Radio Klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Klasik Nasional)
Radio Klasik
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaran
SloganMenggamit Kenangan
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama24 Ogos 1934; 89 tahun yang lalu (1934-08-24) sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang
FormatBerita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang
Perkhidmatan Bahasa Melayu
Rangkaian Biru
Rangkaian Nasional
SekutuMuzik FM
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarMuzik FM
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Siaran webhttps://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/radioklasik
Tapak webradioklasik.rtm.gov.my

Radio Klasik (radio ini dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Rangkaian Nasional, Radio 1, Radio Irama Melayu Asli, Klasik FM, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1), Nasional FM dan Klasik Nasional) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio nasional Bahasa Melayu tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Melayu di Malaysia. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.

Radio Klasik dan Nasional FM merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.

Radio Klasik utamanya ialah di Tingkat 2 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk radio seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British/British Department of Information yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaya.

Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.

Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.

Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).

Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.

Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.

Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Pada 6 September 1989, Rangkaian Nasional yang dikenali sebagai Radio 1.[1]

Pada 1hb April 1998, sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-52 lahirlah satu lagi stesen baru Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) yang rasmi majlis dilancarkan oleh Menteri Penerangan Malaysia Y.B. Dato' Seri Mohamed Rahmat. Sebagai permulaan stesen RIMA 93.9 disiarkan di sekitar Lembah Klang dalam lingkungan 40 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) beroperasi 9 jam sehari bermula jam 3:00 petang hingga 12:00 tengah malam melalui gelombang FM 93.9 MHz. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) menyiarkan lagu-lagu Irama Melayu Asli baru dan lama seperti Joget, Masri, Inang, Zapin, Asli, Keroncong, Ghazal, Dondang Sayang dan lagu-lagu dari filem Melayu Klasik.

Pada 1hb September 1998, Radio 1 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) dan Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) mula beroperasi dari studio digitalnya di Pusat Siaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Pada 1 Mei 1999, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) telah menambahkan siarannya selama 3 jam lagi bermula jam 12:00 tengah hari.

Pada 1hb April 2005, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) dan Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) yang dikenali sebagai Klasik FM dan Nasional FM.

Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM telah digabungkan secara rasmi menjadi Klasik Nasional menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.

Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.

Pada tahun 2007, frekuensi Klasik Nasional di Lembah Klang yang dipancar dari Gunung Ulu Kali telah ditukar frekuensi daripada 93.9 MHz kepada 98.3 MHz.

Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1 Januari) 2012, Pada frekuensi Klasik Nasional FM dan Muzik FM secara rasmi dipecahkan kepada dua stesen radio tertua yang disiarkan dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur:

  1. Nasional FM (secara rasmi ditanda panggil sebagai FM Stereo) menyiarkan berita/informasi dan muzik/hiburan secara rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen radio kerajaan bersiaran nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang telah rasmi menanda mula dipancarkan ke seluruh negara secara nasional telah dilaksanakan stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari yang beroperasi 24 jam dengan melaksanakan penyampaian dalam Bahasa Melayu sepenuhnya lagu-lagunya adalah 50% lagu-lagu Bahasa Melayu dan 50% lagu-lagu Bahasa Inggeris dan Antarabangsa pada frekuensi dahulu digunakan oleh FM Stereo. Moto utamanya ialah Sentiasa Di Hati.
  2. Radio Klasik (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru dan Rangkaian Nasional) menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an pada frekuensi dahulu digunakan oleh ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru dan Rangkaian Nasional. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.

Sejarah nama Radio Klasik[sunting | sunting sumber]

  • ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (24 Ogos 1934-31 Mac 1946) (rasmi tanda panggil)
  • Perkhidmatan Bahasa Melayu (1 April 1946-5 September 1989)
  • Rangkaian Biru (1 April 1946-18 Januari 1971)
  • Rangkaian Nasional (19 Januari 1971-5 September 1989)
  • Radio 1 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
  • Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) (1 April 1998-31 Mac 2005)
  • Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) (1 September 1998-31 Mac 2005)
  • Klasik FM (1 April 2005-11 Ogos 2006)
  • Nasional FM (1 April 2005-11 Ogos 2006)
  • Klasik Nasional (12 Ogos 2006-31 Disember 2011)
  • Radio Klasik (1 Januari 2012-kini)

Sejarah slogan Radio Klasik[sunting | sunting sumber]

  • Radio 1 Sepanjang Waktu (6 September 1989-31 Disember 2000)
  • Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) (1 September 1998-31 Mac 2005)
  • Radio 1 Di Mana Jua (1 Januari 2001-31 Mac 2005)
  • Nasional FM Segalanya Di Sini (1 April 2005-11 Ogos 2006)
  • Klasik FM Menggamit Memori (1 April 2005-11 Ogos 2006)
  • Klasik Nasional Segalanya Di Sini Menggamit Memori (12 Ogos 2006-31 Disember 2010)
  • Klasik Nasional Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan (1 Januari 2011-31 Disember 2011)
  • Radio Klasik Menggamit Kenangan (1 Januari 2012-kini)

Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]

Rancangan Harian[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) 00:00
Harmoni Klasik (lagu 1950an - 1970an) 00:00 - 05:59
Melodi Klasik (lagu 1970an - 1980an) 06:00 - 10:59
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) 11:00 - 11:59
Melodi Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) 12:00 - 13:59
Mestika Klasik (lagu Pop Yeh Yeh 1960an - 1980an) 14:00 - 20:59
Ritma Klasik (lagu 1970an - 1980an) 21:00 - 21:59
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) 22:00 - 22:59
Ritma Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) 23:00 - 23:46
Lagu Penutup Siaran: "Mus Muljadi – Diam Diam Rindu" 23:47 - 23:49
Siaran LIFE TV: Doa Penutup Siaran Bacaan Al-Quran (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) 23:50 - 23:59

Sub-Rancangan[sunting | sunting sumber]

Sub-Segmen Masa Siaran Hari Siaran Catatan Segmen Rancangan
Nostalgia D'Klasik 11:00 - 11:59 Setiap Hari Lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an menerusi Melodi Klasik dan Ritma Klasik. Melodi Klasik
22:00 - 22:59 Ritma Klasik
Irama Tanpa Henti 06:00 - 07:00 Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Lagu-lagu sepanjang jalan kenangan tanpa henti selama satu jam Sajian Klasik
11:00 - 12:00 Melodi Klasik
16:00 - 17:00 Mestika Klasik
20:00 - 21:00 Mutiara Klasik
23:00 - 00:00 Ritma Klasik

Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Berita Utama 07:00 - 07:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 09:00 - 09:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 12:00 - 12:10 (Jumaat) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 13:00 - 13:10 (Sabtu hingga Khamis) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 17:00 - 17:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 21:00 - 21:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)

Berita Utama disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:00 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang dan 9:00 malam dalam masa 10 minit dan juga disambung siar di stesen Nasional FM.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Penyampai Harian[sunting | sunting sumber]

  • Ady Suwardy
  • Azura Lisa Aziz (bertukar dari Johor FM & KL FM)
  • El-Adzahar Omar
  • Anisma
  • Azlan Omar / Bani Omar
  • Nadia Ahmad
  • Nura
  • Diany
  • Emilina Zamri

Bekas penyampai[sunting | sunting sumber]

  • Haji Chuari Selamat, jawatan terakhir sebagai Pengurus Radio Klasik
  • Sheila Baharuddin, kini bertukar ke RTM Selangor
  • Ridzwan Haji Dollah
  • Amelin Idrus
  • Toharudin Kiteh
  • Yusmawati Yunus, kini RTM Selangor
  • Yatt
  • Robie Zain
  • Hj Haris Md Nor

Lagu kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Radio Klasik adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.

Frekuensi Kawasan Pemancar Catatan
87.6 MHz Labuan Bukit Timbalai
87.7 MHz Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur Frekuensi dahulu digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional.
87.9 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
88.1 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Lawa Mandau
88.3 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
91.1 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig
91.9 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
92.5 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
92.9 MHz Kuching, Sarawak Gunung Serapi Frekuensi dahulu 87.6 MHz
93.6 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
94.9 MHz Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang (Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Nibong Tebal, Batu Kawan, Bukit Mertajam) Gunung Jerai
98.3 MHz Shah Alam, Selangor Gunung Ulu Kali Frekuensi dahulu 93.9 MHz dan digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional.
101.1 MHz Kota Bharu, Kelantan Telipot
103.3 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
106.7 MHz Johor Bahru/Daerah Johor Bahru (Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Kangkar Pulai, Ulu Tiram, Tebrau, Pasir Gudang, Masai, Tanjung Kupang, Pengerang, Kota Tinggi, Bandar Penawar, Kambau, Sedili Besar, Sedili Kecil, Tanjung Surat, Pontian, Pekan Nanas, Ayer Baloi, Rambah, Teluk Kerang, Penerok, Api Api, Serkat, Benut, Kukup, Senai, Kulai, Bukit Batu, Sedenak, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang, Paloh, Kluang Kahang, Kampung Si-Kijang dan Ayer Hitam) dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
107.9 MHz Kuantan Pahang Bukit Pelindung

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Platform TV Saluran
MYTV 705

Perkhidmatan Islam[sunting | sunting sumber]

Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.

Pengaturcaraan siaran Azan[sunting | sunting sumber]

Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Radio Klasik memutarkan Azan Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak azan semua waktu solat disambung siar dari stesen radio Nasional FM, Radio Klasik yang dipersembahkan oleh Menara Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]