Kolej Universiti Agrosains Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kolej Risda)
Jump to navigation Jump to search
"Kolej Risda" dilencongkan di sini.
Kolej Universiti Agrosains Malaysia
University College of Agroscience Malaysia (UCAM)
Nama lama
Kolej Risda
Jenis Universiti / Kolej Universiti
Ditubuhkan pada 8 Januari 1999; 19 tahun yang lalu (1999-01-08)
Naib Canselor Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Faridah Hanam binti Mohd Rashid
Staf akademik

Fakulti Agrosains Fakulti Pengurusan Perniagaan Fakulti Sains Komputer

Fakulti Sains Sosial
Lokasi Melaka, Malaysia
Penggabungan RISDA
Laman web http://www.ucam.edu.my

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (bahasa Inggeris: University College of Agroscience Malaysia atau UCAM; dahulu dikenali sebagai Kolej Risda) merupakan sebuah IPTS yang ditubuhkan pada 8 Januari 1999 dibawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996. UCAM merupakan sebuah Syarikat Milikan RISDA di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Bentuk proto Kolej Risda ialah Institut Latihan RISDA, yang telah dinaik tarafkan sebagai kolej RISDA.

Matlamat penubuhan Kolej Risda adalah supaya anak-anak pekebun di luar bandar turut berpeluang menerima pendidikan tinggi, sekiranya mereka tidak diterima masuk ke IPTA. Buat tahun 2006, Kolej Risda telah menawarkan kursus pada pringkat sijil dan juga diploma.

Kolej Risda dinaiktaraf menjadi sebuah kolej universiti yang dikenali sebagai Universiti Kolej Agrosains Malaysia pada 8 Disember 2014.[1][2][3]

Fakulti[sunting | sunting sumber]

Kolej Universiti Agrosains Malaysia merupakan Institut Pengajian Tinggi yang menawarkan program pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan di peringkat Master, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Sains Pertanian, Pengurusan Ladang, Pengurusan Landskap, Pengeluaran Ternakan, Perniagaantani, Perkaunan, Keusahawanan, Pengurusan Perniagaan, Kewangan Islam, Rangkaian Komputer, E-Perniagaan, Komunikasi dan Pembangunan Luar Bandar.

Fakulti Agrosains[sunting | sunting sumber]

  • Bachelor of Landcape Management (Hons)
  • Bachelor of Agriculture Science (Hons)
  • Diploma Sains Pertanian
  • Diploma Pengurusan Ladang
  • Diploma Pengurusan Landskap
  • Diploma Pengeluaran Ternakan

Fakulti Pengurusan Perniagaan[sunting | sunting sumber]

  • Master Business Administration (MBA)
  • Bachelor of Business Administration (Agriculture Management) (Hons)
  • Bachelor of Accountancy (Hons)
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Perniagaantani
  • Diploma Keusahawanan
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Kewangan Islam

Fakulti Sains Komputer[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Rangkaian Komputer
  • Diploma E-Perniagaan

Fakulti Sains Sosial[sunting | sunting sumber]

  • Diploma in English for Communication
  • Diploma Pembangunan Luar Bandar

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi Institusi Pembelajaran yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menawarkan program pengajian mengikut kehendak pasaran.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan.
  • Memberi khidmat kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti profesional yang relevan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UCAM sasar bertaraf universiti penuh dalam 5 tahun". Utusan Malaysia. 7 Mac 2016. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "UCAM komited lahir graduan proaktif". Utusan Malaysia. 20 Mei 2017. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ Badrul Hafizan Md Isa (24 November 2016). "UCAM lahirkan graduan berkualiti". Utusan Malaysia. Dicapai 19 Febuari 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]