Komedi sketsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Komedi sketsa merupakan siri adegan komedi atau vignet yang lamanya satu hingga sepuluh minit, iaitu "sketsa". Sketsa ini dipersembahkan oleh sekumpulan pelakon lawak, sama ada di atas pentas mahupun bahantara audio dan/atau visual seperti penyiaran. Biasanya, sketsa mula-mula diimprovisasi oleh para pelakon dan dituliskan berdasarkan hasil sesi improv; akan tetapi, improvisasi tidak semestinya dilibatkan dalam komedi sketsa.

Sebuah sketsa atau vignet merupakan adegan atau skit yang ringkas yang pernah dipentaskan dalam vaudeville, dan kini dipersembahkan dalam rancangan aneka ragam, komedi, wawancara, ataupun rancangan kanak-kanak (seperti Sesame Street).