Kompleks Muadzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kompleks Sukan Muadzam Shah atau lebih dikenali dengan Kompleks Hijau Kuning terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim,Alor Setar

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning) telah dibina dan rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 2 Februari 1987 dengan keluasan 6.2 Hektar.

Kompleks ini mulanya diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Kompleks ini digunakan sebagai pusat Akademi Bola Sepak atau dikenali sebagai “Projek 2000″ iaitu salah satu langkah untuk mewujudkan pembangunan bola sepak negeri Kedah dari akar umbi.

Pada 2002, Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) telah mengambil alih kompleks tersebut dan diuruskan sepenuhnya oleh MSN Fasilities Management Berhad iaitu anak Syarikat Majlis Sukan Negeri Kedah.

Pada 30 Ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning) adalah antara venue yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pegambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kompleks ini mangandungi kemudahan penginapan dan prasarana sukan. Terdapat 46 bilik penginapan dan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, padang hoki, 5 gelanggang skuash, gelanggang futsal dan bola jaring. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat disini ialah bilik mesyuarat untuk 15 orang, bilik persidangan yang memuatkan 50 orang, cafeteria untuk 100 orang dan dewan serbaguna.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Penyewaan bilik penginapan menjadi aktiviti utama di kompleks sukan ini kerana ia menjadi tumpuan atlet-atlet sukan negeri Kedah, badan-badan Kerajaan serta swasta. Di antara aktiviti sukan yang melibatkan individu yang menyewa gelanggang di kompleks ini adalah bola sepak, hoki, skuash dan bola jaring. Selain itu bilik mesyuarat dan persidangan disini juga turut menjadi pilihan kepada pelanggan yang menginap. Kompleks ini mampu menarik bilangan pelanggan kerana ia merupakan satu-satunya venue sukan yang menyediakan kemudahan bilik penginapan.


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]