Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Komiti Olimpik Antarabangsa)
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
جاوتنکواس اوليمڤيک انتارابڠسا
Kerangka
KependekanIOC Sunting ini di Wikidata
Cogan kataCitius, Altius, Fortius Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan untung, pertubuhan bukan kerajaan, badan induk sukan antarabangsa Sunting ini di Wikidata
BidangSukan Olimpik Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 103 (2021) Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiInternational Association for Sports and Leisure Facilities Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Perancis, bahasa Inggeris Sunting ini di Wikidata
Laman sesawangolympics.com/ioc Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan23 Jun 1894, 1894 Sunting ini di Wikidata di Paris Sunting ini di Wikidata
PengasasPierre de Coubertin, Dimitrios Vikelas Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiThomas Bach Sunting ini di Wikidata
SubsidiariOlympic Channel Services, Olympic Broadcasting Services, Jawatankuasa Olimpik Eropah, Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika, Panam Sports, Majlis Olimpik Asia, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Verschlossene Auster (2008) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Ibu pejabatLausanne, Château de Vidy Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Switzerland Sunting ini di Wikidata
Koordinat46°31′5″N 6°35′49″E / 46.51806°N 6.59694°E / 46.51806; 6.59694
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Olympic Committee (IOC), Bahasa Perancis: Comité international olympique) merupakan sebuah pertubuhan yang bertapak di Lausanne, Switzerland. Ia ditubuhkan oleh Pierre de Coubertin dan Demetrios Vikelas pada 23 Jun 1894. Jawatankuasa ini memiliki keahlian seramai 205 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.

Jawatankuasa ini mengaturkan Sukan Olimpik pada musim panas dan musim sejuk setiap empat tahun. Sukan Olimpik Musim Panas moden yang pertama dijalankan di Athens, Yunani pada tahun 1896; Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama pula telah diadakan di Chamonix, Perancis, pada tahun 1924. Kedua-dua temasya Olimpik Musim Panas dan Sejuk diadakan pada tahun yang sama sehinggalah tahun 1992. Selepas itu, IOC mengalihkan Olimpik Musim Sejuk ke dua tahun selepas Olimpik Musim Panas sejak tahun 1994, demi membantu menjarakkan persediaan antara kedua-dua temasya ini.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Setem Jerman Timur tahun 1985.

Pada 23 Jun 1894, Sukan Olimpik telah diwujudkan semula oleh Pierre de Coubertin selepas tidak berlangsung kira-kira 1500 tahun. Coubertin berharap sukan sebegini mampu mewujudkan dan mengeratkan hubungan serantau antara negara serta keamanan. IOC ialah pertubuhan yang mengendalikan segala urusan pengaturcaraan semasa permainana dan merupakan pemilik hak cipta serta segala aset yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Logo Olimpik, reka bentuk bendera, moto, tema lagu dan ikrar Sukan Olimpik dikendalikan dan merupakan milik IOC. Presiden IOC bertanggungjawab sebagai lambang IOC. Terdapat juga ahli IOC yang mewakili negara masing-masing.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Simson & Jennings. The Lord of The Rings. Power, Money and Drugs in the Modern Olympics. Shuster & Shuster. ISBN 0-671-71122-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]