Kolej Tingkatan Enam Desa Murni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni
Lokasi
 Malaysia Sungai Dua, 13800, Butterworth,, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam
Nombor sekolah043567569
Kod sekolahPEA2089
Pengerusi PIBGMohd Azhari bin Yaakob
PengetuaNoor Aishah binti Abu Hassan
GPK Pentadbiran dan AkademikMansor bin Hamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAzlina binti Md Kasim
Penolong Kanan KokurikulumMohmad Nasir bin Hashim
Faks043567581



KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI, merupakan sebuah kolej tingkatan enam yang terletak di Sungai Dua.

Pada Julai 2020, terdapat seramai 168 orang pelajar tingkatan enam atas (SEMESTER 2), dan 58 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Tingkatan Desa Murni pada asalnya adalah sebuah sekolah menengah yang menempatkan pelajar aliran perdana yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2009. Pengoperasian tingkatan enam di SMK Desa Murni telah bermula pada hujung tahun 2016 lagi dengan kumpulan pertama pelajar dan guru tingkatan enam dari SMK Bakti ditempatkan di sekolah ini. Oleh itu, pengoperasian tingkatan enam di sini adalah dalam mod 2 di mana pelajar tingkatan enam dan aliran perdana berada dalam satu pentadbiran sekolah.

Bermula 1 Januari 2019, nama SMK Desa Murni telah diubah menjadi Kolej Tingkatan Enam Desa Murni dan hanya menempatkan pelajar tingkatan enam sahaja. Sehingga kini, pelbagai kecemerlangan dari segi akademik dan kokurikulum telah dicapai di kolej ini dari peringkat sekolah hingga ke antarabangsa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kolej Tingkatan Enam Desa Murni telah menduduki tangga ke-7 daripada 21 Kolej Tingkatan Enam seluruh Malaysia dalam keputusan STPM 2019. Tahniah diucapkan kepada semua pendidik di KTE Desa Murni yang sentiasa gigih dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Kedudukan KTE Desa Murni dalam keputusan STPM 2020 telah menduduki tangga je-5 daripada 23 Kolej Tingkatan Enam seluruh Malaysia.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Tingkatan Enam Desa Murni
Sungai Dua
13800, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 04-3567569
Fax = 04-3567581

Pautan luar[sunting | sunting sumber]