Pergi ke kandungan

Kolej Matrikulasi Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Matrikulasi Kedah
MotoKualiti Menjana Kecemerlangan
Ditubuhkan pada1 Mac 2003
PengarahPuan Zuriah binti Sulaiman (Mei 2024 hingga kini)
Alamat
Kolej Matrikulasi Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah Darul Aman
Laman sesawangwww.kmk.matrik.edu.my
  1. Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) adalah sebuah kolej matrikulasi yang dikendali sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej matrikulasi ini terletak 1 km dari pekan Changlun, Mukim Temin di daerah Kubang Pasu.[1] Kolej ini mula dibina pada tahun 2001 dengan keluasan kawasan sebanyak 76.8 ekar dan mula beroperasi pada 1 Mac 2003. Pengambilan pelajar sesi pertama adalah pada 05 April 2003 dengan seramai 1360 orang pelajar.
  2. KMK pernah diiktirafkan sebagai ranking ke-dua tertinggi antara kolej matrikulasi lain di Malaysia berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PSPM 1 2014/ 2015.[perlu rujukan] Pada pencapaian PSPM 2 sesi 2014/2015, Kolej Matrikulasi Kedah telah berjaya menduduki ranking paling tertinggi iaitu tempat pertama antara kesemua kolej matrikulasi di Malaysia.
  3. Visi
  • Kolej Matrikulasi Kedah pelaksana terunggul Program Matrikulasi di Malaysia.
  • Misi
  • Kolej Matrikulasi Kedah beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dan berdaya saing untuk universiti dalam dan luar negara melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi aspirasi negara.
  • Lagu Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
  • Di sini lahirnya sebuah cita-cita
    Menjunjung misi negara tercinta
    Demi bangsa dan agama
    Menjadi harapan kita bersama...
  • Kelahiranmu satu kemegahan
    Berbudi bahasa wadah kebangaan
    Nilai murni menjadi amalan
    Dihayati segenap lapisan...
  • Sains teknologi menjadi sandaran
    Berilmu, bermaklumat dan berwawasan
    Pemangkin tingkatkan modal insan sahut cabaran
    Dunia tanpa sempadan...

  • Kolej Matrikulasi Kedah
    Perjuangkan bangsa bermaruah
    Jati diri hadapi saingan
    Kualiti Menjana Kecemerlangan...
  • Sains teknologi menjadi sandaran
    Berilmu, bermaklumat dan berwawasan
    Pemangkin tingkatkan modal insan sahut cabaran
    Dunia tanpa sempadan...

  • Hubungi
  • No.Tel : 04-9286100
    No.Fax : 04-9242186
  • Rujukan
  • ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.
    • Pautan luar