Kolej Vokasional Pasir Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Vokasional Pasir Mas
Lokasi
 Malaysia Jalan Tendong-Bunut Susu, 17020, Pasir Mas,, [Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097198622
Kod sekolahDKA3001
Faks6097197299


Kolej Vokasional Pasir Mas atau nama ringkasnya KV Pasir Mas merupakan sebuah Kolej Vokasional yang terletak di Jalan Tendong-Bunut Susu.

Pada 2011, Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas mempunyai seramai 278 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan yang menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 507 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2011

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH PENUBUHAN SMT PASIR MAS

Sekolah ini di tubuhkan pada 1 ogos 1988 dengan nama Sek. Men. Vokasional (Perdagangan) Bunut Susu. Bangunan sekolah ini asalnya ialah kampus Politeknik Kota Bharu mulai tahun 1984, dan berpindah ke Kok Lanas pada julai 1988 apabila kampus tetapnya siap dibina.

Penubuhannya bermula dengan perlantikan pengetua yang pertama pada 1 Ogos 1988 dan diikuti dengan penempatan seramai 13 orang guru dan 5 orang staff sokongan pada tahun 1989.

Pada 20 Januari 1989, seramai 144 orang pelajar tingkatan 4 kumpulan pertama mendaftar di sekolah ini. Pelajar-pelajar ini datang dari seluruh Semenanjung Malaysia mengikuti 2 kursus yang ditawarkan iaitu Pengurusan Pejabat dan Pengurusan Peniagaan.

Pada tahun 1996, bilangan pelajar telah meningkat kepada 356 orang, dengan jumlah guru 37 orang dan staf sokongan seramai 12 orang.

Pada tahun 1997 sekolah ini telah dinaikkan tarafnya dan ditukar daripada SMV(P) kepada Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.

Selaras dengan naik taraf, Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas menawarkan 2 aliran iaitu Aliran Teknikal dengan kursus yang ditawarkan ialah Perdagangan dan Aliran Vokasional pula menawarkan kursus Pengurusan Perniagaan. Bilangan pelajar juga telah bertambah kepada 381 orang.

Pada tahun 2000, kursus Aliran Teknikal yang ditawarkan telah bertambah menjadi 4 kursus iaitu kursus Perdagangan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik, manakala Aliran Vokasional ialah Pengurusan Perniagaan.

Kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas telah meningkat dari setahun kesetahun: Pada tahun 2004 kursus Aliran Vokasional iaitu, Pengaturcaraan Komputer ditawarkan, diikuti kursus teknologi Pengurusan Pejabat pada tahun 2007 dan kursus Setiausaha Rendah pada tahun 2008.

Pada Tahun 2011, kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas untuk Aliran Teknikal dan Vokasional kekal dan ditambah dengan 3 kursus Aliran Kemahiran (SKM) iaitu Pelukis Plan Seni Bina, Pelukis Plan Mekanikal dan Juruteknik Rendah elektronik Industri – Peralatan.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi KV Pasir Mas

KV Pasir Mas terletak kira-kira 12KM dari Bandar Kota Bharu dan kira-kira 10KM dari Pekan, Pasir Mas. Kolej ini didirikan di atas tapak seluas kira-kira 39 Ekar di KM 2, Jalan Tendong ke Bunut Susu. Sekiranya anda datang sama ada dari arah Kota Bharu atau Pekan Pasir Mas, anda akan bertemu dengan Simpang Empat Tendong, iaitu persimpangan untuk ke KVPM.

Jika anda menggunakan Perkhidmatan Kereta api dari arah selatan, anda boleh berhenti sama ada di Stesen Kereta Api Pasir Mas atau Wakaf Bharu. Seterusnya anda boleh mendapatkan Perkhidmatan Teksi(kereta sewa) atau Bas Transnasional laluan Pasir Mas - Tendong - Bunut Susu. Manakala jika anda menggunakan Perkhidmatan Bas Ekspres sehingga ke Kota Bharu, anda juga boleh ke KVPM dengan menggunakan Perkhidmatan Teksi dan Bas Transnasional melalui laluan tersebut.

Piagam Kolej[sunting | sunting sumber]

Kami Para Guru Dan Kakitangan Kolej Vokasional Pasir Mas,Kelantan Berjanji Akan :

1.Melahirkan para pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup serta mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan vokasional.

2.Melahirkan pelajar yang berjiwa murni, berkualiti dan berketrampilan berlandaskan nilai-nilai Islam.

3.Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

4.Sentiasa peka kepada segala dasar dan program pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sekaligus akan turut melaksanakannnya.

5.Memupuk semnagat kerjasama yang erat serta toleransi antara pentadbir sekolah, guru-guru, kakitangan, pelajar-pelajar serta ibu bapa.

6.Memberikan perkhidmatan yang cemerlang berteraskan tahap profesionalisme yang tinggi.

Kolej Vokasional Pasir Mas
Jalan Tendong-Bunut Susu
17020, Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
Telefon +6097198622
Fax +6097197299