  • Pi-Tan (ピーたん, Pītan, Voice)​/​Kishiryu Pterardon (騎士竜プテラードン, Kishiryū Puterādon, Voice)​: ​Takeshi Kusao (草尾 毅, Kusao Takeshi)​
  • Naohisa Tatsui (龍井尚久, Tatsui Naohisa)​ & ​Seto (セトー, Setō)​: ​Mitsuru Fukikoshi (吹越満, Fukikoshi Mitsuru)​
  • Ui Tatsui (龍井 うい, Tatsui Ui)​: ​Mana Kinjo (金城茉奈, Kinjō Mana)​
  • Master Red (マスターレッド, Masutā Reddo)​: ​Masaya Kikawada (黄川田 将也, Kikawada Masaya)​
  • Master Blue (マスターブルー, Masutā Burū)​: ​Jouji Shibue (渋江 譲二, Shibue Jōji)​
  • Master Pink (マスターピンク, Masutā Pinku)​: ​Miyuu Sawai (沢井 美優, Sawai Miyū)​
  • Elder of the Ryusoul Tribe (リュウソウ族の長老, Ryūsō Zoku no Chōrō)​: ​Jiro Dan (団 時朗, Dan Jirō)​
  • Oto (オト, Oto)​: ​Sora Tamaki (田牧そら, Tamaki Sora)​
  • Tankjoh (タンクジョウ, Tankujō, Suara)​: ​Joji Nakata (中田譲治, Nakata Jouji)​
  • Wizeru (ワイズルー, Waizurū, Suara)​: ​Hikaru Midorikawa (緑川 光, Midorikawa Hikaru)​
  • Gachireus (ガチレウス, Gachireusu, Suara)​: ​Tetsu Inada (稲田徹, Inada Tetsu)​
  • Kleon (クレオン, Kureon, Voice)​: ​Ryoko Shiraishi (白石 涼子, Shiraishi Ryōko)​
  • Uden (ウデン, Suara)​: ​Pile Volcano Ota (パイルボルケーノ太田, Pairu Borukēno Ōta)​
  • Pricious (プリシャス, Purishasu, Suara)​: ​Romi Park (朴 璐美, Paku Romi)​
  • Ryusoulger Equipment, ​Gaisoulg (ガイソーグ, Gaisōgu, Suara)​: ​Tomokazu Seki (関 智一, Seki Tomokazu)​
  • Ryusoul Gold Equipment (Suara): ​Jun Hattori (服部 潤, Hattori Jun)​​
  1. ^ Secara harfiah diterjemahkan sebagai Pasukan Ksatria Naga Ryusoulger.
  1. ^ Choujuu Sentai Liveman , siri pertama yang disiarkan melalui dua era Jepun yang berbeza, menyiarkan 43 dari 49 episodnya semasa di era Showa, dan enam episod pada era Heisei; ia dianggap sebagai siri Showa. Walaupun Ryusoulger ditagih sebagai siri Super Sentai era Reiwa pertama, siri ini dianggap sebagai siri era Heisei walaupun hanya tujuh episod pertama ditayangkan pada era itu; siri didasarkan pada era ketika siri ini mula mengekalkan konsistensi.
  2. ^ "新スーパー戦隊は恐竜×騎士!「騎士竜戦隊リュウソウジャー」来年3月スタート!" (dalam bahasa Jepun). Cinema Today. 2018-12-26. Dicapai pada 2018-12-26.
  3. ^ "Toei Officially Announces Kishiryu Sentai Ryusoulger". Tokusatsu Network. 2018-12-25. Dicapai pada 2018-12-26.
  4. ^ "2019年スーパー戦隊シリーズ 『騎士竜戦隊リュウソウジャー』 2019年3月17日(日)午前9時30分~放送スタート!!" (dalam bahasa Jepun). Toei Company. 2018-12-26. Dicapai pada 2018-12-26.
  5. ^ https://www.super-sentai.net/ryusoul/items.html
  6. ^ https://www.tv-asahi.co.jp/ryusoul/character/red.html
  7. ^ https://www.tv-asahi.co.jp/ryusoul/character/blue.html
  8. ^ https://www.tv-asahi.co.jp/ryusoul/character/pink.html
  9. ^ https://www.tv-asahi.co.jp/ryusoul/character/green.html
  10. ^ https://www.tv-asahi.co.jp/ryusoul/character/black.html
  11. ^ https://www.tv-asahi.co.jp/ryusoul/character/gold.html
  12. ^ "がんばれ騎士竜戦隊リュウソウジャー:ドルイドン". Super-Sentai.net. Dicapai pada 21 February 2020.
  13. ^ "リュウソウジャーニュース3連弾! キミもクレオン軍団に入っちゃう!?" (dalam bahasa Jepun). Animage Plus. 8 September 2019. Dicapai pada 8 September 2019.
  14. ^ 日本コロムビア アニメ部 [@CO_ANIMEX] (19 January 2020). "ワイズルー様(CV:緑川 光)の歌う「ワイズルーのグレイテストラストショータイム」は現在好評配信中ナリ!" (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 21 February 2020 – melalui Twitter.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Lupinranger VS Patranger
Super Sentai
2019 – 2020
Diikuti oleh:
Kiramager