Komandan Jeneral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Komandan Jeneral atau Commandant-general merupakan sejenis jawatan tentera dalam beberapa negara dan secara amnya setaraf dengan gelaran Komandan.

Itali[sunting | sunting sumber]

Comandante generale (komandan jeneral), dalam MVSN Fasis Itali, adalah gelaran ketua Blackshirts, yang disandang oleh Benito Mussolini dari tahun 1922 hingga 1943. Pada hari ini, gelaran itu dipegang oleh komander Carabinieri.

Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

Komandan-jeneral ialah sejenis pangkat tentera dalam Republik Afrika Selatan dan Negara Bebas Oren serta dalam Kesatuan Afrika Selatan dan Afrika Selatan. Komandan-jeneral salah sebuah Republik Boer ialah panglima angkatan tenteranya. Pangkat jeneral penuh dalam Tentera Darat Afrika Selatan telah dinamakan semula "komandan-jeneral" pada tahun 1956 dan digunakan sehingga 1967 apabila ia diubah kembali ke "jeneral".

Komandan-jeneral, pada masa itu, juga adalah sejenis jawatan lantikan, bukannya pangkat. Brigedier-Jeneral CF Beyers merupakan Komandan-Jeneral pertama Pasukan Warga Aktif sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada tahun 1914. Beliau telah digantikan selaku Komandan-Jeneral oleh Mejar-Jeneral J C Smuts berkuatkuasa dari tarikh 16 September 1914.

Ireland[sunting | sunting sumber]

Sewaktu Perang Saudara Ireland tahun 1922-23, Tentera Republik Ireland, atau IRA yang anti-Perjanjian, menggunakan istilah ini bagi para pemimpin beberapa briged mereka dalam negara tersebut. Istilah itu telah diambil dari pangkat Boer, menerusi veteran Briged Komando Ireland.

Argentina[sunting | sunting sumber]

Komandan jeneral adalah pangkat tertinggi dalam Gendarmerie Kebangsaan Argentina, dan dipegang oleh pengarah kebangsaan gendarmerie dan wakil kanannya. Bergantung pada lantikan, ia mungkin setaraf dengan mana-mana pangkat tentera Argentina dari Brigedier Jeneral hingga pangkat tertinggi Leftenan Jeneral.

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Komandan jeneral Marin Diraja, Mej. Jen. Buster Howes, Washington DC, 2011

Di United Kingdom, komandan-jeneral ialah sejenis jawatan tentera, bukannya pangkat. Sila lihat butiran berikut:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]