Zaman Kofun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kofun)
Lompat ke: pandu arah, cari
Satsuma-samurai-during-boshin-war-period.jpg

Sejarah Jepun

Glosari

Zaman Kofun (古墳時代 kofun jidai?) merupakan salah satu zaman dalam pembahagian tempoh sejarah Jepun yang dimulai pada pertengahan-akhir abad ke-3 sehingga sekitar abad ke-7. Pada buku sejarah zaman dulu, zaman Kofun dan zaman Asuka pernah disatukan menjadi zaman Yamato, tapi dalam buku sejarah moden kedua-dua zaman ini dianggap sebagai dua zaman yang terpisah.

Kofun adalah makam pemerintahan atau bangsawan dengan tanah yang dibuat membukit yang menempati lokasi yang berbentuk perpaduan lingkaran dan persegi empat seperti lubang kunci. Ciri khas zaman Kofun adalah pembangunan Kofun secara terus menerus selama 300 tahun di banyak tempat di Jepun.

Pada zaman Kofun terjadi berkali-kali perang perebutan kekuasaan yang sengit, pelbagai cara teknik kotor, tipu muslihat dan strategi digunakan untuk berkuasa. Calon penguasa yang merasa lebih kuat tanpa ragu-ragu menyingkirkan semua penghalang termasuk membunuh saudara tiri atau saudara kandung. Pada zaman Kofun teknik irigasi untuk pengairan sawah berkembang dengan pesat.