Klangit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Klangit
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2008–2016
2020–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Ahli
  • Mohd Nor Hadre Ayub (Ary)
  • Mohd Haris Mohamad (Haris)

Klangit ialah sebuah kumpulan rock Malaysia berasal dari Kuala Lumpur. Kumpulan ini ditubuhkan pada Februari 2008, terdiri daripada Mohd Nor Hadre Ayub (Ary), dan Mohd Haris Mohamad (Haris).[1]

Kumpulan ini meraih kemasyhuran menerusi single popular mereka, "Sesal Mendua" dan "Dia Lydia".[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Biarpun sering disalah anggap sebagai kumpulan muzik Indonesia, hakikatnya, kesemua ahli kumpulan Klangit ialah anak jati Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur.[4][5]

Nama kumpulan ini diilhamkan daripada frasa 'menadah tangan ke langit' (berdoa). Pada Ogos 2011, Klangit mengikat kontrak rakaman bersama Sony Music Malaysia.[4]

Klangit mula mencuri perhatian umum menerusi single sulung mereka, "Sesal Mendua" hasil nukilan Panji Sakti . Jumlah muat turun lagu ini telah mencapai hampir 150,000 unit sejak mula dikeluarkan. Pada 5 Oktober 2012, album sulung mereka, Dewi telah dilancarkan.[4][6]

Pada tahun 2014, Klangit melancarkan EP pertama mereka, Satu Sama yang memuatkan sebanyak lima lagu. Klangit mengumumkan pembubaran mereka apabila vokalisnya, Ary memulakan kerjaya muzik secara solo.[7]

Pada tahun 2020, Klangit telah mengesahkan bahawa kumpulan tersebut bergiat aktif semula bersama syarikat rakaman Rusa Music serta mengeluarkan single "Aku Masih Di Sini".[8]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Mohd Nor Hadre Ayub (Ary) – vokalis (2008–kini)
  • Mohd Haris Mohamad (Haris) – gitaris (2008–kini)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Dewi

EP[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Satu Sama

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Sesal Mendua" 2011
"Dia Lydia" 2012
"Dewi" 2013
"Tak Mahu Dusta-Dusta"

"Ratu bohong" "Honey hani" "Satu sama" "Saat cinta" "Dia" "Kekasihku"

2014
"Aku Masih Di Sini" 2020
"Pusing" 2022
"Pusing Raya"

"Hanyut"

2023

2023

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (22 November 2020). "Rancak atur langkah". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  2. ^ Alif Fadli Mohd Sori (15 September 2020). "Langkah kembali Klangit". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  3. ^ "Publisiti Klangit". Perak Today. 24 Januari 2013. Dicapai pada 27 Mac 2015.
  4. ^ a b c Budiey Isma (11 Oktober 2012). "Klangit Lancar Album Terbaru Berjudul DEWI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 September 2018.
  5. ^ "Klangit kesal digelar band Indonesia". Oh Bulan!. 22 Oktober 2012. Dicapai pada 27 Mac 2015.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (15 Januari 2013). "Klangit bimbang kerana persembahan hancur di AIM19". mStar Online. Dicapai pada 27 Mac 2015.
  7. ^ "Tinggalkan Klangit, Ary Hadre tampil lagu baharu". Berita Harian. 28 Julai 2016. Dicapai pada 27 Mac 2018.
  8. ^ Norhayati Nordin (6 November 2020). "Klangit band bersatu semula". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]