Kolej 56
Kolej 56 | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Fauzee |
Penulis | Ahmad Fauzee |
Dihasilkan oleh | Ahmad Fauzee |
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Jib Ibrahim |
Tarikh tayangan | 1989 |
Masa tayangan | 102 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Kolej 56 merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1989. Filem Kolej 56 diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Kolej 56 mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Ia menampilkan pelakon-pelakon seperti Ahmad Fauzee, Salwa Abdul Rahman dan ramai lagi.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Kolej 56 diarah oleh pengarah Ahmad Fauzee pada 1989. Pengarah penasihatnya ialah Aziz Jaafar.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan anak-anak daripada keluarga bangsawan yang belajar di Putra Kolej iaitu sebuah kolej swasta yang terletak di Cameron Highlands. Mereka mengikuti kursus intensif selama sebulan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Rosman, Roslan, Rosli dan Tengku Kamil berasal dari keluarga elit kecuali Rosli yang bapanya bekerja sebagai pelayan di rumah orang kaya. Walau bagaimanapun, majikan ayahnya tidak mempunyai zuriat, lalu menghantar Rosli ke situ sebagaimana keluarga berada lainnya.
Tengku Kamil yang berasal dari utara tanah air, sombong dan memandang rendah pada yang lain kerana dia bakal ditabalkan sebagai raja kelak. Tetapi semasa sesat di hutan dia mendapat pengajaran berguna dari Rosman, Roslan dan Rosli. Dari situ dia mula bergaul dengan mereka.
Sewaktu ditugaskan mencari kayu api, mereka telah menyelamatkan Mawar, seorang gadis suku Dusun yang menjadi mangsa jerat ayahnya sendiri. Rosman menyelamatkan dia lalu timbul rasa cinta antara mereka. Kemudiannya, mereka ditangkap ayah Mawar kerana makan rambutan tanpa izin di kebunnya. Mereka dibebaskan kerana Mawar terhutang budi pada mereka.
Rosman pula sedang asyik dilamun cinta dengan Mawar sekali pun dilanda jurang adat resam kerana Mawar tidak beragama dan tidak setaraf dengan keluarganya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Fauzee sebagai Rosman
- Salwa Abdul Rahman sebagai Mawar
- Ariff Shamsuddin sebagai Rosli Mohd Ali
- Shah Rezza sebagai Tengku Kamil
- Erma Fatima sebagai Zuraidah
- Nor Albaniah Raffie sebagai Tengku Noraini
- Mat Over sebagai Sulaiman
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Omar Suwita sebagai Majikan Bapa Rosli
- Hashimah Yon sebagai Ibu Rosman
- S. Shamsuddin sebagai Bapa Rosli
- Kemat Hassan sebagai Bapa Rosman
- Ahmad Sabri sebagai Bapa Roslan
- K. Fatimah sebagai Isteri Majikan Bapa Rosli
- Yusof Latiff sebagai Pengetua Putra Kolej
- Mariani sebagai Mak Engku (Mak Tengku Kamil)
Trivia
[sunting | sunting sumber]Individu-individu tersohor tanah air juga turut diselitkan dalam cerita ini, apabila ada rakan sekelas mereka bernama Rohana Jalil dan Musa Hitam. Sedangkan pada era 1950-an, nama-nama itu belum lagi dikenali ramai. Begitu juga babak Rosman dan rakan-rakannya bermain bolasepak menentang pasukan Rovers yang diwakili ekspatriat berkulit putih. Selain itu, ada penampilan khas seorang pemain berkulit hitam (Zainal Abidin Hassan) iaitu seorang bintang bola sepak Malaysia di era 80-an dan 90-an.
Di penghujung cerita, bapa Rosli iaitu S. Shamsuddin yang juga bapa kandungnya di dunia sebenar memandu kereta usang dan Rosli mencadangkan bapanya membeli kereta baru. Bapanya membalas, jika dia sudah kaya kelak, kereta Saga (Proton Saga) akan menjadi pilihannya. Namun kereta Proton yang diilhamkan oleh Mahathir Mohamad hanya wujud pada 1985.
Menurut Pengarah dan juga pelakon, Ahmad Fauzee. Nama Rosman Ramlee itu diambil sempena nama teman karibnya sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Begitu juga watak Rosli (Ariff S. Shamsuddin), Roslan (Zee Muzakkir) dan Tengku Kamil (Shah Rezza). Nama-nama watak ini diambil dari nama teman rapatnya sewaktu bersekolah di MCKK. Kecuali Tengku Kamil itu yang junior 3 tahun dari Ahmad Fauzee, yang lain adalah rakan sebaya.
Nama 'Mawar' dipilih kerana simbolik lagu 'Mawar Ku' yakni lagu sulung dalam karier nyanyian Ahmad Fauzee.
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Duhai Kawan
- Senandung Rindu
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) Festival Filem Malaysia ke-8
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kolej 56[pautan mati kekal] di Sinema Malaysia