Klip 3GP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Klip 3GP
Poster keluaran tayangan
PengarahAidil Fitri Mohamed Yunos
PenulisSofia J. Rhyland (lakon layar)
Aidil Fitri & Sofia J. Rhyland (cerita asal)
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Tengku Iesta Tengku Alaudin
DibintangiZahiril Adzim
Sara Ali
Mimi One Nation Emcees
Tasha Shilla
Faralyna Idris
Sabhi Saddi
Fikhree Bakar
Adeline Tsen
Amanda Misbun
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
13 Oktober 2011
Masa tayangan
80 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.02 juta[1]
Pecah panggungRM 1.14 juta

Klip 3GP merupakan sebuah filem ngeri psikologi Malaysia 2011 arahan sulung Aidilfitri Mohamed Yunos terbitan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim, MimiFly (One Nation Emcees), Tasha Shilla, dan Sara Ali dan dikeluarkan untuk tayangan umum pada 13 Oktober 2011.[2] Filem ini membawa tema kegiatan masyarakat yang suka merakam aksi peribadi dalam telefon bimbit dan kegiatan peneyebaran video tersebut oleh orang yang tak bertanggungjawab.[3][4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Klip 3GP merupakan filem sulung arahan Aidilfitri Mohamed Yunos yang berpengalaman mengarahkan beberapa drama TV dan muzik video. Ia diterbitkan oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin untuk Grand Brilliance dan kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM1.3 juta dan penggambaran dijalankan selama dua minggu di Johor Bahru, Johor. Ia juga merupakan percubaan sulung ahli kumpulan One Nation Emcees, Mimifly dalam bidang lakonan.[6]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Klip 3GP ditayangkan pada 13 Oktober 2011 di pawagam seluruh Malaysia dan diberi klasifikasi filem P13, di mana penonton yang berusia 13 tahun ke atas diberi bimbingan ibu bapa/penjaga.

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Sejak bermula tayangan pada 13 Oktober, filem ini mendapat kutipan memberangsangkan dengan RM 0. 58 juta.[7]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat kritikan yang membina daripada pelbagai pihak. Lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon utama dilihat berjaya menghidupkan jalan cerita ini. MimiFly membawa watak Maya dilihat berjaya menterjemahkan watak tersebut walaupun ini merupakan filem pertama beliau.

Penceritaan yang segar dan isu yang diketengahkan dilihat bersesuai di zaman kecanggihan teknologi ini. Tetapi, ada kalanya cerita yang ditampilkan sekadar ingin memanjangkan durasi filem ini. Perkara ini dapat dilihat melalui kisah Gadis berkebaya Merah yang dilihat tidak diolah atau tiada kaitan tentang perjalanan cerita Maya itu sendiri. Pengarah cuba menampilkan jalan cerita seperti Cinta tetapi percubaan itu dilihat kurang menjadi.[8]

Klip 3GP juga mendapat kecaman dari banyak pihak termasuk NGO yang menyeru agar filem itu diharamkan dari tayangan kerana mempunyai gambaran buruk yang boleh menganggu sensitiviti masyarakat.[9]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-24

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ Abdul Aziz Itar (13 Oktober 2011). Pelakon baru galas Klip 3GP Diarkibkan 2017-12-04 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 4 Disember 2011.
  3. ^ Budiey (11 Oktober 2011). Filem Klip 3GP bakal mengghairahkan pawagam Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 4 Disember 2011.
  4. ^ Kontroversi bukan gimik Diarkibkan 2017-12-05 di Wayback Machine Kosmo! (13 Oktober 2011). Diperoleh pada 4 Disember 2011.
  5. ^ Mohd Al Qayum Azizi (13 Oktober 2011). Zahiril Adzim Akui Watak Tidak Mencabar Dalam Klip 3GP mSTAR Online. Diperoleh pada 4 Disember 2011.
  6. ^ "Sedar ada kepentingan". Utusan Malaysia. 15 Julai 2011. Dicapai pada 19 Julai 2011.
  7. ^ http://finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-15. Dicapai pada 2011-10-28.
  9. ^ "Haramkan filem Klip 3GP". Dialog Rakyat. 19 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Julai 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]