Pergi ke kandungan

Konchak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konchak
Khan
Konchak memimpin di bahagian tengah depan, lukisan oleh Ivan Bilibin untuk buku terjemahan Lagu Peperangan Igor (1899)
Didahului olehSyrchan
Diikuti olehSömögor
Konfederasi Cuman-Kipchak
Kemangkatan1203
AnakandaSömögor, Yuri Konchakovich
AyahandaAtrak?
AgamaSunni Islam

Konchak (juga dieja Köncheg, Könchek, Končak; Rusia/Ukraine: Кончак; meninggal dunia 1203). ialah seorang khan Cuman pada abad ke-12. Beliau merupakan cucu dari Sharugan.[1]

Konchak ialah tokoh yang terkenal di Rusia pada abad pertengahan. Anak dari Atrak dan cucu Sharugan menurut tulisan kronik. Perang panjang menentang Kievan Rus berlaku pada masa pentadbirannya. Kiev, Pereyaslavl dan Chernigov diperangi dari permulaan 1170-1180.

Pada 1181, Konchak membuat pakatan dengan Oleg II Svyatoslavich, pengiran Novgorod-Seversk. Oleg berjanji akan memudahkan Khan Konchak dalam peperangannya nanti. Pada 1184, pasukan Konchak dan Oleg dikalahkan oleh pengiran Sviatoslav III. Pada tahun selepasnya, Igor yang terlampau percaya diri menyerang sampai ke pedalaman Cumania, tentara Igor dihabisi ketika sampai di hulu Sungai Kaiala.

Setelah Igor ditangkap, dia dibebaskan oleh Konchak. Kelak Igor membuat sebuah puisi yang meluahkan rasa kesalnya sebab kekalahannya, puisi itu menjadi bahagian daripada Lagu Peperangan Igor. Kumpulan puisi itu ditulis oleh seorang penulis tidak dikenal. Konchak juga dikenal dengan penemuan senjata baharu, semacam naptha. Dia menggunakannya semasa berperang melawan Pengiran Sviatoslav III dan Igor.

[sunting | sunting sumber]

Konchak ialah watak utama dalam opera Prince Igor, oleh Alexander Borodin (1890).

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Martin Dimnik, The Dynasty of Chernigov, 1146–1246, Cambridge University Press, 2003.
  • Boris Grekov, Aleksandr Yakubovsky, The Golden Horde and Russia: Tatar rule in the XIII and XIV of the Yellow Sea to the Black Sea'. Diterjemahkan dari Russia oleh François Thuret, Payot, 1961.
  • Kronik Novgorod, 1016–1471
  1. ^ "Poem of Konchak". Cite journal requires |journal= (bantuan)