Kolej Matrikulasi Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej matrik perlis.jpg
Moto Keimanan Menjana Perubahan
Ditubuhkan pada 3 Julai 2000
Lokasi Arau, Perlis
Laman web www.kmp.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) ialah Kolej Matrikulasi yang tertua di Malaysia.KMP mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis. KMP siap dibina pada Mac 2000 dan telah beroperasi mulai 3 Julai 2000. KMP merupakan sebuah kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara. KMP juga menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains dan sastera ikhtisas di samping kursus-kursus elektif ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebuah Institusi Pra-Universiti yang cemerlang

Misi[sunting | sunting sumber]

Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti sebagaimana yang ditetapkan oleh BMKPM ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan serta diiktiraf oleh Institusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.

Moto[sunting | sunting sumber]

Keimanan Menjana Perubahan

Lagu Kolej[sunting | sunting sumber]

Indah mempersona suasana ceria
Kolej ku damai permai sentiasa
Kehidupan berbudaya
Kukuh kerjasama
Bersatu beretika

Visi kejayaan
Disiplin diutama
Komitmen tinggi setiap masa
Cabarankan ditempuhi
Berprestasi tinggi
Lahirkan insan yang berkualiti

Kolej Matrikulasi Perlis
Cemerlang berusaha
Menggapai wawasan

Kolej Matrikulasi Perlis
Megah di puncak jaya
Keimanan Menjana Perubahan

Prasarana[sunting | sunting sumber]

  • Blok Pentadbiran
  • Blok Pensyarah
  • Makmal Sains
  • Makmal Komputer
  • Dewan Kuliah
  • Bilik Tutoran
  • Dewan Sri Kayangan
  • Masjid
  • Astaka
  • Asrama
  • Pejabat Felo
  • Kafeteria
  • Bank
  • Kedai Serbaneka
  • Kuarters Staf
  • Pondok Pengawal
  • Garaj Bas

Pautan luar[sunting | sunting sumber]