Kolej Islam Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Islam Antarabangsa (KIA) yang terletak di Taman Batu Muda, berhampiran Batu Caves ialah salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia. Kolej ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan memulakan sesi pengajian pertama dengan kumpulan pelajar pertama pada 18 Jun 2001. Kini, Kolej Islam Antarabangsa telah melahirkan lebih daripada 11,000 graduan melalui sepuluh majlis konvokesyen. Kesemua sepuluh majlis konvokesyen kolej ini diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Kolej Islam Antarabangsa ialah milik penuh IIUM Higher Learning Education iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Universiti Islam Antarabangsa. Nama rasmi kolej ini ialah Kolej Islam Antarabangsa, namun nama yang lebih kerap digunakan ialah International Islamic College (IIC).

Kolej Islam Antarabangsa terletak di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.[1]

Terkini, Kolej Islam Antarabangsa menawarkan satu program asasi, lima program peringkat sijil, 13 program peringkat diploma, dan tiga proram ijazah kolaborasi (3+0) dengan dua universiti antarabangsa iaitu Teesside University, England, dan Federation University, Australia.

Kursus-kursus yang ditawarkan:[sunting | sunting sumber]

Kolej Islam antarabangsa menawarkan kursus-kursus peringkat asasi, sijil, diploma dan ijazah.

Asasi[sunting | sunting sumber]

  1. Foundation in Arts

Kursus Sijil[sunting | sunting sumber]

  1. Sijil Teknologi Maklumat (CIT)
  2. Sijil Pentadbiran Perniagaan (CBA)
  3. Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (CCE)
  4. Sijil Pengurusan Penguatkuasaan (CEM)
  5. Sijil Bahasa Inggeris (CPE)

Kursus Diploma[sunting | sunting sumber]

  1. Diploma Sains Komputer (DCS)
  2. Diploma Teknologi Maklumat (DIT)
  3. Diploma Kreatif Animasi (DCA)
  4. Diploma Rekaan Grafik (DGD)
  5. Diploma Pentadbiran Perniagaan (DBA)
  6. Diploma Perakaunan (DIA)
  7. Diploma Pengurusan Pejabat dan Kesetiausahaan (DMS)
  8. Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DBF)
  9. Diploma Pengurusan Penguatkuasaan (DEM)
  10. Diploma Pengurusan Pemasaran (DMM)
  11. Diploma Pengurusan Risiko (DRM)
  12. Diploma Pendidikan Awal Islam Kanak-kanak (DCE)
  13. Diploma Pengajian Islam dan Sains Kontemporari (DIC)

Kursus Ijazah Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

  1. Bachelor of Business (Entrepreneurship) 3+0 kolaborasi dengan Federation University, Australia
  2. Bachelor of Commerce (Accounting) 3+0 juga kolaborasi dengan Federation University, Australia
  3. BA (Hons) Early Childhood Studies (International) 3+0 kolaborasi dengan Teesside University, United Kingdom

External links[sunting | sunting sumber]