Penyusunan klados
Penyusunan klados atau kladistik ialah pendekatan mengelaskan organisma-organisma dalam cabang-cabang (klados) berdasarkan ciri-ciri unik yang diturunkan oleh leluhur sepunya kumpulan itu tetapi tiada pada leluhur-leluhur yang lebih jauh. Oleh itu, ahli-ahli dalam klad disangka berkongsi sejarah yang sama dan oleh itu dianggap rapat pertaliannya.[1] Ia kaedah paling biasa mengelaskan organisma.[2]
Kaedah yang asal untuk analisis klados dan aliran taksonomi terbitannya berasal dari karya Willi Hennig, ahli entomologi Jerman yang memanggilnya "sistematik filogenetik" (yang juga merupakan tajuk bukunya terbitan 1966); penggunaan istilah klados dan klad pula dilariskan oleh para penyelidik yang lain. Teknik-teknik dan nama-namanya berjaya diterapkan dalam bidang-bidang lain, contohnya untuk menentukan hubungan antara saki-baki naskhah The Canterbury Tales,[3] ataupun antara 53 naskhah Sanskrit Carakasaṃhitā Vimānasthāna.[4][5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Columbia Encyclopedia
- ^ Guralnick, Rob; Smith, Dave, penyunting (1994). "The Need for Cladistics". Journey Into Phylogenetic Systematics. Universiti California, Berkeley. Dicapai pada 21 Januari 2013.
- ^ "Canterbury Tales Project". Dicapai pada 4 July 2009.
- ^ "Carakasaṃhitā Vimānasthāna". Institut für Südasien-, Tibet- und Buddhismuskunde. Universiti Vienna. Dicapai pada 21 Januari 2013.
- ^ Maas 2010
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penyusunan klados |
- Maas, Philipp (2010), Jürgen, Hanneder; Maas, Philipp (penyunting), "Computer Aided Stemmatics — The Case of Fifty-Two Text Versions of Carakasasaṃhitā Vimānasthāna 8.67-157", Wiener Zeitschrift für die Kunde Südasiens, Vienna: Austrian Academy of Sciences, 52–53: 63–120, doi:10.1553/wzks2009-2010s63 Unknown parameter
|note=ignored (bantuan); Unknown parameter|booktitle=ignored (bantuan)