Kohort Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kohort Malaysia (Inggeris: The Malaysian Cohort) merupakan satu projek penyelidikan jangka panjang, bertujuan membina sebuah sumber yang komprehensif bagi para penyelidik Malaysia. Ini adalah satu projek nasional yang telah diinisiatifkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam tahun 2004 dan diluluskan oleh kabinet Malaysia pada tahun 2005.

Kohort Malaysia juga merupakan sebahagian daripada Asia Cohort Consortium, konsortium kerjasama antarabangsa sebanyak lapan buah negara termasuk Jepun, Taiwan, Korea Selatan, China, India, Singapura, Malaysia dan Amerika Syarikat. Konsortium ini bertujuan untuk menyelaras dan bekerjasama dalam penggabungan sumber dan kepakaran untuk mengkaji interaksi gen, persekitaran dan gaya hidup dalam etiologi penyakit. Dengan memberi tumpuan pada maklumat genetik, data gaya hidup dan pendedahan alam sekitar, projek ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor risiko dengan tepat dan mencari penanda biologi baru untuk pelbagai penyakit.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.