Kolej Perubatan King Edward VII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kolej Perubatan King Edward VII
King Edward VII College of Medicine
King Edward VII College of Medicine, Singapore.gif
JenisKolej Awam
Ditubuhkan pada3 Julai 1905
Pembiayaan$120,000 sumbangan Yayasan Peringatan Raja Edward VII
PengetuaDr. Gerald Dudley Freer (Pengetua Pertama), Dr. George V. Allen (Pengetua Terakhir)
LokasiSingapura, Singapura, Singapura
PenggabunganBergabung dengan Kolej Raffles (Singapura) dan membentuk Universiti Malaya pada tahun 1949.

Penubuhan Kolej Perubatan King Edward VII adalah bermula dari isu kekurangan tenaga pembantu perubatan dan kesihatan awam di Singapura dan Pulau Pinang pada hujung tahun 1890-an.[1] Masalah ini telah disuarakan oleh suatu Lembaga Pendidikan pada April 1902. Maka dengan itu, prospek penubuhannya sendiri telah tercetus dari kalangan ahli lembaga. Kolej Perubatan King Edward VII telah ditubuhkan antara tahun 1905, merupakan pusat pengajian tinggi tertiari, yang juga merupakan induk asal atau kolej perintis kepada penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Singapura di Singapura. Pada tahun 1949, Kolej Perubatan King Edward VII telah bergabung dengan Kolej Raffles (Singapura) dibawah satu pentadbiran bagi membentuk Universiti Malaya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Evolusi penubuhan Universiti Malaya.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pendidikan pada 1902, ahli-ahli lembaga telah bersetuju untuk menubuhkan kolej tertiari perubatan pertama di Tanah Melayu pada ketika itu bagi memenuhi kehendak pembantu perubatan di hospital-hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, hasrat tersebut tidak disenangi oleh ramai komuniti berbangsa Inggeris ketika itu.[2]

Perundangan khusus berkenaan penubuhan kolej telah diluluskan oleh Lembaga Perundangan Negeri-negeri Selat pada Jun 1905 dibawah Ordinan No. XV 1905. Secara rasminya kolej perubatan ini telah dibuka pada tanggal 3 Julai 1905 dan beroperasi pada bulan September.Pada tanggal 28 September 1905, Sir John telah merasmikan penubuhan kolej dibawah nama "Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Melayu dan Selat", bahasa Inggeris: ‘The Straits and Federated Malay States Government Medical School.’[3]

Pada awal pengoperasian, ia terletak di Lunatic Asylum Wanita lama berdekatan Hospital Besar Singapura dekat Sepoy Lines diluar New Bridge Road, dimana 4 buah bangunan suaka telah beroperasi untuk menjadi sekolah perubatan. Pada 1907, sebuah dewan kuliah dan makmal perubatan telah ditambah. Walaubagaimanapun disebabkan ruang terhad tiada perpustakaan dan bilik khusus bagi menempatkan spesimen patologi klinikal.[4]


Salah satu bangunan bersejarah yang sinonim dengan Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Melayu dan Selat, adalah Bangunan Tan Teck Guan, bersama dengan sambungan Bangunan Kolej Perubatan (Singapura), merupakan tinggalan sejara paling signifikan dalam sejarah pendidkan perubatan di Singapura. Disinilah bermulanya sekolah perubatan Singapura dimana melatih pelajar tempatan mendalami ilmu perubatan barat.[5][6]

Pada tahun 1905, kolej telah menempatkan kira-kira 16 orang pelajar perubatan, 4 daripadanya mengambil jurusan pembantu perubatan di hospital. Pada tahun 1910, permohonan bertambah menjadi 90 orang pelajar perubatan dan 30 orang pembantu perubatan di hospital. Terdapat hanya seorang staf kekal iaitu Pengetua kolej, manakala pensyarah pula diambil secara sambilan dari kalangan doktor perubatan. Pengetua kolej ialah Dr Gerald Dudley Freer, beliau merupakan Senior Pembedahan Residen Kolonial di Pulau Pinang.[7][8]

Pada masa ini, asrama pelajar telah dibina bagi menempatkan kira-kira 72 orang pelajar lelaki dari Persekutuan tanah Melayu.

Seramai 16 orang penuntut keluaran pertama kolej pada tahun 1905, hanya kira-kira 7 orang sahaja yang berjaya menamatkan pelajaran hingga ke akhir dan bergraduasi pada Mei 1910, manakala yang lain bergraduasi pada 4 bulan kemudian dan lebihan yang lain terpaksa memberhentikan pengajian atas sebab-sebab tertentu. Pada 1919, kadar pemberhentian pelajar telah meningkat sehingga 35% tinggi, manakala pada tahun 1939, jumlah pelajar yang gagal peperiksaan meningkat kepada 44%.[9]

Perluasan dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Pada 1910, Dr Robert Donald Keith telah diangkat menjadi Pengetua kedua bagi Kolej. Untuk 2 tahun pertama dari 5 tahun pengajian perubatan di Kolej, pelajar diwajibkan untuk menelaah pengajian ilmu sains tulen merangkumi subjek asas biologi, kimia dan fizik, kemudian diikuti pengajian asa anatomi dan fisiologi perubatan. Untuk 3 tahun kedua, diwajibkan mempelajari ilmu pengkeranian klinikal dalam bidang perubatan, pembedahan dan perbidanan am. Judul kursus merangkumi kursus patologi perubatan, kebersihan dan etika perundangan perubatan. Materia Medica telah dimasukkan bersama dalam 4 tahun pengajian dima pendidikan farmasi turut diajar.[10]

Penuntut juga dihantar menjalani latihan klinikal di beberapa hospital, namun kebanyakannya di Hospital Besar Singapura diperingkat awal. Bermula tahun 1908 keatas, latihan praktikal klinal dibuat di Hospital Tan Tock Seng (bagi latihan perubatan dan pembedahan) dan Hospital Kanak-kanak dan Wanita Kandang Kerbau (untuk perbidanan).[11]

Lembaga Kolej mahu memastikan pengiktirafan sesuai diberikan buat Diploma yang ditawarkan di Kolej, setaraf dengan Diploma keluaran Lembaga Umum Pendidikan Perubatan di United Kingdom. Ini penting supaya, Diploma yang ditawarkan oleh Kolej adalah menepati pasaran global setaraf dengan kelayakan Diploma Pelesenan Perubatan dan Pembedahan (LMSD). Pada 1916, Lembaga Umum Pendidikan Perubatan, United Kingdom telah mengiktiraf Diploma Perubatan dan Pembedahan keluaran Kolej. Pelesenan telah diberikan Dibawah Senarai Lembaga Kolonial Umum untuk Pendaftar Perubatan British dan sah diperakukan untuk dipraktiskan di seluruh Empayar British.[12]

Pada 1912, sekolah ini menerima pembiayaan kewangan awal sejumlah $120,000 dari Yayasan Peringatan Raja Edward VII yang dimulakan oleh Dr Lim Boon Keng. Sejak itu, sekolah ini telah ditukar nama menjadi Kolej Perubatan King Edward VII pada 18 November 1913.[13]

Pada tahun 1921, sekolah perubatan ini telah mendapat pengiktirafan penuh bagi status kolej. Antara tahun, 1920 hingga 1930, suatu pelan transformasi telah berlaku dalam kaedah pengurusan kolej, dimana pihak pentadbir menukar staf-staf pendidik lama kepada generasi muda profesional dan 9 kerusi baharu diterbitkan. Pertama dalam bidang Anatomi pada 1920, diikuti Perubatan, Pembedahan, Perbidanan dan Ginakologi pada tahun 1922 dan Pembedahan klinikal, Bakteriologi, Biologi, Bio-kima dan Pembedahan pergigian pada 1926. Kerusi Patologi diterbitkan pada tahun 1935.[14]

Tahun 1923, mengingatkan Kolej berpindah ke bangunan baru di Outram Road. Bangunan tersebut siap sepenuhnya pada November 1925 dan pembukaan dirasmikan oleh Sir Laurence Guillemard pada Februari 1926. Ketika majlis perasmian, Kolej telah menganugerahkan Ijazah Diploma Kehormat kepada Sir David James Galloway, Dr Malcolm Watson dan Dr Lim Boon Keng.[15]

Pada 1929, Dr George V. Allen dilantik menjadi Pengetua baharu Kolej menggantikan Dr MacAlister.

Bermula tahun 1949, empat tahun selepas Perang Dunia Kedua tamat, Kolej Perubatan King Edward VII telah bergabung dengan Kolej Raffles (Singapura) dibawah satu pentadbiran bagi membentuk Universiti Malaya. Melalui penggabungan ini, Kolej Perubatan King Edward VII dinaik taraf sebagai Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Early Medical Education". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 1–2. ISBN 983-100-323-3. 
  2. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Foundation". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 3–4. ISBN 983-100-323-3. 
  3. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Quest for Recognition". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 6. ISBN 983-100-323-3. 
  4. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Quest for Recognition". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 6. ISBN 983-100-323-3. 
  5. ^ "Outram Campus Heritage Trail" (PDF). Singapore General Hospital. Diarkibkan daripada asal (pdf) pada 2007-10-22. Dicapai 2007-08-29. 
  6. ^ "SGH Walkabout" (pdf). Health Promotion Board. Dicapai 2007-08-29. 
  7. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Quest for Recognition". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 6–9. ISBN 983-100-323-3. 
  8. ^ Cheah, Jin Seng; TM Ho; BY Ng (July 2005). "The First Graduates in 1910". Annals Academy of Medicine (PDF). 6. 34. Singapore: National University of Singapore. m/s. 19C. 
  9. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Students: The Trail-Blazers". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 10. ISBN 983-100-323-3. 
  10. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Quest for Recognition". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 7. ISBN 983-100-323-3. 
  11. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Quest for Recognition". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 7. ISBN 983-100-323-3. 
  12. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Students: The Trail-Blazers". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 10. ISBN 983-100-323-3. 
  13. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Students: The Trail-Blazers". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 11–12. ISBN 983-100-323-3. 
  14. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Consolidation". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 12–14. ISBN 983-100-323-3. 
  15. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Consolidation". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 14. ISBN 983-100-323-3. 
  16. ^ Ummc.edu.my,. (2015). Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dicapai pada 26 Julai 2015, dari http://www.ummc.edu.my/ummc/about-ummc.asp?