Pergi ke kandungan

Komandarm Pangkat Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Panglima Ketumbukan Gred Ke-2/Panglima Tentera Darat Medan
командующий армией 2-го ранга
Lencana kolar
Negara Kesatuan Soviet
Cawangan khidmatTentera Merah
KependekanKomandarm Gred Ke-2
Formasi1935
Digugurkan1940
Pangkat tinggi seterusnyaKomandarm Pangkat Pertama
Pangkat rendah sebelumnyaKomkor
Pangkat setaraPegawai Berbendera Armada Pangkat Kedua
Komandarm Pangkat Kedua, lencana kolar

Komandarm Pangkat Kedua (Rusia: командарм 2-го ранга) ialah singkatan kata kepada Komander Army Gred Kedua (Rusia: командующий армией 2-го ранга, rumi: komanduyushchiy armiyey 2-go ranga; har.panglima ketumbukan gred kedua), dan merupakan satu pangkat tentera dalam Angkatan Tentera Soviet KRSS dalam tempoh dari 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi anggota tentera yang dilantik untuk memerintah formasi bersaiz tentera darat medan (XXXX).

Sehingga tahun 1940, ia merupakan pangkat ketiga tertinggi dalam Tentera Merah. Ia setaraf dengan Komisar Ketumbukan Gred Kedua (ru: армейский комиссар 2-ого ранга) bagi kakitangan politik dalam semua cabang tentera, Pegawai Berbendera Armada Gred Kedua (ru: флагман флота 2-ого ранга) dalam tentera laut Soviet, atau Komisar Keselamatan Negara Gred Kedua (ru: комиссар государственной безопасности 2-ого ранга). Dengan pengenalan semula pangkat jeneral tetap, gelaran Komandarm Gred Pertama dimansuhkan dan digantikan dengan Jeneral Ketumbukan atau Kolonel Jeneral.

Selepas penubuhan Kesatuan Soviet, penetapan pangkat dan lencana pangkat Tentera Darat Imperial Rusia telah dimansuhkan. Namun begitu, satu struktur pangkat alternatif telah diperkenalkan melalui keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet dan Majlis Komisar Rakyat, bertarikh 22 September 1935.[1]

Struktur pangkat baharu tersebut adalah seperti berikut:

Pangkat-pangkat ini telah dimansuhkan dengan pengenalan semula pangkat-pangkat jeneral melalui keputusan Majlis Agung Kesatuan Soviet pada Mei 1940.[2] Sebagai contoh, anggota tentera yang memegang pangkat individu Komandarm Gred Kedua telah ditukar kepada pangkat jeneral yang setara.

Pada tahun 1935, seramai sepuluh anggota tentera telah dinaikkan pangkat ke Komandarm Gred Kedua. Namun begitu, menjelang akhir tahun tersebut, kesemua sepuluh orang telah dihukum bunuh. Menjelang akhir tahun 1930-an, bilangan pegawai yang dinaikkan ke pangkat Komandarm Gred Kedua telah meningkat kepada 21 orang. Dengan pengenalan pangkat jeneral pada tahun 1940, 12 orang Komandarm Gred Kedua telah ditukar ke pangkat Leftenan Jeneral (OF-7), tujuh ke Kolonel Jeneral (OF-8), dan dua ke Jeneral Ketumbukan (OF-9).

Bagi pangkat Komkor, tindakan pembersihan telah dilakukan terhadap 59 orang pemegang pangkat ini dalam tempoh 1937–1938. Sejajar dengan pengenalan semula sistem pangkat tentera tetap pada tahun 1940, seorang Komkor telah dinaikkan ke pangkat Jeneral Ketumbukan (Georgy Zhukov), 51 orang ke Leftenan Jeneral (OF-7), dan enam ke Mejar Jeneral (OF-6). Akhir sekali, Komkor Leonid Grigorevich Petrovsky telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1941.

Lencana pangkat

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Sumber / rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet dan Majlis Komisar Rakyat, bertarikh 22 September 1935, mengenai pengenalan penetapan pangkat ketenteraan individu kepada anggota pemerintah Tentera Merah Buruh dan Petani.
  2. ^ Keputusan Majlis Agung Kesatuan Soviet pada 7 Mei 1940, mengenai pengenalan pangkat ketenteraan kepada pegawai pemerintah kanan Tentera Merah Buruh dan Petani.