Komputer kerangka utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah kerangka utama IBM 704 (1964)

Kerangka utama (bahasa Inggeris: mainframe) merupakan komputer berkuasa tinggi yang digunakan terutamanya oleh pertubuhan korporat atau kerajaan, pemprosesan data pukal contohnya banci, statistik industri dan pengguna, Perancangan sumber perusahaan, dan pemprosesan urus niaga kewangan.

Kebanyakan seni bina sistem komputer berskala besar telah diasaskan pada tahun 1960-an. Beberapa sistem pengendalian mikrokomputer muncul dalam tahun 1970-an dan 1980-an, yang turut dikenali sebagai kerangka utama mini atau minikomputer; contohnya PDP-8 oleh Digital Equipment Corporation dan Data General Nova. Kebanyakan ciri pembatas "kerangka utama" telah diwujudkan pada tahun 1960-an, namun ciri-ciri berkenaan terus berkembang dan menjadi matang sehingga ke hari ini.