Kodpis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henry VIII memakai sekeping kodpis

Kodpis (daripada bahasa Inggeris Pertengahan, cod, "buah pelir") ialah sekeping penutup atau dompet yang dipasang pada hadapan pesak seluar lelaki dan biasanya menyerlahkan bahagian kemaluan itu. Ia dirapatkan dengan tali, butang, atau kaedah yang lain, dan merupakan sebahagian pakaian Eropah yang penting pada abad ke-15 dan abad ke-16. Kodpis masih dipakai pada zaman moden dalam kostum persembahan untuk ahli muzik rock dan muzik heavy metal, serta juga dalam subbudaya kulit homoseksual.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kodpis logam, abad ke-16.
Potret Antonio Navagero (1565), cat minyak pada kanvas, Pinacoteca di Brera, Milan, oleh Giovanni Battista Moroni.

Dalam dunia purba, terdapat penggambaran kodpis yang masih wujud, misalnya penemuan arkeologi di Knossos Minoa di Crete telah menghasilkan patung kecil, dengan sesetengahnya memakai kodpis.[1] Sebahagian besar daripada apa yang diketahui tentang potongan, padanan, dan bahan pakaian Zaman Pembaharuan dipelajari daripada: [2]

  • potret realistik;
  • inventori pakaian;
  • resit berhuraian untuk bayaran artifak; dan
  • panduan pengguntingan tukang jahit.

Pada abad ke-14, hos lelaki yang berbentuk dua kaki berasingan dipakai di atas seluar dalam linen, dengan kemaluan lelaki dilitupi hanya dengan selapis linen itu. Dengan berlalunya masa, garis kelepet naik, dengan hos menjadi lebih panjang dan disambungkan pada bahagian tengah di belakang, tetapi bahagian tengah di depan masih terbuka. Pemendekan dublet yang kemudian menyebabkan alat kelamin tidak ditutup dengan sempurna dan justera, kodpis bermula kewujudannya sebagai sehelai kain berbentuk tiga segi yang menutup celah itu.

Dengan berlalunya masa, kodpis dibentuk dan dibubuh ped untuk menyerlahkan alat kelamin lelaki, berbanding dengan menyembunyikannya. Arah aliran itu mencapai puncak saiz dan hiasannya pada 1540-an sebelum penggunaan kodpis dihentikan menjelang 1590-an. Baju zirah abad ke-16 meniru fesyen orang awam dan buat suatu ketika, kodpis berperisai menjadi satu tambahan yang ketara kepada pelindung lengkap yang terbaik. Sebilangannya kini dipamerkan di muzium seperti Metropolitan Museum of Art di Bandaraya New York, dan Higgins Armory [3] di Worcester, Massachusetts. Baju zirah Henry VIII [4] di Menara London juga mempunyai kodpis.

Pada zaman kemudian, kodpis menjadi satu bahan ejekan yang mempersendakan fesyen yang ganjil-ganjil. Francois Rabelais, penulis satira lucu Zaman Pertengahan merujuk secara bergurau kepada buku yang berjudul On the Dignity of Codpieces (Tentang Kemuliaan Kodpis) dalam prakata bukunya, The Histories of Gargantua and Pantagruel  (Sejarah Gargantua dan Pantagruel).[5]

Menerusi laluan linguistik yang sama, cods dalam bahasa Inggeris menjadi satu slanga moden untuk merujuk kepada alat kelamin lelaki.[6]

Dalam budaya sezaman[sunting | sunting sumber]

Kodpis kulit.
Oderus Urungus daripada pancaragam heavy metal, Gwar, memakai kodpis dalam konsert 2004.

Pakaian subbudaya[sunting | sunting sumber]

Kodpis dipakai oleh homoseksual subbudaya kulit untuk melitupi dan mengurung alat kelamin mereka, kekadangnya di samping pemakaian chap kulit.

Fesyen heavy metal[sunting | sunting sumber]

Kodpis beraliih daripada subbudaya kulit untuk menjadi sebahagian kostum persembahan fesyen heavy metal yang mantap apabila Rob Halford daripada pancaragam Judas Priest mula memakai pakaian pelumba motosikal homoseksual dan subbudaya kulit sewaktu mempromosikan Hell Bent untuk Leather Album pada 1978.[7]

Tokoh-tokoh lain dalam dunia heavy metal yang memakai kodpis termasuklah:

Muzik pop[sunting | sunting sumber]

Tokoh-tokoh dalam dunia muzik pop yang memakai kodpis termasuklah:

  • Tom Jones yang memakai kodpis sewaktu membuat persembahan dalam konsert.
  • Larry Blackmon yang memakai kodpis merah di atas seluarnya, dengan itu merupakan ciri utamanya.
  • Penyanyi utama Cameo yang memakai kodpis dalam videonya, "Word Up".

Dalam filem, media elektronik dan kesusasteraan moden[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Permainan video[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ C. Michael Hogan. 2007. Knossos fieldnotes, Modern Antiquarian.
  2. ^ Grace Q. Vicary, Cultural Anthropology, Vol. 4, No. 1 (Feb., 1989), Visual Art as Social Data: The Renaissance Codpiece, pp. 3-25.
  3. ^ John Grabenstein, http://www.higgins.org Diarkibkan 2016-10-12 di Wayback Machine
  4. ^ David Edge, Arms and Armor of Medieval Knights: An Illustrated History of Weaponry in the Middle Ages
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-01-21. Dicapai pada 2009-12-01.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-06. Dicapai pada 2009-12-01.
  7. ^ http://findarticles.com/p/articles/mi_m1589/is_n759/ai_20830600/pg_1
  8. ^ A Fan's Analysis of Doom Patrol supervillain Codpiece.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]