Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah
1952–2002¹
Bendera ECSC
Bendera
Negara-negara pengasas ECSC: Belanda, Belgium, Itali, Jerman Barat, Luxembourg dan Perancis (yang turut termasuk Algeria pada ketika itu)
Negara-negara pengasas ECSC: Belanda, Belgium, Itali, Jerman Barat, Luxembourg dan Perancis (yang turut termasuk Algeria pada ketika itu)
StatusPertubuhan antarabangsa
Ibu negaraTidak dipakai²
Bahasa yang umum digunakan
  • Bahasa Belanda
  • Bahasa Denmark
  • Bahasa Finland
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Itali
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Portugis
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Sweden
  • Bahasa Yunani
Presiden Penguasa Tinggi 
• 1952–1955
Jean Monnet
• 1955–1958
René Mayer
• 1958–1959
Paul Finet
• 1959–1963
Piero Malvestiti
• 1963–1967
Rinaldo Del Bo
Era SejarahPerang Dingin
• Penandatanganan (Perjanjian Paris)
18 April 1951
• Penguatkuasaan
23 Julai 1952
1 Julai 1967
• Perjanjian luput
23 Julai 2002¹
Didahului oleh
Diganti oleh
Penguasa Antarabangsa Ruhr
[[Kesatuan Eropah
]]
Sekarang sebahagian dari Kesatuan Eropah
¹ Perjanjian ECSC luput 50 tahun selepas penguatkuasaannya pada tahun 2002,[1] namun institusi-institusinya diambil alih pada 1967 berikutan Perjanjian Merger.

² Pusat-pusat politiknya ialah Luxembourg dan Strasbourg, serta kemudiannya Brussels.

³Bahasa pengasas terawal sebelum penggabungan ialah bahasa-bahasa Belanda, Itali, Jerman dan Perancis.

Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah (European Coal and Steel Community, ECSC) adalah sebuah organisasi yang dianggotai 6 negara Eropah selepas Perang Dunia Kedua untuk mengawal pengeluaran industri mereka di bawah sebuah bidang kuasa berpusat. Ia telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1951 melalui Perjanjian Paris yang ditandatangani oleh Belgium, Perancis, Jerman Barat, Itali, Belanda dan Luxembourg. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan antarabangsa yang pertama didirikan berdasarkan prinsip-prinsip supranasionalisme,[2] serta memulakan proses integrasi formal yang akhirnya membawa kepada wujudnya Kesatuan Eropah.

ECSC pertama kali diusulkan oleh Menteri Luar Negeri Perancis, Robert Schuman, pada 9 Mei 1950 sebagai cara mencegah perang berlanjutan antara Perancis dan Jerman. Beliau menyatakan tujuannya adalah untuk "menjadikan perang bukan sahaja tidak dapat dilakukan malah mustahil secara materialnya"[3] yang akan dicapai oleh integrasi wilayah, di mana ECSC adalah langkah pertama ke arah tujuan tersebut. Perjanjian itu dijangka mewujudkan pasaran bersama untuk batu arang dan keluli di antara anggota yang berkhidmat untuk meneutralkan persaingan antara negara-negara Eropah merebut sumber asli, terutamanya sumber asli di daerah Ruhr, Jerman.

ECSC dikendalikan oleh empat institusi: Penguasa Tinggi yang diduduki pelantik bebas, Perhimpunan Sepunya yang terdiri dari ahli-ahli parlimen negara anggota, Majlis Khas yang terdiri daripada menteri-menteri negara anggota dan sebuah Mahkamah Pengadilan. Struktur organisasi ini akhirnya merangka tindak badan-badan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, dan Mahkamah Pengadilan Eropah.

Pertubuhan ini menjadi model pendahulu kepada komuniti-komuniti tertubuh selepas penandatanganan Perjanjian Roma pada tahun 1957 iaitu Komuniti Ekonomi Eropah dan Komuniti Tenaga Atom Eropah, yang berkongsi keahlian negara dan beberapa institusi. Perjanjian Merger (Brussels) 1967 membawa kepada penggabungan semua institusi ECSC kepada bahawa Komuniti Ekonomi Eropah, namun entiti ECSC kekal sebagai sebuah personaliti undang-undang bebas yang tersendiri. Pada tahun 2002, Perjanjian Paris menjadi luput maka ECSC tidak lagi wujud dalam sebarang jua bentuk aktiviti. Segala aktiviti pertubuhan ini juga diserap sepenuhnya oleh Komuniti Eropah di bawah rangka perjanjian-perjanjian Amsterdam dan Nice.

Senarai Presiden Penguasa Tinggi Komuniti[sunting | sunting sumber]

Gambar Presiden Negara Tarikh mula berkhdmat Tarikh tamat khidmat Penguasa
Jean Monnet Perancis 10 Ogos 1952 3 Jun 1955 Penguasa Monnet
René Mayer Perancis 3 Jun 1955 13 Januari 1958 Penguasa Mayer
Paul Finet Belgium 13 Januari 1958 15 September 1959 Penguasa Finet
Piero Malvestiti Itali 15 September 1959 22 Oktober 1963 Penguasa Malvestiti
Rinaldo Del Bo Itali 22 Oktober 1963 6 Julai 1967 Penguasa Del Bo
Albert Coppé Belgium interim (1 Mac-5 Julai 1967) Penguasa Coppé

Garis masa perjanjian[sunting | sunting sumber]

1948
Brussels
 
1951/52
Paris
 
1957/58
Rom
 
1965/67
Brussels
 
1986/87
SEA
 
1992/93
Maastricht
(tertubuhnya EU)
 
1997/99
Amsterdam
 
2001/03
Nice
 
2007/09
Lisbon
 
Komuniti Tenaga Atom Eropah (EURATOM)
Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah (ECSC) Kesatuan Eropah (EU)
Komuniti Ekonomi Eropah (EEC)
T
I
A
N
G
Komuniti Eropah (EC)
↑Komuniti-Komuniti Eropah↑ Hal Ehwal Tempatan & Kehakiman (JHA)
Kerjasama Polis dan Kehakiman dalam Hal Ehwal Jenayah (PJCC)
Kerjasama Politik Eropah (EPC) Polisi Luar dan Keselamatan Sepunya (CFSP)
Kesatuan Eropah Barat (WEU)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Treaty establishing the European Coal and Steel Community, ECSC Treaty, Summary". Europa. Dicapai pada 4 Januari 2010.
  2. ^ "The European Communities". CVCE. Dicapai pada 4 March 2013.
  3. ^ "EUROPA - The Schuman Declaration – 9 May 1950". europa.eu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]