Kod Asuka Kiyomihara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kod Asuka Kiyomihara (Bahasa Jepun: 飛鳥浄御原令, Asuka Kiyomihara-ryō) merujuk kepada koleksi peraturan yang disusun dan diundangkan pada tahun 689. Koleksi ini ialah salah satu koleksi undang-undang yang pertama di Jepun Klasik andainya bukan koleksi pertama undang-undang Ritsuryō.[1] Hal ini juga menandakan kemunculan awal badan pentadbiran pusat yang disebut sebagai Daijō-kan (Majlis Negara) yang terdiri daripada tiga orang menteri - Daijō-daijin (Canselor), Sadaijin (Menteri Kiri) dan Udaijin (Menteri Kanan).[2]

Pada tahun 662, Maharaja Tenji dikatakan telah menyusun kod undang-undang Jepun pertama yang diketahui oleh sejarawan moden. Ōmi-ryō yang terdiri daripada 22 jilid diumumkan pada tahun terakhir pemerintahan Tenji.[3] Pengekodan undang-undang ini tidak lagi ada, tetapi dikatakan telah diperhalusi dengan suatu nama yang dikenali sebagai Asuka Kiyomihara ritsu-ryō pada tahun 689.[2] Penyusunan ini dimulakan pada tahun 681 di bawah Maharaja Tenmu. Baginda meninggal dunia pada tahun 686 tetapi pemenuhan Kod ini mengambil masa beberapa tahun lagi. Kod ini diundangkan pada tahun 689. Hal ini difahamkan telah menjadi pendahulu kepada ritsu-ryō Taihō pada tahun 701.[4]

Walaupun tidak "dimuktamadkan" (tidak memasukkan kod kanun keseksaan, ritsu, misalnya), kod tersebut sudah memasukkan beberapa peraturan penting (misalnya pendaftaran wajib bagi warganegara) yang membuka jalan bagi Kod Taihō yang lebih lengkap.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farris, William Wayne. (1998). Sacred Texts and Buried Treasures: Issues in the Historical Archaeology of Ancient Japan. hlmn. 104. (dalam bahasa Inggeris)
  2. ^ a b c Hall, John Whitney et al. (1993). The Cambridge History of Japan, hlmn. 232. (dalam bahasa Inggeris)
  3. ^ Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, hlmn. 52. (dalam bahasa Inggeris)
  4. ^ Varley, John. (1980). A Chronicle of Gods and Sovereigns: "Jinnō Shōtōki" of Kitabatake Chikafusa, hlmn. 136 n43. (dalam bahasa Inggeris)

Rujukan[sunting | sunting sumber]