Kitab Gerbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kitab Gerbang ialah sebuah teks pengebumian Mesir purba dari zaman Kerajaan Baharu.[1] Ia menelitikan perjalanan roh si mati ke alam baqa dan menyerupai perjalanan matahari menerusi alam duat/akhirat di waktu malam. Roh si mati harus melalui beberapa buah 'gerbang' secara berperingkat dalam perjalanan ini. Setiap gerbang mempunyai dewi tersendiri, dan si mati mesti mengenali dewi tersebut untuk lepas. Teks ini menandakan bahawa sesetengah orang akan lepasi perjalanan ini dengan mudah, dan sesetengah lagi akan lalui seksaan dalam tasik api.

Empat kaum dunia: seorang Libya ("Themehu"), seorang Nubia ("Nehesu"), seorang Asia/Syam ("Aamu"), dan seorang Mesir ("Reth"). Gambaran artis, berdasarkan mural dari makam Seti I.
Gambaran kaum-kaum dunia.

Kategori[sunting | sunting sumber]

Bahagian daripada Kitab Gerbang yang paling masyhur kini merujuk kepada kaum-kaum manusia yang dikenali orang Mesir, mengasingkan mereka kepada empat kategori yang dinamakan "Reth" (orang Mesir), "Aamu" (orang Asia/Syam), "Themehu" (Libya) dan "Nehesu" (Nubia). Mereka digambarkan akan melalui perjalanan ke alam baqa.[2]

Teks-teks dan gambar dari Kitab Gerbang turut muncul di pelbagai makam lain dari zaman Kerajaan Baharu, termasuklah makam-makam firaun di antara Horemheb dan Ramesses VII. Ia juga muncul di makam Sennedjem, seorang pekerja dari Deir El-Medina, sebuah kampung seniman purba yang membina makam untuk firaun di zaman Kerajaan Baharu.

Dewi-dewi yang disenaraikan dalam Kitab Gerbang masing-masing mempunyai gelaran berbeza dan memakai pakaian yang berlainan warna, namun kelihatan serupa dalam aspek-aspek lain, dengan memakai bintang lima jari di atas kepala mereka. Kebanyakan dewi-dewi ini hanya mucul dalam Kitab Gerbang, dan tidak wujud di mana-mana benda Mesir lain, jadi ada yang berpendapat bahawa Kitab Gerbang ini pada asalnya digunakan untuk menentukan waktu pada malam hari, dengan setiap dewi di gerbang mewakili sebuah bintang yang muncul dalam setiap jam.

Lihat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hornung, Erik. The Ancient Egyptian Books of the Afterlife (dalam bahasa German). David Lorton (translator). Cornell University Press.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Wallis Budge, Ernest Alfred Thompson (1905). "Chapter VI: The Gate of Teka-Hra". The Book of Gates. m/s. 151. Dicapai pada 22 October 2015. Four groups, each group containing four men. The first are RETH, the second are AAMU, the third axe [OCR error: are] NEHESU, and the fourth are THEMEHU. The RETH are Egyptians, the AAMU are dwellers in the deserts to the east and north-east of Egypt, the NEHESU are the black races and NEGROES, and the THEMEHU are the fair-skinned Libyans.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]