Kolej Kediaman Unimap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kolej Kediaman UniMAP merupakan satu organisasi yang penting dalam pengurusan kebajikan dan penempatan penginapan pelajar-pelajar yang sedang menjalani pembelajaran di Universiti Malaysia Perlis. Pada masa kini Universiti Malaysia Perlis (UniMap) mempunyai 7 buah kolej kediaman yang terletak disekitar Kangar, Kuala Perlis dan Wang Ulu. Setiap pelajar yang menjalani sesi pengajian di UniMap diwajibkan untuk menetap di kolej kediaman yang disediakan.

Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP terdiri dari Pengetua, Penolong Pengetua, Penolong Pengurus Asrama, Pembantu Tadbir, dan Pekerja Rendah Awam.

Semua jawatan tersebut adalah untuk memantapkan pengurusan Kolej Kediaman UniMAP dan menjaga kebajikan pelajar yang menetap di kolej tersebut

Senarai kolej kediaman UniMAP[sunting | sunting sumber]

  1. KKA - Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, terletak di Pauh Putra.
  2. KKB - Kolej Kediaman Tun Abdul Razak, terletak di Taman Ira & Taman Bahagia, Kangar
  3. KKC - Kolej Kediaman Tun Hussein Onn, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
  4. KKD - Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
  5. KKE - Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, terletak di Taman Semarak, Kuala Perlis
  6. KKF - Kolej Kediaman Tun Ghaffar Baba terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis
  7. KKG - Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, terletak di Wang Ulu,Bintong
  8. KKH - Kolej Kediaman Tun Fatimah, terletak di Wang Ulu,Bintong
  9. KKI - Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi , terletak di Simpang Empat, Perlis

Rujukan[sunting | sunting sumber]