Kolej Ranaco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Ranaco merupakan anggota kumpulan syarikat RANACO, yang ditubuhkan pada tahun 1984, merupakan salah satu peserta industri awal dalam maritim dan industri minyak dan gas Malaysia.

RANACO ditubuhkan dengan kesedaran bahawa Organisasi Maritim Antarabangsa ("International Maritime Organization - IMO") memperkenalkan lebih banyak peraturan bagi menyelia industri perkapalan dan maritim. RANACO mengambil inisitif dan menubuhkan Kolej Ranaco.

Kursus pendidikan RANACO termasuk program diploma dan persijilan industri dalam bidang Maritim, Keselamatan, Logistik dan Perakaunan.

Kolej Ranaco turut membuka cawangan di Malaysia dan Indonesia.

Cawangan[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia:

  • Ranaco Industrial Training Centre (RITC),
  • Ranaco Education & Training Institute (RETI),
  • Vocational Training Program (VTP),
  • Ranaco Security-Safety, Health, Environment & Quality (S-SHEQ),
  • Ranaco Production And Training Centre (RPTC),
  • Ranaco Kuala Lumpur office,
  • Ranaco Port Dickson office,
  • Ranaco Labuan office.


Di Indonesia:

Rujukan[sunting | sunting sumber]