Kolej Islam Sultan Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Moto Bersama Merangkul Keunggulan
Ditubuhkan 1955
Dirasmikan 8 April 1955
Jenis Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi
Pengetua Tn. Hj. Omar bin Salleh
Pengerusi PIBG En Sahar Bin Jaafar
Kod sekolah BRA0001
Lokasi Klang , Selangor
Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 - Tingkatan 6
Nama singkatan KISAS / SASIC
Laman web http://kisas.edu.my
Telefon 03-33711658
Faks 03-33721148


Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia. KISAS atau SASIC (Sultan Alam Shah Islamic College). KISAS kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010 (Kohort 1).KISAS mempunyai pelajar seramai hampir 800 orang,berusia antara 16 hingga 19 tahun.Sehingga kini,KISAS kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat.Ramai tokoh intelektual,tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan oleh KISAS semenjak penubuhannya hampir enam dekad yang lalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M menggunakan nama Kolej Islam Malaya.Kolej Islam ditubuhkan hasil desakan masyarakat Melayu yang mahukan sebuah pusat pengajian agama moden didirikan untuk menjadi pusat pendidikan secara formal bagi anak-anak Melayu bagi mengimbangi bilangan sekolah-sekolah vernakular di Tanah Melayu.Professor Zulkifli Muhammad merupakan antara orang yang bertanggungjawab berkempen ke seluruh negara menggagaskan idea penubuhan Kolej Islam Malaya dengan harapan untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian Islam moden yang mampu membersihkan umat Islam daripada gejala jahiliah.Kutipan dana dibawah nama Dana Waqaf KIM telah dilancarkan di seluruh Tanah Melayu.Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Klang.

"Di Kolej inilah terletak tinggi rendahnya,baik buruknya dan mundur majunya agama Islam (di Tanah Melayu) yang suci ini." -Professor Zulkifli Muhammad

Istana Jemaah yang diwakafkan oleh Sultan Selangor untuk Kolej Islam Malaya


Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah telah mewakafkan Istana Jemaah untuk menjadi tapak rasmi Kolej Islam Malaya.Kolej Islam Malaya telah dirasmikan oleh baginda Sultan Selangor pada ketika itu menerusi sebuah adat istiadat gilang-gemilang yang diadakan selepas solat Jumaat pada petang 8 April 1955.Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan roh-roh Islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah mencemar duli untuk merasmikan Kolej Islam Malaya selepas solat Jumaat 8 April 1955

Kolej Islam Malaya pada awal penubuhannya telah menerima kemasukan pelajar hampir 50 orang dari Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei.Tenaga pengajar Kolej Islam Malaya pada ketika itu terdiri daripada tokoh-tokoh intelektual Tanah Melayu seperti Professor Zulkifli Muhammad yang turut memegang jawatan selaku Setiausaha Kehormat KIM.Beberapa orang tenaga pengajar juga terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti Al Azhar,Mesir.Kursus Sijil Tertinggi Kolej (STK) yang ditawarkan di Kolej Islam Malaya pada ketika itu mendapat pengiktirafan daripada Universiti Al Azhar,Mesir.

Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya (kini Pusat Pengajian Persediaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan seterusnya ke Bangi menjadi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi dilaksanakan di Klang.

Pada tahun 1967, Kolej ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibangunkan sebagai sebuah Sekolah Menengah Tinggi Agama Bantuan Penuh Kerajaan yang diberi nama Kolej Islam Kelang. Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.

Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.

Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan fasa pertama pada tahun 2007.Pengiktirafan fasa pertama ini telah meletakkan KISAS sebaris dengan beberapa sekolah cemerlang.Pada tahun 2010,Kolej Islam Sultan Alam Shah telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi kohort pertama setelah berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik serta kokurikulum.

Pada tahun 2012,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia yang keenam telah membuat lawatan rasmi ke Kolej Islam Sultan Alam Shah bersempena Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan bertujuan untuk memperingati jasa dan bakti Allahyarham Nik Mohd Mohyideen Wan Musa,mantan Pengetua Kolej Islam Klang.Dalam lawatan rasminya,YAB Datuk Seri Mohd Najib telah mengumumkan beberapa insentif yang bakal diberikan kepada KISAS termasuklah penambahan lebih seribu buah bahan bacaan di Perpustakaan Kolej Islam Sultan Alam Shah (Perkisas).

Syiar Kolej[sunting | sunting sumber]

"Fastaqim kama umirta,

Dipetik dari surah Hud, ayat 112. Ia bermaksud 'Maka tetaplah (istiqamah) kamu diatas jalan yang telah kamu diperintahkan'.

Ayat 112 daripada surah Hud ini tertera pada lambang Kolej Islam Sultan Alam Shah menggunakan tulisan berwarna hitam.Ayat ini mula diperkenalkan bermula daripada lambang Kolej Islam Klang yang telah menggantikan ayat "Nur 'Ala Nur" yang dipetik dari Surah An Nur ayat ke 35.Ayat "Nur 'Ala Nur " telah digunakan bermula tahun 1966 pada lambang Kolej Islam Klang sebelum ia digantikan dengan ayat "Fastaqim kama Umirta" pada lambang baharu Kolej Islam Klang pada ketika itu.

Ayat 112 Surah Hud ini dipilih untuk menyeru pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah supaya sentiasa tetap beristiqamah dengan perjuangan Islam walaupun menempuh pelbagai cabaran semasa menuntut ilmu.

Moto Kolej & Misi Kolej &Visi Kolej & Matlamat Kolej[sunting | sunting sumber]

Moto Kolej : 'Bersama Merangkul Keunggulan'.

Misi Kolej : Menyediakan program pendidikan yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi murid yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025.

Visi Kolej : Melahirkan generasi ulul albab yang bertaraf dunia.

Matlamat Kolej : Melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi.

Lagu Kolej[sunting | sunting sumber]

Dengan kurnia Allah yang esa,

Kolej Islam tegak perkasa,

Memenuhi hasrat dan bangsa,

Tinggi pengajian agama,

Bersendikan ilmu dan iman,

Melahirkan manusia taqwa,

Penuh nilai budi bahasa,

Bentuk moral faham dunia,

Di kala zaman pancaroba,

Kolej Islam terus berjasa,

Membentuk peribadi mulia,

Berkhidmat pada nusa dan bangsa.

Lagu rasmi Kolej Islam Sultan Alam Shah dinyanyikan setiap minggu pada perhimpunan rasmi kolej hari Isnin.Melodi untuk lagu rasmi KISAS mula diperkenalkan pada tahun 2015 setelah nyanyian para pelajar menjadi semakin berbeza dengan nyanyian asal lagu tersebut.Melodi tersebut merupakan hasil ciptaan yang disumbangkan oleh seorang Alumni Kolej Islam (Alkis).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1) Akademik

  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM untuk 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2004 dan 2005.
  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan STPM untuk 7 tahun berturut-turut iaitu tahun 2008,2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2015.[1]
  • Mendapat tempat kedua seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM pada tahun 2000, 2007 dan 2008.
  • Mendapat tempat ketiga seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM tahun 2001, 2002, 2003 dan 2006.
  • Mendapat tempat keenam pada SPM tahun 2010, kelapan pada SPM tahun 2011, keenam pada SPM tahun 2012 dan keduabelas pada SPM tahun 2013.
  • Mendapat tempat keempat pada SPM 2014 dan 2015 keseluruhan SBP.
  • Mendapat tempat pertama dalam ranking Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selama 14 tahun bermula tahun 2002 hingga 2016

2) Kokurikulum

  • Pernah mendapat Johan Kebangsaan dalam bahas Bahasa Melayu, bahas Bahasa Inggeris, bahas Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran, pesta pantun, drama kerjaya, pidato Piala Diraja, syarahan agama kategori lelaki dan perempuan. Juga pernah menjadi johan sepanjang masa dalam pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP).
  • Pernah mendapat Naib Johan Kebangsaan dalam pertandingan reka cipta dan inovasi antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  • Pernah mendapat tempat Ketiga dalam 4th Biennial Residential School English Drama Competition 2013 (National Final) (Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali Keempat 2013 Peringkat Kebangsaan) dan merangkul 'Anugerah Pelakon Tambahan Lelaki Terbaik'.
  • Johan zon tengah Malaysia F1 in School.
  • Johan dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Gamelan Melayu SBP pada tahun 2011 dan 2012.
  • ALKIS GEMAWAN (AWAN) merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Gamelan Melayu Kebangsaan dan mendapat 'Anugerah Lagu Tradisional Terbaik'.

Sistem Pembelajaran & Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Sistem pembelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Para pelajar yang masuk ketika tingkatan empat diwajibkan untuk menduduki Selain dari tiga peperiksaan konvensional, para pelajar juga boleh memilih untuk mengambil satu peperiksaan dalaman khas iaitu Sijil Khas Kolej (SKK) namun wajib untuk pelajar aliran Agama Ikhtisas.

Majlis Pengurusan Kolej Islam Sultan Sultan Alam Shah adalah seperti berikut:-

Pengetua  : Tuan Haji Omar bin Salleh

Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik : Encik Mohd Nordin bin Mohd Tohir

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  : Puan Hajah Rashidah Nor Binti Shamsudin

Penolong Kanan Kokurikulum  : Encik Mohd Azlan bin Abd. Aziz

Penolong Kanan Tingkatan 6  : Tuan Haji Abdullah bin Hassan

Ketua Jabatan Bahasa  : Puan Salma binti Man

Ketua Jabatan Pengajian Islam  : Puan Zaidah Binti Abdul Kadir

Ketua Jabatan Sains & Matematik  : Puan Farhanah binti Abdullah

Ketua Jabatan Kemanusiaan  : Puan Aznora binti Mohd Kamal

Ketua Jabatan Teknik & Vokasional  : Puan Nik Norlan Binti Ab Rahman

Tingkatan[sunting | sunting sumber]

  • Menengah Atas
    • Tingkatan Empat
    • Tingkatan Lima
  • Pra-Universiti
    • Tingkatan Enam Bawah
    • Tingkatan Enam Atas

Aliran[sunting | sunting sumber]

Matapelajaran[sunting | sunting sumber]

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Teras[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

Elektif[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Arab Tinggi
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Sains

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 913 Bahasa Arab
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 944 Ekonomi
  • Malaysia University English Test (MUET)

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
  • S102 – Fiqh
  • S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
  • S104 – Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran)
  • S105 – Hadith dan Mustolah
  • S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
  • S107 – Insya’ dan Mutalaah
  • S108 – Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab)
  • S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
  • S110 – Balaghah (kesusateraan)

Etos Kolej[sunting | sunting sumber]

Penanda arasan bagi anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

  • Gamelan
  • Nasyid
  • Pengucapan Awam

Infrastruktur Kolej[sunting | sunting sumber]

Dewan Besar / Dewan Al-Muttaqin wal Muthaqqafin[sunting | sunting sumber]

Merupakan tempat berlangsungnya acara rasmi seperti perhimpunan hari Isnin,majlis graduasi dan Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK). Terletak di hadapan blok D.

Dewan Terbuka / Centre of Excellence (CoE)[sunting | sunting sumber]

Dewan ini adalah di mana perhimpunan harian (selain daripada perhimpunan Isnin) dijalankan. Selain itu, dewan ini digunakan sebagai alternatif jika dewan besar tidak boleh digunakan. Ia terletak di belakang blok B berhadapan dewan kuliah.

Gimnasium[sunting | sunting sumber]

Gimnasium ini digunakan untuk latihan dalaman. Terletak berhampiran blok F.Gimnasium ini menjadi tempat latihan untuk pasukan gamelan sebelum dipindahkan ke Bilik Tayangan Utama (BTU) pada tahun 2015.

Dewan Peperiksaan Tingkatan Enam[sunting | sunting sumber]

Terletak di blok C, ia juga dipanggil dewan kecil. Ia digunakan untuk majlis berskala kecil.

Dewan Kuliah / Dewan Ulul Albab (DUA)[sunting | sunting sumber]

Dewan ini terletak dihadapan Center of Excellence (COE). Ia adalah sumbangan Kerajaan Arab Saudi. Dewan ini delengkapi dengan projektor, smartboard, whiteboard, penghawa dingin dan kerusi bermeja.Kelas tambahan untuk pelajar KISAS sering diadakan di dewan ini.

Pejabat[sunting | sunting sumber]

Pejabat ini adalah satu-satunya bangunan Istana Jemaah yang masih kekal sehingga hari ini. Ia terletak di antara blok A, B dan C. Di sinilah terletaknya pejabat penolong kanan pentadbiran,penolong kanan Hal Ehwal Murid serta pengetua.Segala urusan rasmi pelawat luar dengan pihak KISAS perlulah dibuat di pejabat.

Pejabat Kolej Islam Sultan Alam Shah

Bilik Guru[sunting | sunting sumber]

Ia terletak di blok A,tingkat dua dan di blok C,tingkat satu. Di blok A, tingkat dua menempatkan bilik guru-guru tingkatan 6, bilik-bilik ketua bidang dan bilik-bilik guru cemerlang (GC) manakala di blok C, tingkat satu menempatkan bilik guru tingkatan 4 dan 5.Pada musim peperiksaan,pelajar-pelajar KISAS dilarang untuk memasuki bilik guru.

Kantin / Kafeteria[sunting | sunting sumber]

Terletak dibelakang dewan kuliah.Kantin ini turut dibuka sebeum bermulanya kelas persediaan (prep) bagi pelajar-pelajar membeli makanan untuk mengalas perut.

Padang Belakang[sunting | sunting sumber]

Terletak dibelakang Dewan Makan Puteri.Ia selalu digunakan untuk aktiviti riadah oleh pelajar lelaki.Padang ini turut dilengkapi dengan dua buah tiang gol ragbi.Perlawanan persahabatan ragbi untuk Saracen KISAS sering diadakan di padang ini.

Padang Hadapan[sunting | sunting sumber]

Padang ini digunakan oleh pelajar-pelajar kolej semasa latihan sukan seperti latihan ragbi,latihan kriket serta latihan bola baling.

Bilik Peperiksaan[sunting | sunting sumber]

Bilik ini adalah tempat bagi guru-guru menggubal soalan dan menyimpan soalan-soalan peperiksaan dalaman.Bilik ini juga dilengkapi dengan komputer dan mesin cetak untuk menyemak kertas berbentuk jawapan objektif beraneka (JOB).

Bilik Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Ia adalah tempat perancangan aktiviti kokurikulum serta nadi gerak kokurikulum kolej. Selain itu, bilik bagi penolong kanan Kokurikulum dan guru penyelaras kokurikulum ditempatkan di sini.

Bilik Kemahiran Al-Quran[sunting | sunting sumber]

Terletak di bangunan C. Bilik ini bersebelahan dengan surau guru perempuan.Bilik ini turut dilengkapi dengan rehal al Quran.Program Kelas Kemahiran al Quran sering dijalankan didalam bilik ini.

Bilik Sakit[sunting | sunting sumber]

Pelajar-pelajar yang sakit akan menunggu di Bilik Sakit ini dan akan dihantar ke klinik-klinik ataupun hospital untuk mendapatkan rawatan.Beberapa buah katil turut disediakan bagi pelajar-pelajar sakit yang tidak mampu meneruskan pelajaran untuk hari tersebut.Rawatan pergigian setahun sekali turut dijalankan di Bilik Sakit ini.

Perpustakaan / PERKISAS[sunting | sunting sumber]

Terletak di bangunan blok B, PERKISAS adalah sumber pengetahuan yang penting serta boleh diakses oleh semua pelajar kolej.Pada tahun 2015,sebuah transformasi bahan bacaan besar-besaran telah dilancarkan di Perkisas.Ribuan bahan bacaan baharu telah ditambah di Perkisas hasil sumbangan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia keenam dan Datuk Haji Mohamad Din Bin Yusoh.Berbelas-belas rak buku baharu juga telah disumbangkan oleh beliau.Perkisas turut dibuka pada waktu kelas persediaan (prep) untuk para pelajar mengulangkaji didalamnya.

Bilik Tayangan Utama (BTU)[sunting | sunting sumber]

Terletak di sebelah PERKISAS merupakan mini-auditorium yang digunakan ketika mesyuarat, juga berfungsi sebagai bilik sambutan delegasi luar yang melawat ke KISAS.Bilik ini turut digunakan sebagai studio serta pusat latihan untuk pasukan Gema Gamelan Waqafan (GEMAWAN).

Bilik Alat Pandang Dengar (APD)[sunting | sunting sumber]

Bilik ini biasa digunakan untuk pembelajaran interaktif.Bilik ini dilengkapi dengan mesin OHP, projektor dan televisyen.Bilik ini juga sering digunakan ketika kelas tambahan wajib (KTW) dijalankan.

Makmal Bestari[sunting | sunting sumber]

Makmal Komputer ini terletak di blok pelajar tingkatan lima. Dilengkapi dengan set komputer dan akses internet jalur lebar.Selain daripada musim peperiksaan,Makmal Bestari ini turut dibuka pada waktu kelas persediaan (prep) untuk para pelajar mencari maklumat berkenaan pelajaran di Internet.Pelajar lelaki dan pelajar perempuan bergilir-gilir mengikut jadual untuk menggunakan Makmal Bestari ini.

Dar Warasatul Anbiya'[sunting | sunting sumber]

Medan bagi para pelajar Kolej Islam untuk berpidato secara terbuka. Medan ini juga alternatif bagi dewan terbuka jika dewan terbuka tidak boleh digunakan.Dataran hadapan Dar Warasatul Anbiya' digunakan untuk aktiviti perhimpunan pelajar tingkatan enam pada hari selain hari Isnin.Namun begitu,pada tahun 2015,perhimpunan harian selain hari Isnin untuk semua pelajar KISAS termasuk pelajar tingkatan enam telah diadakan di Centre of Excellence (COE) untuk menyelaraskan maklumat yang disampaikan semasa perhimpunan.

Koperasi[sunting | sunting sumber]

Nadi ekonomi pelajar kolej ini terletak di bangunan B. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Koop-Putera dan Koop-Puteri.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini baru dibina bersebelahan dengan Dewan Ulul Albab atau lebih dikenali sebagai Dewan Kuliah. Galeri ini berada di tingkat dua dan dilengkapi tingkap lutsinar disekelilingnya. Bilik ini menempatkan ratusan plak, piala dan sijil yang diterima oleh Kolej Islam dari generasi pertama sehinggalah hari ini.

Asrama[sunting | sunting sumber]

Asrama Putera[sunting | sunting sumber]

Asrama Putera terletak di seberang jalan,berhadapan kawasan kolej.Para pelajar lelaki menggunakan jejantas untuk ke sekolah dari asrama mereka.Ia empat buah blok banggunan iaitu blok A,B,C dan D. Blok A iaitu Blok Thariq,berwarna hijau merupakan bangunan asrama yang paling lama, iaitu dibina sekitar tahun 60-an. Blok B bagi Rumah Ali (Kuning), dibina pada tahun 70-an manakala Blok C bagi Rumah Omar (Merah) dan Blok D bagi Rumah Khalid (Biru), dibina pada tahun 80-an. Disebelah blok Khalid terletaknya Dewan Makan Putera.Memandangkan Kolej Islam Sultan Alam Shah merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP),kesemua pelajar wajib menetap di asrama.Susunan pelajar di asrama adalah mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan pada hari pendaftaran pelajar.

Asrama Putera mempunyai empat aras dengan bilik-bilik pelajar bermula daripada aras kedua hingga aras keempat.Aras kedua selalunya diperuntukkan untuk pelajar-pelajar tingkatan enam,aras ketiga untuk pelajar-pelajar tingkatan lima dan aras keempat untuk pelajar tingkatan empat.Dua bilik terawal untuk setiap aras merupakan bilik Ketua Pelajar (KP).Empat orang pelajar diperuntukkan untuk setiap bilik manakala hanya dua orang pelajar untuk bilik Ketua Pelajar.Asrama Putera dilengkapi dengan kemudahan mesin basuh berbayar,arena futsal serta ampaian-ampaian.Bilik penyelia asrama terletak di aras pertama Blok Thariq.Aras pertama Blok Thariq turut dilengkapi dengan bilik kelas persediaan (Prep) serta bilik komputer.


Asrama Puteri[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan asrama Putera yang terletak di seberang jalan sekolah dan hanya boleh diakses dengan jejantas, asrama Puteri terletak didalam kawasan sekolah bersebelahan dengan kantin dan Sekolah Menengah Jenis Persendirian Cina Chung Hwa. Asrama Puteri mempunyai dua buah blok asrama setinggi empat tingkat, padang hoki dan padang bola jaring. Didalamnya juga terdapat dewan makan Puteri dan empat buah kuarters guru. Di sebelah belakangnya, terdapat kediaman rasmi pengetua Kolej Islam.Susunan asrama untuk pelajar perempuan juga mengikut rumah sukan yang ditetapkan semasa hari pendaftaran.Berbeza dengan Asrama Putera yang menggunakan sistem bilik,Asrama Puteri menggunakan sistem dormitori.Pelajar perempuan disusun mengikut rumah sukan didalam satu dorm.Asrama Puteri boleh diakses menggunakan tiga buah pagar iaitu bersebelahan rumah pengetua,hadapan kantin kolej serta bersebelahan Musolla Saidatina Khadijah.Pada hari Jumaat,pagar berhampiran Musolla Saidtaina Khadijah akan dibuka untuk membolehkan pelajar lelaki serta penduduk Kampung Jawa masuk untuk menunaikan Solat Jumaat.

Musolla (Surau)[sunting | sunting sumber]

Musolla Saidina Ali[sunting | sunting sumber]

Lebih dikenali sebagai surau Putera, terletak didalam asrama Putera, tingkat bawah Blok Ali. Musolla Saidina Ali menjadi tempat utama program-program kerohanian anjuran BADAR.Solat berjemaah turut wajib ditunaikan oleh para pelajar muslimin di Musolla Saidina Ali.Musolla Saidina Ali juga menjadi tempat perkumpulan pelajar-pelajar sekiranya 'roll-call' diadakan.Pada tahun 2013,solat berjemaah untuk pelajar aspura telah dijalankan di bilik prep tingkat bawah Blok Thariq kerana ia dinaik taraf hasil sumbangan seorang Alkis.Pada musim peperiksaan,Musolla Saidina Ali sering dipenuhi pelajar-pelajar leaki pada waktu selepas tamat kelas persediaan (Prep).Mereka mengunakan Musolla Saidina Ali untuk menyambung ulangkaji mereka serta memudahkan mereka untuk bangun solat tahajjud.

Musolla Saidatina Khadijah[sunting | sunting sumber]

Musolla ini dirasmikan pada tahun 1990an.Program-program kerohanian untuk pelajar muslimat sering dijalankan di musolla ini.Sepertimana Musolla Saidina Ali,Musolla Saidatina Khadijah merupakan tempat yang diwajibkan kepada pelajar muslimat untuk menunaikan solat secara berjemaah.Kawasannya yang luas mampu menampung kesemua warga Putera Puteri Kolej Islam. Disini menyaksikan pelbagai acara rasmi sekolah yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan seperti Ihya Ramadhan, sambutan Hari Raya Aidil Adha dan pelabagai lagi. Pada tahun 2010, pihak Kolej tidak membenarkan pelajar yang mengambil SPM untuk pulang, maka disinilah tempat semua warga Kolej berkumpul menyambut hari raya bersama-sama. Pada tahun 2009 juga, pengetua Kolej Islam sendiri iaitu Ustaz Abdullah Jusoh yang menyampaikan khutbah hari raya Aidil Adha.Musolla ini juga menjadi 'masjid sementara' untuk penduduk kawasan Kampung Jawa setelah Masjid Sultan Sulaiman ditutup pada tahun 2015 hingga kini untuk kerja-kerja penaiktarafan.Musolla ini dibuka kepada penduduk berdekatan untuk solat Jumaat serta solat Tarawih pada bulan Ramadhan.

Dewan Makan[sunting | sunting sumber]

Dewan Makan Putera[sunting | sunting sumber]

Terletak didalam asrama putera di belakang Blok Khalid. Boleh memuatkan sebanyak 400 orang pelajar dalam satu-satu masa.Meja didalam dewan makan ini disusun dalam empat barisan panjang mengikut warna rumah sukan.Pelajar-pelajar tahun peperiksaan sering menggunakan Dewan Makan Putera pada waktu Kelas Persediaan (Prep) menjelang musim peperiksaan.

Dewan Makan Puteri[sunting | sunting sumber]

Terletak didalam asrama puteri.Dewan Makan Puteri kadangkala menjadi tempat kelas tambahan jika tiada tempat yang kosong akibat pertembungan kelas-kelas tambahan.

Bilik Makan VIP[sunting | sunting sumber]

Terletak didalam kantin. Digunakan bagi menyambut delegasi bertaraf VIP sahaja seperti ketua-ketua sektor mahupun pengarah jabatan.

Bilik Makan VVIP[sunting | sunting sumber]

Terletak di sebelah surau kecil guru. Bilik ini digunakan hanya digunakan bagi menyambut ketibaan VVIP seperti Tuanku Sultan Selangor,kerabat diraja, menteri-menteri mahupun tetamu-tetamu kehormat dari luar negara.

White House (Rumah Tetamu)[sunting | sunting sumber]

Dahulunya ia merupakan rumah tetamu bagi Tuanku Sultan Selangor. Selepas baginda bermurah hati mewakafkan istananya, rumah ini pernah dijadikan rumah tetamu dan rumah warden. Semenjak tahun 90-an, rumah ini tidak lagi dihuni kerana keadaannya yang sudah tidak selamat.Pihak kolej telah mengambil keputusan untuk merobohkannya kerana mahu membina semula White House ini.Namun begitu, setelah hampir separuh daripada White House ini telah dirobohkan,pihak kolej menyedari kesilapan mereka kerana White House ini tidak boleh dirobohkan kerana ia termasuk dalam kawasan Istana Jemaah telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2010.

Aktiviti kokurikulum[sunting | sunting sumber]

KISAS cukup dikenali dengan kebitaraannya iaitu pengucapan awam,nasyid dan gamelan.KISAS juga sangat mementingkan kemahiran pelajar dalam berorganisasi.Hari Rabu diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum untuk pelajar-pelajar KISAS.Sebuah perhimpunan kokurikulum serta perjumpaan unit-unit beruniform,kelab dan persatuan serta kelab-kelab sukan dan permainan diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu.Pelajar-pelajar KISAS diwajibkan untuk terlibat didalam aktiviti kokurikulum.Aktiviti kokurikulum yang disertai mereka dipilih oleh pelajar itu sendiri semasa minggu orientasi.

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
  • Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  • Pengakap
  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Taekwondo
  • Silat
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Kelab dan persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PERSADA)
  • English Language Society (ELS)
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Sains
  • Persatuan Sejarah
  • Kelab Kerjaya & PROSTAR
  • Kelab UNESCO
  • Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (Kelab SPBT)
  • Kelab Usahawan Muda (KUM)
  • Kelab Pencegah Jenayah
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Kemahiran Al-Quran (KKQ)
  • Pemimpin Muda Sukan (PMS)

Perwakilan kolej[sunting | sunting sumber]

  • Soutul Mujahideen - Kumpulan Nasyid KISAS
  • The Pearl of Waqafan - Kumpulan Drama KISAS
  • Gema Gamelan Waqafan (GEMAWAN) - Kumpulan Gamelan KISAS
  • Anak Dikir Waqafan (ANDIQA) - Kumpulan Dikir Barat KISAS
  • Komuniti Debat KISAS - Kumpulan Debat KISAS
  • Pasukan Research & Development

Pakaian seragam[sunting | sunting sumber]

Sukan dan permainan[sunting | sunting sumber]

  • Bola sepak
  • Bola baling
  • Ragbi
  • Tenis
  • Badminton
  • Ragbi

Pasukan ragbi Kolej Islam Sultan Alam Shah digelar KISAS Saracens,mengambil nama bersempena gelaran Saracen yang diberikan pihak Barat kepada tentera Salahuddin al Ayyubi.Saracens F.C. juga merupakan nama sebuah pasukan ragbi profesional didalam English Premiership.Pada tahun 2015,KISAS telah menjadi tuan rumah untuk kejohanan ragbi SBP'10,sebuah kejohanan ragbi tahunan diantara sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia.

  • Hoki

Hampir setiap tahun,terdapat pelajar KISAS yang berjaya menempatkan diri dalam pasukan hoki negeri Selangor yang bertanding dalam kejohanan hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.KISAS turut menganjurkan kejohanan KISAS Indoor Hockey (KIH) hampir setiap tahun melibatkan banyak pasukan hoki daripada sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah sekitar Selangor.

  • Kriket
  • Bola tampar
  • Bola keranjang
  • Bola jaring
  • Sepak takraw
  • Memanah
  • Catur dan Permainan Dalaman
  • Ping pong

Badan Khas[sunting | sunting sumber]

  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Lembaga Ketua Pelajar (LKP)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Majlis Perwakilan Pra-Universiti (MPPU)
  • Perbadanan Pustakawan KISAS (PerKISAS)
  • KISAS Media Team (KMT) (dahulu - Multimedia Unit (MMU)
  • Sidang Redaksi Majalah (RESTU)
  • Kelab Sains Komputer (KSK)
  • Komiti Makanan Putera / Puteri (KOMETRA / KOMETRI)
  • Majlis Ketua Tingkatan (MKT)
  • Ahli Jawatankuasa Koperasi (Koperasi)

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 15 orang pengetua telah berkhidmat di Kolej Islam.Kebanyakan pengetua Kolej Islam Malaya terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.:-[2]

1955 - 1956 : Dato' Haji Ismail Omar Abdul Aziz

1956 - 1963 : Tan Sri Professor Dr. Mohamad Abd. Rauf

1964 - 1966 : Tan Sri Profesor Abdul Jalil Hassan

1967 - 1975 : Ustaz Haji Nik Mohd. Mohyideen Musa (AMN)

Ustaz Haji Nik Mohd. Mohyideen Musa merupakan orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).Idea murni beliau telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir dengan menaik taraf status sekolah agama rakyat pada ketika itu menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang dilengkapi prasarana serta infrastruktur moden.

1977 - 1981 : Dato' Haji Zainal Abidin Abdul Kadir

1981 - 1983 : Ustaz Haji Alwi Yusoff

1983 - 1986 : Ustaz Haji Ghaffar Sareh

1987 - 1997 : Ustaz Haji Abdul Morat Abd. Samat

1997 - 1999 : Ustaz Haji Ahmad Ismail

1999 - 2000 : Ustaz Haji Samingan Haji Noor

2000 - 2003 : Ustaz Haji Abdullah Hussain

2003 - 2005 : Ustaz Haji Rohmat Jusoh

2005 - 2007 : Ustaz Haji Abdullah bin Md. Din

2007 - 2008 : Tuan Haji Mohamad bin Awang

2008 - 2014 : Tuan Haji Abdullah bin Jusoh

2014 - Kini : Tuan Haji Omar Bin Saleh

Persatuan Bekas Pelajar / Alumni Kolej Islam (ALKIS)[sunting | sunting sumber]

Persatuan bekas pelajar Kolej Islam bagi 3 Kolej Islam iaitu Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, lebih dikenali sebagai Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS).Presiden ALKIS yang terkini ialah Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.ALKIS sering dijemput oleh pihak kolej sekiranya majlis-majlis rasmi sekolah seperti Majis Sambutan Jubli Intan Kolej Islam Sultan Alam Shah dijalankan.

Bekas Pelajar Ternama[sunting | sunting sumber]

Universiti Islam Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 8 April 2011 telah diadakan perjumpaan antara Yg. Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor; Pengerusi LEPAI dengan YB Dato’ Seri Muhamad Khaled Nordin; Menteri Pengajian Tinggi di Pejabat YB Menteri Kementerian Pengajian Tinggi di Kompleks E, Putrajaya. Perjumpaan tersebut diadakan bagi memaklumkan usaha LEPAI untuk mengaktifkan semula KIM dan membincangkan perkara berkaitan tentang penubuhan Universiti Islam Malaysia. Perjumpaan tersebut diadakan rentetan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 pada 13 – 14 Oktober 2010 di Istana Negara bagi mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya dengan nama Universiti Islam Malaysia.[3]

Pada 22 Februari 2013,sebuah delegasi diketuai Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Yusof Noor,pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM) telah menghantar usul penubuhan Universiti Islam Malaysia (UIM) ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Universiti Islam Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah Institusi Pengajian Swasta (IPTS) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014.Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu telah merasmikan pembukaan Universiti Islam Malaysia dalam sebuah majlis di Putrajaya.Universiti Islam Malaysia kini beroperasi di Cyberjaya,Selangor.

Universiti Islam Malaysia dengan kerjasama Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menganjurkan Majlis Sambutan Jubli Intan Kolej Islam Sultan Alam Shah ada 8 April 2015 bersempena ulangtahun KISAS yang ke 60

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Sekolah Terbaik STPM 2013 Adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah". My Sumber. Dicapai pada 19 Mac 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. "Pengetua2 Kolej Islam". Dicapai pada 12 Februari 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. "Taklimat Penubuhan Universiti Islam Malaysia (Kolej Islam Malaya) oleh YBhg. Tan Sri Dr. Yusof Noor; Pengerusi LEPAI". Dicapai pada 13 April 2011.