Kolej Matrikulasi Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Matrikulasi Pahang
كوليج ماتريكولسي ڤهڠ
Logo Kolej Matrikulasi Pahang
Logo Kolej Matrikulasi Pahang
MotoPeneraju Kecemerlangan
Moto dalam Bahasa Melayu
The Leader of Excellence
JenisKolej Matrikulasi
Ditubuhkan padaMac 2003
PelajarSekitar 3000 pelajar
Lokasi,
Laman sesawangwww.kmph.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Pahang ialah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Pahang terletak di Gambang, Pahang[1]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah sebuah kolej matrikulasi di bawah kendalian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Proses pembinaannya bermula dari bulan Febuari 1999 dan mula dibuka pada 1 Mac 2003. Kolej ini dibina di kawasan seluas 75 hektar dan terletak di lokasi yang strategik. Berhampiran dengan Pekan Gambang dan hanya 35 kilometer dari bandar Kuantan. Perjalanan ke kolej ini dipermudahkan dengan adanya Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Pada 5 April 2003, Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima seramai 1857 orang pelajar sulungnya yang mengikuti jurusan Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan.  Kolej ini mempunyai kapasiti untuk seramai 3000 orang pelajar bagi satu sesi kemasukan. Peneraju Kecemerlangan adalah moto Kolej Matrikulasi  Pahang. Berlandaskan slogan ini KMPh ingin menjadi peneraju kecemerlangan dalam semua aspek sama ada dalam bidang akademik mahupun  kokurikulum.

Teknik pembelajaran adalah di dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Semua teknik ini diaplikasi bagi membantu menyediakan pelajar untuk ke institusi menara gading. Seiring dengan peningkatan teknologi zaman moden, Kolej Matrikulasi Pahang dilengkapi dengan pelbagai prasarana canggih. Semua kemudahan terkini yang disediakan adalah demi meningkatkan ilmu anak watan dan selaras dengan aspirasi negara yang ingin melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan bergelar profesional.

Visi[sunting | sunting sumber]

Kolej Matrikulasi Pahang sebagai sebuah institusi pendidikan pra universiti terunggul di Malaysia menjelang tahun 2020.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melahirkan pelajar pra universiti yang cemerlang dalam bidang:

  • Penghayatan budaya ilmu
  • Pemantapan sahsiah
  • Ketrampilan diri melalui budaya kerja berkualiti dalam persekitaran pendidikan yang kondusif.

Slogan[sunting | sunting sumber]

Peneraju Kecemerlangan.

Budaya Kolej[sunting | sunting sumber]

  • Cintakan ilmu
  • Menepati masa
  • Menghormati ketua
  • Mesra pelanggan
  • Mementingkan kecemerlangan dan kualiti
  • Hormat menghormati
  • Kesegeraan dalam melaksanakan tugas
  • Mengutamakan kebersihan dan kekemasan
  • Bersyukur dan berterima kasih

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Rasmi Kolej Matrikulasi Pahang