Klorokuin dan hidroksiklorokuin semasa pandemik COVID-19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Klorokuin dan hidroksikolorkuin ialah ubat anti-malaria yang dapat digunakan untuk menentang beberapa penyakit autoimun.[1] Kedua-dua persenyawaan ini digunakan sebagai rawatan yang diuji untuk COVID-19 yang pada akhirnya gagal.[2] Klorokuin dan hidroksiklorokuin didapati tidak berkesan untuk mencegah jangkitan.[3][4]

Meskipun ubat itu tidak melalui ujian klinikal, beberapa negara awalnya menggunakan klorokuin atau hidroksiklorokuin untuk merawat orang yang dirawat di hospital akibat COVID-19 (setakat Mac 2020).[5][6] Dari April sehingga Jun 2020, terdapat autorisasi kegunaan darurat untuk penggunaan ubat ini di Amerika Syarikat.[7] Pada 24 April 2020, FDA mengeluarkan peringatan agar tidak menggunakan ubat ini untuk COVID-19 "di luar peraturan hospital atau ujian klinikal" kerana terdapat risiko "masalah denyutan jantung".[8]

Ubat ini ditarik balik dari penggunaannya sebagai rawatan untuk jangkitan COVID-19. Hal ini dilakukan kerana ubat ini terbukti tidak bermanfaat bagi pesakit dengan penyakit COVID-19 dalam Ujian Solidariti antarabangsa dan Pemulihan Percubaan dari England.[9] Pada 15 Jun, FDA menarik balik kebenaram penggunaan daruratnya, menyatakan bahawa mereka tidak lagi "percaya" bahawa ubat itu berkesam menentang COVID-19 atau bahawa manfaatnya melebihi "risiko yang diketahui dan berpotensi".[10]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Klorokuin ialah ubat anti-malaria yang juga dapat digunakan untuk menentang beberapa penyakit autoimun. Hidroksiklorokuindigunakan sebagai profilaksis di India.[11][12]

Hidroksiklorokuin dan klorokuin memiliki banyak kesan sampingan yang berpotensi serius, seperti retinopati, hipoglikemia, atau aritmia dan kardiomiopati yang boleh mengancam nyawa.[13] Beberapa orang mengalami reaksi alahan terhadap ubat ini. NIH mengesyorkan untuk tidak memberikan penggunaan kombinasi hidroksiklorokuin dan azitromisin kerana mengakibatkan peningkatan risiko penyakit jantung.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chloroquine or Hydroxychloroquine". COVID-19 Treatment Guidelines (dalam bahasa Inggeris). National Institutes of Health. Dicapai pada 2021-02-14.
  2. ^ Commissioner, Office of the (2020-07-17). "Coronavirus (COVID-19) Update: Daily Roundup March 30, 2020". FDA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-25.
  3. ^ Smit M, Marinosci A, Agoritsas T, Ford N, Calmy A (January 2021). "Prophylaxis for COVID-19: a systematic review". Clinical Microbiology and Infection (Systematic review). doi:10.1016/j.cmi.2021.01.013.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  4. ^ Meyerowitz EA, Vannier AG, Friesen MG, Schoenfeld S, Gelfand JA, Callahan MV, Kim AY, Reeves PM, Poznansky MC (May 2020). "Rethinking the role of hydroxychloroquine in the treatment of COVID-19". FASEB Journal. 34 (5): 6027–6037. doi:10.1096/fj.202000919. PMID 32350928. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  5. ^ "Information for clinicians on therapeutic options for COVID-19 patients". US Centers for Disease Control and Prevention. 21 March 2020. Dicapai pada 22 March 2020.
  6. ^ "Request for Emergency Use Authorization For Use of Chloroquine Phosphate or Hydroxychloroquine Sulfate Supplied From the Strategic National Stockpile for Treatment of 2019 Coronavirus Disease" (PDF). U.S. Food and Drug Administration (FDA). 28 March 2020. Dicapai pada 30 March 2020.
  7. ^ "Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)". Centers for Disease Control and Prevention. 11 February 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  8. ^ "FDA cautions against use of hydroxychloroquine or chloroquine for COVID-19 outside of the hospital setting or a clinical trial due to risk of heart rhythm problems". U.S. Food and Drug Administration (FDA). 24 April 2020.
  9. ^ "Hydroxychloroquine halted in WHO-sponsored COVID-19 trials". Bloomberg. 2020-06-17. Dicapai pada 2020-06-17.
  10. ^ Food and Drug Agency (19 Jun 2020). "Frequently Asked Questions on the Revocation of the Emergency Use Authorization for Hydroxychloroquine Sulfate and Chloroquine Phosphate".
  11. ^ "Revised advisory on the use of Hydroxychloroquine(HCQ) as prophylaxis for SARS-CoV-2 infection(in supersession of previous advisory dated 23rd March, 2020)" (PDF). icmr.gov.in. Indian Council of Medical Research. 22 May 2020. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 May 2020. Dicapai pada 3 July 2020.
  12. ^ "Coronavirus and hydroxychloroquine: What do we know?". bbc.com. BBC. 1 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2020. Dicapai pada 3 July 2020.
  13. ^ "Hydroxychloroquine sulfate". Drugs.com. 31 March 2020. Dicapai pada 5 April 2020.
  14. ^ "NIH Panel Recommends Against Drug Combination Promoted By Trump For COVID-19". NPR. April 21, 2020.