Koksidiosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koksidiosis merupakan penyakit parasit saluran usus haiwan yang disebabkan oleh protozoa koksidia. Penyakit ini merebak dari satu ke satu haiwan melalui penyentuhan najis yang terjangkit atau pengambilan tisu yang dijangkiti. Gejala utamanya ialah diarea (cirit-birit) yang mungkin berdarah jika parah. Kebanyakan haiwan yang dijangkiti dengan koksidia tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi haiwan yang masih kecil ataupun mengalami imunokompromi boleh mengalami gejala yang teruk dan berdepan dengan maut.

Biarpun boleh menjangkiti pelbagai haiwan, termasuk manusia, burung, dan ternakan, koksidia biasanya khusus kepada satu spesies, kecualilah toksoplasmosis yang disebabkan oleh Toxoplasma gondii.[1][2]

Manusia boleh mula-mula terkena koksidia ketika memperoleh anak anjing atau anak kucing yang dijangkiti. Selain daripada T. gondii, organisma berjangkit itu khusus kepada anjing dan kucing sahaja dan tidak menular kepada manusia, lain daripada penyakit zoonotik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  2. ^ Petikan kosong (bantuan)