Kongres Zionis Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongres Zionis Pertama (Ibrani: הקונגרס הציוני הראשון) merupakan nama yang telah diberikan kepada kongres yang berlangsung di Basel (Basle), Switzerland, bermula pada 29 Ogos hingga 31 Ogos 1897. Ia merupakan kongres pertama bagi Pertubuhan Zionis (mula menjadi Pertubuhan Zionis Sedunia pada tahun 1960). Kongres ini telah diatur dan dipengerusikan oleh Theodor Herzl, pengasas Zionisme moden. Pencapaian utama dalam kongres ini adalah rumusan pelantar Zionis, yang dikenali sebagai Program Basle, penubuhan Pertubuhan Zionis Sedunia, dan penerimaan Hatikvah sebagai lagu kebangsaan (sudah menjadi lagu kebangsaan bagi Hovevei Zion dan kemudian sebagai lagu kebangsaan bagi negara Israel).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]