KochiKame

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kochikame)
Kochira Katsushika-ku Kameari Kōen Mae Hashutsujo
Kulit DVD Kochira Katsushika-ku Kameari Kōen-mae Hashutsujo The Movie
こちら葛飾区亀有公園前派出所
(Inilah Balai Polis di Hadapan Taman Kameari di Daerah Katsushika)
GenreKomedi, Polis
Manga
PengarangOsamu Akimoto
PenerbitJepun Shueisha
DemografikShōnen
Majalah AsalJepun Weekly Shōnen Jump

Jepun Kochikame
Jepun Maitsuki Taise Rekushon
Jepun Gatsu Kyoku Chō Selection
Jepun Konbini Tokushū Genteiban
Jepun Getsurei Tokusen Choice!
Jepun Gatsu Ichi Gokujō Choice!!
Jepun Kochikame Gold
Jepun Kochikame Hit Parade!!
Jepun Kyokusen Tsuāzu!!

Taiwan Formosa Youth
Tarikh PengeluaranSeptember 1976September 2016
Siri televisyen anime
PengarahTetsuo Yasumi
Noboru Misawa
Shinji Takamatsu
Norihiro Takamoto
Akira Shigino
StudioStudio Gallop
Penyiaran AsalJepun Animax, Fuji Television
Penyiaran LainTaiwan China Television
Portugal Canal Panda, AXN, Animax
India Hungama TV
Indonesia Global TV
Sepanyol K3, Canal2, TVG, Animax
Malaysia TV3
Tarikh tayangan16 Jun 19962005
Episod373 + 9 episod khas
Filem
PengarahShinji Takamatsu
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
23 Disember 1999
Durasi tayangan
95 minit
Filem
The Movie 2: UFO Shūrai! Tornado Daisakusen!!
PengarahShinji Takamatsu
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
20 Disember 2003
Durasi tayangan
109 minit
Portal Anime dan Manga

Kochira Katsushika-ku Kameari Kōen Mae Hashutsujo (Jepun: こちら葛飾区亀有公園前派出所, "Inilah Balai Polis di Hadapan Taman Kameari di Daerah Katsushika"), juga dikenali sebagai Kochikame (Jepun: こち亀), ialah sebuah manga komedi karya Osamu Akimoto. Manga Kochikame sudah sekian lama disirikan dalam majalah Weekly Shōnen Jump selama lebih 1,600 bab sejak September 1976,[1][2], menjadikannya siri manga yang paling lama bersiaran dalam sejarah. (Golgo 13 dan Doraemon mula diterbtkan lebih awal, tetapi tidak disirikan secara berterusan). Setakat jilid 170, siri ini telah dijual mencecah 135 juta salinan.[3]

Manga ini juga diadaptasikan menjadi siri anime terbitan Studio Gallop, yang disiarkan ke seluruh Jepun oleh saluran televisyen satelit Animax, dan juga Fuji Television, di samping juga dua filem animasi, sebuah filem lakonan sebenar, drama pentas, dan juga sebuah siri TV lakonan sebenar.

Kochikame berlatarkan sebuah balai polis perumahan (kōban) di pusat bandaraya Tokyo dan kawasan sekitarnya pada masa kini, yang mengisahkan seorang polis cemerkap yang bernama Kankichi Ryotsu (Ryo-san).

Watak[sunting | sunting sumber]

Balai Polis[sunting | sunting sumber]

Ryōtsu Kankichi (Jepun: 両津 勘吉)
Lahir 3 Mac. Ketua Pegawai Rondaan Katsushika, berpangkalan di balai polis menghadap Taman Kameari. Berasal dari Asakusa, Taitō, Tokyo. "Ryo-san" ialah seorang pegawai polis yang berperangai budak belasan tahun. Kemalasannya ketika bertugas ditanggung dengan keghairahan dan kepandaian merancang skim cepat kaya yang hasilnya diboroskan dengan membeli mainan, alat-alatan dan hiburan murahan. Walaupun gaya hidupnya kurang berdisiplin, namun dia mempunyai kekuatan luar biasa yang sekali-sekali ada gunanya. Ryotsu yang bujang seolah-olah kurang berminat terhadap wanita, tetapi adakalanya mendapat perhatian kenalan wanita muda yang naif tanpa berjaya menjalin apa-apa hubungan. Dia menunggang basikal bernama Chidori.
Nakagawa Keiichi (Jepun: 中川 圭一)
Lahir 24 Disember. Seorang polis peronda yang muda dan tampan. Biarpun bertugas sebagai polis, Nakagawa berasal dari keluarga perniagaan yang kaya-raya, dan selalu terpaksa memandu kereta sport dan helikopter peribadi ke mesyuarat lembaga. Menawan, mahir memandu dan menembak, Nakagawa digilai oleh semua anggota polis wanita. NAmun begitu, anak emas ini agak kurang memahami cara hidup di dunia luar. Pakaian seragamnya ialah sut kuning berjalur halus bernilai ¥300,000 buatan Pierre Cardin. Sungguhpun sering diekori oleh wanita sepanjang waktu bertugas, Nakagawa kelihatan sering tidak mengendahkan kehadiran mereka. Dia benci memakan natto dan menggemari kereta Ferrari.
Reiko Catherine Akimoto (Jepun: 秋本・カトリーヌ・麗子)
Lahir 7 Julai. Serupa latarnya dengan Nakagawa, kekayaan Reiko diwarisi dari golongan bangsawan Eropah. Reiko terpaksa mengimbangi komitmennya kepada tugas polis dengan peranannya dalam golongan atasan. Ahli keluarga perniagaan Akimoto yang bertapak di bandar raya Kobe ini, adalah separuh berketurunan Perancis, dibesarkan di Amerika Syarikat, dan boleh bertutur dalam berbilang bahasa. Wajahnya diserikan dengan rambut perang berjela-jela dan pakaian seragamnya yang begitu comel, seolah-olah bidadari yang menawan. Reiko sering diiringi oleh lelaki yang kaya dan berpengaruh, tetapi belum menemui jejaka yang secocok dengannya. Reiko bertugas di jabatan pengangkutan dan memandu kereta Porsche.

Ōhara Daijirō (Jepun: 大原 大次郎)

Ketua Pegawai Rondaan Katsushika, dipertanggungjawabkan balai polis di hadapan Kameari Park. Polis senior yang bengis inilah orang atasn Ryotsu. Walaupun sering dijengkelkan oleh orang-orang suruhannya, namun dia sentiasa bersedia menghukum Ryotsu kerana malas. Antara hobi-hobi kegemarannya termasuk melatih judo, kendo, sado, menghias bonsai, dan seni kaligrafi. Dia menaiki bas atau tren ke balai.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Ono Komachi (Jepun: 小野小町) dan Seishō Naoko (Jepun: 清正奈緒子)

Dua polis wanita yang gemar mengejek dan mempersenda Ryotsu. Hanya terdapat dalam versi anime.

Siaran Televisyen di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kochikame sekarang disiarkan oleh TV3 pada setiap Ahad jam 12.30 tengah hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Thirty Years of Gags". Web-Japan.org. 4 September 2006. Dicapai pada July 7, 2009.
  2. ^ "Celebrating its 30th Anniversary, Interview with the Artist of Kochi-Kame". Comipress. 19 September 2006. Dicapai pada 7 Julai 2009.
  3. ^ http://comipress.com/article/2007/05/06/1923

Pautan luar[sunting | sunting sumber]