Kolkata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kolkata

কলকাতা (Benggali)
Ibu negeri dan bandar metropolitan
Pusat Kolkata
Pusat Kolkata
Kedudukan Kolkata di India
Kedudukan Kolkata di India
NegaraIndia
NegeriBengal Barat
DaerahDaerah Kolkata
Kerajaan
 • Datuk BandarBikash Ranjan Bhattacharya
Ketinggian
9 m (30 ft)
Populasi
 (2001)
 • Ibu negeri dan bandar metropolitan4,580,544
 • Metro
14,681,589
Laman webwww.kolkatamycity.com

Kolkata (Bahasa Benggali: কলকাতা, Bahasa Nepal: कोलकाता IPA: ['kolkat̪a], dahulunya Mengenai audio ini Calcutta ) ialah ibu negeri Bengal Barat yang terletak di tebing timur Sungai Hooghly di India timur. Dengan bilangan penduduk bandar raya sebanyak hampir lima juta, dan bilangan penduduk metropolitan melebihi 14 juta, Kolkata ialah aglomerasi bandar yang ketiga terbesar dan bandar raya yang keempat terbesar di India.

Kolkata bertindak sebagai ibu negara India semasa Raj British sehingga 1911. Kolkata merupakan pusat pendidikan, sains, kebudayaan, dan politik moden pada satu ketika, tetapi Kolkata mengalami kebekuan ekonomi pada tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan India pada tahun 1947. Bagaimanapun sejak tahun 2000, pembalikmudaan ekonomi telah menyekat kemerosotan yang mengerikan ini, dan telah menyebabkan peningkatan dalam pertumbuhan bandar raya Kolkata. Serupa dengan bandar raya besar yang lain, Kolkata terus menempuh masalah-masalah perbandaran seperti kemiskinan, pencemaran, dan kesesakan lalu lintas. Sebuah bandar raya yang bersemangat dan bertenaga dengan budaya sosial dan politik tersendiri, Kolkata dikenali untuk sejarah revolusinya, dari perjuangan kemerdekaan India hingga ke gerakan-gerakan puak kiri dan kesatuan sekerja. Dirujuk sebagai "Ibu Kota Kebudayaan India", "Bandaraya Perarakan", dan "Bandaraya Kegembiraan", Kolkata merupakan tempat asal kepada tokoh-tokoh seperti Rabindranath Tagore, Subhas Chandra Bose, Ibu Teresa, Satyajit Ray, dan Satyendranath Bose.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama Kolkata dan Calcutta mungkin berasal daripada perkataan Kalikata, nama untuk salah satu daripada tiga kampung di kawasan itu sebelum ketibaan pihak British. [1] Perkataan "Kalikata" pula merupakan versi bahasa Inggeris untuk perkataan Kalikshetra ("Tanah dewi Kali"). Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain mengenai asal nama ini. Penempatan asal bandar raya ini didakwa ditempatkan di tepi sebatang khal (bahasa Bengali untuk "terusan") yang mungkin melahirkan nama bandar raya ini. Selain itu, tempat ini dikenali untuk pengeluaran kapur, dan nama "Kolkata" mungkin berasal daripada kali (bahasa Bengali untuk "kapur") dan kata (perkataan Bengali bagi "cangkerang"). Tambahan pula, nama ini mungkin juga berasal daripada istilah bahasa Bengali kilkila yang bermaksud "kawasan datar".[2] Kerajaan Bengal Barat menukarkan nama rasmi bandar raya Calcutta menjadi Kolkata; nama baru disahkan pada tahun 2001.

Politik[sunting | sunting sumber]

Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bandar-bandar kembar Kolkata adalah seperti di bawah:[3]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Mallikghat flower market
Sebuah pusat jualan bunga jalanan di Kolkata.

Kolkata ialah pusat ekonomi dan kewangan di kawasan timur dan timur laut India serta menempatkan Bursa Saham Calcutta.[4] Nilai ekonomi Kolkata dianggarkan bernilai dari AS$60 ke AS$150 bilion (keluaran dalam negara kasar nominal), menjadikan Kolkata sebagai kawasan ketiga paling rancak di India.[5] Kolkata pernah mengalami sedikit kemunduran ekonomi setelah kemerdekaan India, tetapi mula berkembang sejak 1990-an berikutan penswastaan ekonomi negara serta tindakan-tindakan oleh kerajaan negeri.[6] Industri teknologi maklumat dan komunikasi berkembang dengan begitu pesat di Kolkata pada kadar dua kali ganda kadar purata negara.[6]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bancian pada 2011 meletakkan angka jumlah penduduk darerah Kolkata pada 4,486,679 orang dengan nilai kepadatan sebanyak 24,252 orang per kilometer persegi.[7] Angka ini menurun berbanding bancian sebelumnya pada 2001 sebanyak 1.88%. Angka jumlah penduduk bandar Kolkata ialah 4,496,694 orang manakala angka jumlah penduduk kawasan metropolitan ialah 14,112,536 orang pada tahun sama.[8]

Bahasa utama masyarakat Kolkata ialah bahasa Benggali manakala bahasa Hindi dan Urdu ialah bahasa minoriti utama serta bahasa Inggeris.[9][10][11] Kira-kira 76% penduduk Kolkata menuruti agama Hindu.[12]

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kadar celik huruf masyarakat Kolkata ialah 87.14%, banyak melebihi kadar purata negara iaitu kira-kira 74%.[13] Sekolah-sekolah Kolkata dikawal oleh kedua-dua pihak kerajaan dan swasta, dan kebanyakan sekolah ialah sekolah agama. Kolkata seperti kebanyakan kawasan India mengamalkan sistem "10+2+3" - 10 tahun persekolahan diikuti dengan dua tahun di kolej rendah dan tiga tahun dalam pengajian ijazah.[14][15] Bahasa-bahasa pengantar lazim ialah bahasa Benggali dan Inggeris; bahasa Hindi dan Urdu juga digunakan, terutamanya di pusat Kolkata.[16][17]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam bas ialah pengangkutan yang paling banyak digunakan oleh masyarakat Kolkata dengan perkhidmatan bas disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kolkata Metro yang ditubuhkan pada 1984 ialah sistem aliran deras bawah tanah tertua India, dan menghubungkan kawasan utara dan selatan bandar. Kolkata mempunyai jalinan pengangkutan dengan ibu negara Bangladesh, Dhaka. Pengangkutan udara bandar diselia oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhas Chandra Bose.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Mukherjee 1991)
  2. ^ "Kolkata (Calcutta): History". Calcuttaweb.com. Dicapai pada 2006-06-01.
  3. ^ Mazumdar, Jaideep (17 November 2013). "A tale of two cities: Will Kolkata learn from her sister?". Times of India. New Delhi. Diarkib daripada yang asal pada 23 Julai 2014. Dicapai pada 17 November 2013.
  4. ^ "Genesis and growth of the Calcutta Stock Exchange". Calcutta Stock Exchange Association. Diarkib daripada yang asal pada 19 April 2006. Dicapai pada 26 April 2006.
  5. ^ * "Global city GDP 2014". Brookings Institution. 22 Januari 2015. Diarkib daripada yang asal pada 25 Mei 2017. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  6. ^ a b Dutta, Tanya (22 Mac 2006). "Rising Kolkata's winners and losers". BBC. Diarkib daripada yang asal pada 4 Februari 2012. Dicapai pada 11 Disember 2011.
  7. ^ "Area, population, decennial growth rate and density for 2001 and 2011 at a glance for West Bengal and the districts: provisional population totals paper 1 of 2011: West Bengal". Registrar General & Census Commissioner, India. Diarkib daripada yang asal pada 7 Januari 2012. Dicapai pada 26 Januari 2012.
  8. ^ "Urban agglomerations/cities having population 1 million and above" (PDF). Provisional population totals, census of India 2011. Registrar General & Census Commissioner, India. 2011. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 15 Disember 2011. Dicapai pada 26 Januari 2012.
  9. ^ "Basic statistics of Kolkata". Kolkata Municipal Corporation. Diarkib daripada yang asal pada 4 Januari 2012. Dicapai pada 5 Februari 2012.
  10. ^ Roy, Anirban (27 Mei 2011). "West Bengal to have six more languages for official use". India Today. Noida, India. Diarkib daripada yang asal pada 29 Ogos 2011. Dicapai pada 26 Januari 2012.
  11. ^ "Bengal gives second language status to Urdu in 18 areas". Asian Age. New Delhi. Press Trust of India. 4 Februari 2012. Diarkib daripada yang asal pada 29 Oktober 2016. Dicapai pada 9 Februari 2012.
  12. ^ "Kolkata City Census 2011". Census 2011 India. Diarkib daripada yang asal pada 27 April 2016. Dicapai pada 10 Mei 2016.
  13. ^ "Sex ratio, 0–6 age population, literates and literacy rate by sex for 2001 and 2011 at a glance for West Bengal and the districts: provisional population totals paper 1 of 2011: West Bengal". Registrar General & Census Commissioner, India. Diarkib daripada yang asal pada 7 Januari 2012. Dicapai pada 29 Januari 2012.
  14. ^ "National Policy on Education (with modifications undertaken in 1992)" (PDF). National Council of Educational Research and Training. Dicapai pada 10 Disember 2012.
  15. ^ Vyas, Neena (30 Jun 2012). "10+2+3: A Game of Numbers?". India Today. Dicapai pada 10 Disember 2012.
  16. ^ "Annual Report 2007––2008" (PDF). Department of School Education, Government of West Bengal. m/s. 69. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 26 April 2012. Dicapai pada 10 Disember 2011.
  17. ^ "List of schools in Kolkata". West Bengal Board of Secondary Education. Diarkib daripada yang asal pada 25 November 2011. Dicapai pada 10 Disember 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Bandar raya metropolitan
BangaloreChennaiDelhiKolkataMumbai
Negeri dan wilayah India Ibu negeri India

AgartalaAizawlBangaloreBhopalBhubaneswarChandigarhChennai (Madras) • DamanDehradunDelhiDispurGandhinagarGangtok HyderabadImphalItanagarJaipurKavarattiKohimaKolkata (Calcutta) • LucknowMumbai (Bombay) • PanajiPatnaPondicherryPelabuhan BlairRaipurRanchiShillongShimlaSilvassaSrinagarThiruvananthapuram (Trivandrum)