Kongsi (pertubuhan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongsi (Bahasa Cina: 公司; pinyin: gōngsī; Wade-Giles: kung-ssu; Pe̍h-ōe-jī: kong-si; Jawi: كوڠسي) adalah istilah transkripsi Hokkien yang bermaksud "syarikat", terutama perniagaan yang telah diperbadankan. Walau bagaimanapun, perkataan itu mempunyai makna lain dalam konteks sejarah yang berbeza.[1][2] Kongsi paling sering dikenal sebagai pertubuhan sosial Cina atau perkongsian, tetapi istilah ini juga digunakan untuk pelbagai institusi Cina. Di kalangan orang Cina seberang laut, kata kongsi digunakan untuk merujuk kepada kedua-dua pertubuhan puak atau klan, yang ahlinya mempunyai keturunan yang sama, dan kelab sosial untuk pendatang Cina yang berasal dari wilayah yang sama. Selepas abad ke-19, pertubuhan-pertubuhan ini mula dikenali sebagai hui guan atau hwee kuan (會館, yang secara harfiah bermaksud "dewan pertemuan").

Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Masyarakat-masyarakat pelombong dalam kalangan orang Cina Hakka memainkan peranan utama dalam tampuk kuasa sehinggakan lama-kelamaan bersatu menjadi entiti politik yang berfungsi sebagai negara yang memerintah sendiri oleh para ahli pelombong, yakni sebagai suatu republik kongsi.[3] Menjelang pertengahan abad ke-19, republik-republik kongsi ini menguasai sebahagian besar barat pulau Borneo; tiga republik yang terbesar adalah Republik Lanfang, Republik Heshun (Fosjoen), dan Persekutuan Santiaogou (Samtiaokioe).[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peng, Wang Tai (1979). "The Word "kongsi": A Note". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 52(1 (235)) (1 (235)): 102–105. JSTOR 41492844.
  2. ^ Bingling., Yuan (2000). Chinese democracies : a study of the kongsis of West Borneo (1776-1884) (dalam bahasa Inggeris). Leiden: Research School of Asian, African, and Amerindian Studies, Universiteit Leiden. ISBN 9789057890314. OCLC 43801655.
  3. ^ Heidhues, Mary Somers (1996). "Chinese Settlements in Rural Southeast Asia: Unwritten Histories" in Sojourners and settlers : histories of Southeast Asia and the Chinese : in honour of Jennifer Cushman (dalam bahasa Inggeris). Reid, Anthony, 1939-, Alilunas-Rodgers, Kristine., Cushman, Jennifer Wayne, 1944-, Asian Studies Association of Australia. St Leonards, NSW: Allen & Unwin. ISBN 978-1863739900. OCLC 34635810.
  4. ^ Heidhues, Mary Somers (2003). Golddiggers, farmers, and traders in the "Chinese districts" of West Kalimantan, Indonesia (dalam bahasa Inggeris). Ithaca, N.Y.: Southeast Asia Program Publications, Southeast Asia Program, Cornell University. ISBN 9780877277330. OCLC 52052835.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]