Pergi ke kandungan

Kodi Rasheed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kodi Rasheed
كودي رشيد
Kelahiran
Muhammad Shazmeer bin Mohd Rasheed

(1990-07-16) 16 Julai 1990 (umur 36)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2014–kini
Terkenal keranaOphilia
Karya
Filemografi
PasanganNor Fatihah Mahad (k. 2015)
Anak-anak2

Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed lebih dikenali sebagai Kodi Rasheed (lahir 16 Julai 1990) ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Totoi dalam filem Ophilia (2014)[1][2] yang melayakkan beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27.[3]

Kodi memulakan kerjaya lakonan dengan membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Ophilia arahan Raja Mukhriz, ia turut dibintangi oleh Que Haidar dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2014.

Selepas itu, beliau membintangi filem Coverina yang ditayangkan pada 19 Februari 2015. Filem arahan Khalid Nadzri itu turut dibintangi oleh Pekin dan Siti Elizad.

Pada tahun 2016, beliau membintangi bersama Johan As'ari, Ezzaty Abdullah dan Zulkifli Ismail dalam episod drama Kifarah Mistik "Haruman Setanggi" yang disiarkan di Slot Zehra TV3, sekaligus ia menjadi drama pertama lakonannya.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2015, Kodi berkahwin dengan Nor Fatihah Mahad di Pusat Konvensyen Ideal, Batu Caves.[4] Beliau dikurniakan dua anak.[5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Ophilia Menang [3]
2016 Anugerah Sri Angkasa 2016 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Lorong Kecil Ke Syurga Menang [6]
  1. ↑ Amirah Amaly Syafaat (8 September 2015). "Tuah berganda Kodi Rasheed". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  2. ↑ Zaidi Mohamad (8 September 2015). "Kodi Rasheed anggap trofi FFM rezeki kahwin". Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  3. 1 2 Ridzuan Abdul Rahman (15 September 2015). "Siang dapat isteri, malam terima anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  4. ↑ Kemalia Othman (13 September 2015). "Kahwin Bukan Halangan Kodi Rasheed Aktif Sebagai Pelakon". mSTAR Online. Dicapai pada 10 Februari 2019.
  5. ↑ Kamaruddin Razal (21 Julai 2019). "Kongsi birthday dengan anak kedua, Kodi Rasheed pilih nama sultan". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Januari 2020.
  6. ↑ Zaidi Mohamad (22 November 2016). "Hero kacak, sado punca bakat Kodi Rasheed tersisih". Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]