Komuniti Iskandar Pasha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komuniti Iskandar Pasha atau Jemaah Iskandar Pasha (Turki: İskenderpaşa Cemaati) ialah cabang Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah (tarekat sufi) di Turki.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Komuniti Iskandar Pasha mula ditubuhkan oleh Mehmed Zahid Kotku (1897–1980) apabila beliau dilantik menjadi imam di Masjid Iskandar Pasha di daerah Fatih, Istanbul, yang dibina oleh Wazir Agung İskender Pasha Mihaloğlu dari zaman pemerintahan Sultan Uthmaniyah Bayezid II. Pemimpin komuniti ini selepas kematian Kotku ialah Mahmud Esad Coşan, kemudian ia dipimpin oleh anaknya, Muharrem Nureddin Coşan.

Anggota yang dikenali[sunting | sunting sumber]

Komuniti ini dianggotai oleh tokoh terkenal Turki seperti Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan.[1][2] Selain itu, turut serta ialah bekas Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan dan bekas Presiden Turki, Turgut Özal [1][2]. Tokoh-tokoh pemimpin politik yang lain turut menyertai komuniti ini antaranya Abdülkadir Aksu, Beşir Atalay,[2] Recai Kutan, Korkut Özal, Hasan Hüseyin Ceylan, Cevat Ayhan, Ahmet Tekdal, Akif Gülle, Temel Karamollaoğlu dan Nevzat Yalçıntaş.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]