Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kolej Vokasional Kuala Kangsar
Lokasi
 Malaysia Simpang ke Kampong Buaia, Jalan Taiping-Kuala Kangsar, 33700, Padang Rengas, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Vokasional, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah+605 7584099
Kod sekolahAKA4001
Faks+605 7583313
Laman sesawang



KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR atau nama   ringkasnya KVKK terletak di Padang Rengas, 12 KM daripada Bandar Diraja Kuala Kangsar. KVKK mempunyai keluasan kurang lebih 21 hektar di samping dikeliling panaroma kehijauan yang mendamaikan dengan berlatar belakangkan Gunung Bubu dan Gunung Pondok.

Dahulunya KVKK dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kuala  Kangsar (SMVKK). Pada 1 Januari 2013, selaras dengan Transformasi Pendidikan Vokasional SMVKK  telah dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional Kuala Kangsar sehingga kini.

Enam Jabatan Akademik KVKK yang terdiri daripada Jabatan Perniagaan, Jabatan Teknologi Elektrik & Elektronik, Jabatan Mekanikal & Pembuatan, Jabatan Hospitaliti & Pelancongan, Jabatan Penjagaan & Perkhidmatan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Umum bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1989 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar. Pada Januari 1997 ia dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar. Kemudian pada Januari 2009 ia ditukar kembali menjadi Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar yang lebih berfokuskan pada Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Selaras dengan Transformasi Pendidikan Vokasional, sekali lagi, ia telah berubah menjadi Kolej Vokasional Kuala Kangsar (KVKK) pada Januari 2013.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Vokasional Kuala Kangsar
33700, Padang Rengas
Perak, Malaysia
Telefon = +605-7584099
Faks = +605-7583313

Pautan luar[sunting | sunting sumber]