Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kolej Tunku Ampuan Mariam)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru
مدرسة الثانوية الوطنية الدنية جوهر بهارو
Lokasi
Johor Bahru Tengah, Johor Bahru, JohorJohor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoBeriman, Berilmu, Beramal
Nombor sekolah07 3517057
Kod sekolahJRA 1001
Pengerusi PIBGMuhammad Sanusi bin Md Nor
PengetuaPuan Hajah Normala binti Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Suraiya binti Asy Ari
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Adhar bin Baharim
Penolong Kanan KokurikulumPuan Ruziana binti Ahmad
Faks07 3517054
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) atau nama ringkasnya SMKA Johor Bahru adalah salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang ke-3 di negeri Johor. Sekolah ini terletak di bandar Johor Bahru Tengah, Johor. Walaupun sekolah ini terletak di bandar Johor Bahru Tengah namun, sekolah di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Sekolah ini merupakan SMKA yang terbaik di negeri Johor. Sekolah ini telah mendapat sekolah paling cemerlang dalam daerah Pasir Gudang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKA Johor Bahru telah dibuka pada 1 Januari 1997. Sejarah awalnya bermula dengan penubuhan Kolej Tunku Ampuan Mariam yang merupakan hasil inisiatif Allahyarhamah Tan Sri Zainun binti Munsyi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Perbelanjaan pembinaan kolej ini adalah hasil daripada kutipan derma orang ramai. Pada mulanya Kolej Tunku Ampuan Mariam merupakan sekolah persendirian yang menempatkan pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada 1 Januari 1985, Kolej Tunku Ampuan Mariam diambil alih oleh kerajaan selepas beberapa rundingan antara Ibu Zain dengan yang Berbahagia Dato' Wira Haji Abdul Rahman Arshad dan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Kolej Tunku Ampuan Mariam diletakkan di bawah sekolah induk iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail ketika itu, Encik Karim bin Man. Cik Hamidah binti Mahmud dilantik sebagai penyelia. Pada tanggal 1 Januari 1987, kolej ini ditukar dan beroperasi sebagai Sekolah Bantuan Modal.

Sehingga 1995, kolej ini dinaik taraf sebagai sekolah gred A. Pada 16 Jun 1996, kolej ini telah berpindah dari bangunan lama di Jalan Abdul Rahman Andak ke bangunan baru yang terletak di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Warga kolej ketika itu terdiri daripada 17 orang guru, 5 orang kakitangan dan 207 orang pelajar perempuan. Kolej ini terus beroperasi di bangunan ini sehingga 31 Disember 1996.

Pada 1 Januari 1997, kolej ini meneruskan operasi dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru yang beralamat di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. Warga sekolah terdiri daripada pengetua yang dilantik pada 16 Januari 1997, seorang guru penolong kanan 1, seorang guru penolong kana Kokurikulum. seorang guru penolong kanan HEM, lima orang guru kanan mata pelajaran, 41 orang guru siswazah, enam orang guru bukan siswazah, 14 orang kakitangan sokongan dan 654 orang pelajar.

Pada tahun 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru memiliki seramai 318 pelajar lelaki dan 348 pelajar perempuan menjadikan jumlah pelajar seramai 666 orang.

Terdapat lima blok bangunan akademik, sebuah dewan perhimpunan, sebuah surau, sebuah kantin, sebuah makmal komputer, sebuah bengkel pertanian, dua buah blok asrama perempuan, dua buah blok asrama lelaki, sebuah dewan makan, sebuah banglo kelas C, dua buah bangunan kelas D, 12 unit rumah semi D, enam unit rumah kelas H, sebuah padang bola sepak, sebuah padang hoki dan kompleks sukan.

Pintu Utama Sekolah

Alamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKA Johor Bahru
Jalan Anggerik 21,
Taman Johor Jaya,
Johor Bahru, 81100 Johor
Johor Darul Takzim
No Tel : 07-3517057

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.


Dewan Umar Abdul Aziz


Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.



Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

==Lagu Sekolah==

Beriman Berilmu Beramal,
Cogan kata sekolah kita,
Sentiasa mencari keredhaan Allah,
Menjunjung wawasan negara.

Putera puteri tekun berusaha,
Bimbingan guru tercinta,
Ibu bapa turut bersama,
Membangun seiring tuntutan agama.

Akhlak susila dijaga,
Ilmu dituntut bersama,
Falsafah pendidikan negara,
Quran Sunnah panduan kita.

Kejayaan sama dirasa,
Pelajaran tetap diutama,
Beristiqamah mendukung cita,
Hingga kita berjaya.

SMKA Johor Bahru,
Gagah melangkah meneraju,
Iqrar setia bersatu padu,
Maju kita terus maju(x3).

-SMKAJB2023©

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • 1924 :G.E.Gates
  • 1928 :T.Drury
  • 1928 :R.F.Gunn
  • 1928 :E.Deshvan
  • 1933 :E.C.Hicks
  • 1934 :J.Bain
  • 1936 :C.A.Scott
  • 1937 :W.H.Little
  • 1938 :C.E.H.Jacobs
  • 1939 :F.Cobb
  • 1940 :C.A.Scoot
  • 1941 :T.J.Thomas
  • 2023 :Puan Hajah Normala binti Ismail
Asrama Perempuan

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.