Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) ialah salah sebuah kolej matrikulasi yang dikendali sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kolej matrikulasi ini dibuka pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya seramai 491 orang dari Kolej Matrikulasi Melaka. Pada 14 Februari 2000 kolej ini telah mendaftarkan pelajar seramai 2,135 orang. Jumlah pelajar terus meningkat menjadi lebih kurang 2418 orang termasuk bukan Bumiputera pada 5 April 2003. Pada 16 Mei 2007 pula, seramai 2412 orang pelajar mendaftar di KMNS.

Konsep program matrikulasi[sunting | sunting sumber]

Program matrikulasi merupakan persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan SPM yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPTA/IPTS dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan.

Pengajian program ini mengambil masa selama dua semester atau satu tahun untuk program satu tahun (PST).

Pengajian program ini juga mengambil masa selama empat semester atau dua tahun untuk program dua tahun (PDT).

Kurikulum yang disediakan memberikan penekanan yang seimbang dalam aspek akademik, pembentukan sahsiah dan kecergasan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh pihak Kementerian, malah setiap pelajar diberikan elaun wang saku sebanyak RM 250 sebulan (untuk tempoh 10 bulan) dengan syarat pendapatan isi keluarga tidak melebihi RM10000.

Pelajar diwajibkan untuk memenuhi syarat minimum yang telah ditetapkan oleh IPTA terutamanya lulus dalam peperiksaan (sekurang-kurangnya PNGK 2.00) untuk dipertimbangkan tempat di IPTA.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menyediakan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
  • Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
  • Mensasarkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pelajar mendapat PNGK 4.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun dan 60% daripada jumlah pelajar mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

  • Visi – Penjana unggul pelajar Bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam sains, teknologi dan profesional menjelang 2020.
  • Misi – Membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Pengurusan KMNS[sunting | sunting sumber]

Diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah, 4 orang Ketua Jabatan (Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Sastera Ikhtisas dan Jabatan Pengurusan Pelajar), seorang Pustakawan, seorang PTM, seorang Penolong Pengarah Peperiksaan, 187 orang pensyarah dan 69 orang staf sokongan.

Infrastruktur KMNS[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Kediaman[sunting | sunting sumber]

Mempunyai 3 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Jauhari (A), Kolej Kediaman Bestari (B) dan Kolej Kediaman Cendikia (C).

Pengurusan di kolej kediaman diketuai oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh Ketua Felo, Felo, Ketua Penyelia Asrama dan Penyelia Asrama.

Kemudahan Makan Minum[sunting | sunting sumber]

Pihak kolej tidak menyediakan makan minum percuma kepada pelajar tetapi menyediakan kafetaria di blok A,blok B dan blok C. Manakala kafetaria D adalah untuk pihak pentadbiran dan warga KMNS.Kafeteria ini menjual makanan dengan harga terkawal dan berpatutan.

Setiap kafetaria dikawal selia oleh satu jawatankuasa khas dari semasa ke semasa dari segi harga, kualiti makanan, kebersihan, layanan dan sebagainya.

Kemudahan Pengajaran Pembelajaran[sunting | sunting sumber]

Terdapat 9 buah dewan kuliah, 46 bilik tutorial dan 40 makmal sains. Terdapat 7 makmal komputer yang setiap satu mempunyai 31 buah komputer. Terdapat perpustakaan yang dilengkapkan dengan buku rujukan dan kemudahan internet.

Kemudahan Sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat kompleks sukan bagi menggalakkan pelajar bergerak aktif antaranya kemudahan permainan bola sepak, gimnasium, bola tampar, tenis, badminton, squash, bola keranjang, bola jaring, petanque, hoki dan ping pong.

Terdapat juga sebuah gimnasium yang boleh digunakan oleh semua warga kolej.

Pada tahun 2017, K.M.N.S. telah menjadi tuan rumah untuk acara Karnival Olahraga Kolej-kolej Matrikulasi (KAKOM).

Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Kemudahan bagi pelajar yang berminat untuk bergerak aktif dalam berpersatuan. Ia mengandungi bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik AJK persatuan dan sebagainya.

Kemudahan Bagi Kebajikan Pelajar[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan kedai runcit
  • `One-Stop Centre’ (OSC)
  • Kaunter Peperiksaan
  • Kaunter Penyelia Asrama
  • Bilik Bimbingan dan Kaunseling
  • The Rock
  • The Rock Cafe
  • Kolam ikan
  • Trek Mountain Bike
  • Bilik rekreasi di setiap blok kediaman pelajar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]