Kiyoura Keigo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kiyoura Keigo
清浦 奎吾
Perdana Menteri Jepun ke-23
Dalam jawatan
7 Januari 1924 – 11 Jun 1924
RajaTaisho
Didahului olehYamamoto Gonnohyōe
Digantikan olehKatō Takaaki
Butiran peribadi
LahirFujaku
14 Februari 1850
Yamaga, Wilayah Kumamoto
Meninggal dunia5 November 1942
Tokyo
Parti politikBebas
Tandatangan

Kiyoura Keigo (清浦 奎吾 14 Februari 18505 November 1942) ialah Perdana Menteri Jepun yang ke-23. Tempoh jawatannya adalah dari 7 Januari 1924 hingga 11 Jun 1924.

Dilahirkan dengan nama "Fujaku" di Kamoto-gun, Wilayah Kumamoto, Kiyoura merupakan anak kelima Okubo Ryoshi, seorang paderi Buddha. Beliau dididik di sekolah swasta milik Hirose Tanso dari 1865 ke 1871. Di bangku sekolah, beliau telah berkawan dengan Gabenor Nomura Morihide dan mengambil nama "Kiyoura Keigo".

Nomura dilantik sebagai gabenor Wilayah Saitama pada 1873 dan melantik Kiyoura ke jawatan rendah dalam perkhidmatan awam di sana. Pada tahun 1876, ketika berumur 27, Kiyoura menyertai Kementerian Keadilan, dan kemudian berkhidmat sebagai Naib Menteri Keadilan, Menteri Keadilan, Menteri Pertanian dan Perdagangan, dan juga Menteri Kerajaan yang merupakan ketua sistem perkhidmatan awan Yamagata Aritomo.

Pada 1914, semasa menjadi Pengerusi Majlis Privi, Kiyoura dititah oleh Maharaja untuk membentukkan sebuah kabinet baru untuk menggantikan perdana menteri Yamamoto Gonnohyoe. Bagaimanapun, beliau menolak tawaran itu sebagai bantahan terhadap kes Siemens yang sedang berlangsung, dan Okuma Shigenobu dilantik sebagai ganti.

Kiyoura menerima titah Maharaja yang kedua pada tahun 1924 dan membentukkan kabinetnya, lalu menjadi Perdana Menteri Jepun. Bagaimanapun, kabinet itu telah dibentukkan pada tempoh ketika kabinet aristokrat bukan partisan tidak lagi disokong, dan Dewan Rakyat Diet dapat menahan kebanyakan daripada initiasifnya sepanjang kewujudan kabinet Kiyoura selama enam bulan.

Didahului oleh
Yamamoto Gonnohyoe
Perdana Menteri Jepun
1924
Diikuti oleh:
Kato Takaaki