Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 diadakan pada 22-24 Ogos 2014 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Kongres tahunan kali ke-10 ini akan membabitkan seramai 3,740 perwakilan dari 220 cabang PKR (berdaftar) di seluruh negara. , Ibu pejabat PKR menerima sebanyak 1,100 permohonan sebagai perwakilan dan menjadi pemerhati cabang. Turut diadakan ialah mesyuarat tahunan bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.[1]

Pesimis dengan nasib Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin pesimis dengan nasib Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dipenjara . Jadi Kongres Nasional ini adalah yang terakhir bagi ketua mereka itu. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.Pada 1999 Anwar dipenjara selama 6 tahun dan kemudian dibebaskan oleh PM Tun Abdullah Ahmad Badawi. [2]

Pindaan Perlembagaan PKR 2014[sunting | sunting sumber]

Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung PKR menjangkakan banyak isu akan dibangkitkan oleh perwakilan dan mendapat liputan media massa . Perlembagaan PKR akan diubah iaitu status 'Ketua Umum' de facto leader kepada satu jawatan rasmi bagi memenuhi tuntutan semasa politik . Sebelum ini ramai pihak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding merebut jawatan Presiden PKR daripada isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai PKR sejak 1999 iaitu sejak Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Sebelum ini Perlembagaan PKR telah dipinda 3 kali .Antaranya penyatuan dengan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk 'Parti Keadilan Rakyat' yang ditubuhkan pada tahun 2003. Kali terakhir pindaan Perlembagaan PKR ialah pada tahun 2010 di mana parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota satu undi.[3]

Pergaduhan semasa Pemilihan PKR 2014[sunting | sunting sumber]

Berlaku dua insiden pergaduhan di Kuala Langat dan Kota Raja semasa Pemilihan Perwakilan PKR pada April - Jun 2014. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul memaklumkan bahawa 15 cabang PKR yang bermasalah di Sabah, Sarawak dan Semenanjung telah mengadakan Pemilihan .[4]

Isu Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diganti dengan Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail ekoran 'Langkah Kajang' selepas Pilihan raya kecil Kajang 2014.

Berlaku urus niaga membabitkan ratusan juta ringgit telah memberi keuntungan kepada Eco World Berhad, iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf selaku pengerusi dan pemegang saham utama. Saifuddin Nasution mendakwa Eco World telah membeli tanah seluas 308.72 juta ekar daripada Tropicana Corporation Berhad pada 19 Mac 2014 sedangkan tanah itu asalnya milik kerajaan negeri Selangor. Tanah 308.72 juta ekar itu merupakan sebahagian daripada 1,172 ekar tanah milik kerajaan negeri Selangor yang dijual kepada Tropicana pada April 2013.

Khalid Ibrahim juga pada 25 Mac 2014 tandatangani satu lagi MoU dengan Eco World dengan menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsapuri mampu milik di bawah geran 'Selangorku' dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Eco World Berhad. Padahal projek Sungai Sering, Ukay Perdana itu pada asalnya dirundingkan syarikat lain.

Khalid Ibrahim selaku anggota dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik hanya hadir mesyuarat parti sebanyak 42 daripada 136 kali sejak PR memerintah Selangor. Khalid Ibrahim adalah Adun Pelabuhan Kelang dan bukan lagi Adun Ijok sejak 2013.[5]

Saman dan saman balas berlaku antara Khalid Ibrahim dengan Bank Islam Malaysia Berhad berhubung transaksi jual beli saham 1997.Pinjaman atau hutang itu berjumlah RM66.67 juta.[6] Abdul Khalid menyaman BIMB pada 18 Mei 2007 kerana mendakwa Bank Islam (BIMB) itu telah melakukan kesalahan melupuskan saham beliau dalam Guthrie Berhad yang diperoleh menerusi pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) pada 30 April 2001.[7] Abdul Khalid yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB.[8][9] Pada 3 Mac 2010, Mahkamah Rayuan memutuskan Khalid Ibrahim tidak perlu membayar hutang 1997 berjumlah RM66.67 juta . Selain itu wujud pertikaian sistem perbankan Islam dan bercanggah dengan ajaran agama serta perjanjian itu dilakukan secara kolateral.[10]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kongres Nasional PKR Ogos Ini, Berlangsung Dalam Kemelut
  2. ^ "Kongres kali terakhir Anwar sebelum dipenjara, kata Pemuda PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-06. Dicapai pada 2014-11-26.
  3. ^ Status 'Ketua Umum' bakal dibincang di Kongres Nasional Khas PKR
  4. ^ JPP: Kongres PKR selepas Syawal
  5. ^ PKR: Khalid ada masalah integriti, disiplin
  6. ^ Kes saman BIMB: Khalid atur suntikan modal AS$100j
  7. ^ "Kes saman Khalid Ibrahim dan Bank Islam ditangguh Isnin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-19. Dicapai pada 2014-11-26.
  8. ^ Kes saman Guthrie - Bank Islam diperintah serah dokumen
  9. ^ Kes MB Selangor dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  10. ^ Khalid tidak perlu bayar RM66.67 juta