Kod berpakaian Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kod berpakaian Barat ialah satu set kod pakaian yang memperincikan baju apa yang patut dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Memandangkan kebanyakan budaya mempunyai ciri-ciri khas yang setara dengan tradisi kod pakaian Barat yang lebih formal, kod pakaian ini adalah rangka kerja serba guna yang sebenar, terbuka pada percantuman kostum tempatan dan antarabangsa. Keserbagunaan ini menjadikan skala formaliti sebagai skala formaliti antarabangsa yang praktikal.

Klasifikasi dibahagikan kepada pakaian formal (full dress), pakaian separuh formal (half dress), dan pakaian tidak formal (undress). Apa-apa sahaja dibawah level ini dirujuk sebagai pakaian kasual, walaupun kadangkala dalam kombinasi seperti "smart kasual" atau "bisnes kasual" untuk menunjukkan harapan lebih tinggi daripada langsung tiada apa-apa.

Formaliti Bukan Tentera Tentera Tambahan
Lelaki Wanita
Siang Malam Siang Malam
Pakaian formal iaitu "Full dress" Pakaian pagi White tie Sut seluar atau skirt dengan blazer Gaun kembang Pakaian rasmi istiadat Pakaian istiadat,
Pakaian keagamaan,
Kostum rakyat,
Darjah kebesaran dan pingat, dsb.
Pakaian separuh formal iaitu "Half dress" Sut lounge hitam Black tie Gaun malam Pakaian rasmi mess
Pakaian tidak formal iaitu "Undress" Sut Pakaian koktel Pakaian seragam khidmat
Pakaian kasual Apa-apa saja yang dianggap tidak sesuai untuk majlis yang lebih formal

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Sondag, Glen (2011). Anything Other Than Naked. London Street Press. m/s. 200 pages. ISBN 978-1-936183-83-8.