Koningsdag

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Koningsdag
Koningsdag
Orang ramai berpakaian jingga sedang menari-nari di terusan Amsterdam ketika sambutan Hari Ratu pada tahun 2007
Diraikan oleh Belanda
Jenis Perayaan Kebangsaan
Kepentingan Hari keputeraan Raja Willem-Alexander
Tarikh 30 April (29 April jika 30 hb jatuh pada hari Ahad)
Sambutan Permainan kanak-kanak, pasar borong, konsert
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Koningsdag (Sebutan Belanda: [ˈkoːnɪŋzdɑx] ( listen)) atau Hari Raja ialah sebuah cuti kebangsaan di Kerajaan Belanda. Diraikan pada 27 April (26 April jikalau 27hb itu hari Ahad), tarikh itu menandakan keputeraan Raja Willem-Alexander.[1] Sehingga Ratu Beatrix turun takhta pada tahun 2013, perayaan ini dikenali sebagai Koninginnedag (Sebutan Belanda: [ˌkoːnɪŋˈɪnədɑx] ( listen)) atau Hari Ratu dan diraikan pada 30 April.

Cuti ini pada awalnya disambut pada 31 Ogos 1885 sebagai Prinsessedag atau Hari Puteri, hari keputeraan kelima Puteri Wilhelmina, kemudian bakal pewaris kepada takhta Belanda. Pada sambutan baginda puteri pada bulan November 1890, cuti berkenaan memperoleh nama Koninginnedag, pertama kali diraikan pada 31 Ogos 1891. Pada bulan September 1948, paduka puteri Wilhelmina Juliana menaiki takhta dan cuti ini dipindah ke hari keputeraan baginda iaitu 30 April. Cuti ini telah diraikan pada tarikh ini dari tahun 1949.

Paduka puteri Ratu Juliana, Beatrix, kekalkan perayaan ini pada 30 April setelah baginda menaiki takhta pada tahun 1980, walaupun hari keputeraan baginda pada 31 Januari.[2] Ratu Beatrix mengubah adat istiadat paduka bonda baginda iaitu perarakan bungaan di Istana Soestdijk, dengan memilih mencemar duli menziarah bandar-bandar Belanda yang berbeza setiap tahun dan berkenan turut serta pesta dengan paduka anakanda baginda. Pada tahun 2009, baginda Ratu meraikan Hari Ratu di bandar Apeldoorn apabila seorang lelaki cuba untuk menyerang baginda dengan cuba merempuh bas kerabat diraja dengan keretanya; namun dia pandu ke orang ramai dan merempuh sebuah monumen: tujuh orang di dalam orang ramai itu terbunug, serta pemandu itu. Ratu Beatrix turun takhta pada Koninginnedag 2013, dan paduka putera baginda, Willem-Alexander, menaiki takhta (raja pertama sejak perayaan cuti kebangsaan ini). Akibatnya, cuti ini dikenali sebagai Koningsdag dari tahun 2014 hingga sekarang dan perayaan ini dipindah tiga hari ke belakang kepada 27 April, hari keputeraan baginda Raja.

Koningsdag terkenal dengan vrijmarkt ("pasar borong") di seluruh negara, di mana orang Belanda menjual barangan mereka yang telah digunakan. Ia juga merupakan peluang bagi "gila jingga" atau oranjegekte, sejenis kegilaan dinamakan sempena warna kebangsaan Belanda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sambutan hari lahir Ratu Wilhelmina merupakan Hari Ratu pertama di Belanda

Tujuan asal sambutan Hari Raja yang dianjurkan oleh Kesatuan Liberal adalah sebagai hari perpaduan kebangsaan di Belanda. Ia bermula dengan sambutan hari lahir Puteri Wilhelmina pada 31 Ogos 1885. Dari 1885 hingga 1850, perayaan ini digelar Prinsessedag yang bermaksud "Hari Puteri", sehingga hari pertabalan Wilhelmina pada 1890. Sejak 31 Ogos 1891, perayaan ini dikenali dengan nama Koninginnedag atau "Hari Ratu". Hari Ratu bukan hanya merupakan hari lahir Ratu, tetapi juga jatuh pada hari terakhir cuti musim panas, menjadikannya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Tidak seperti pengganti-penggantinya, Ratu Wilhelmina hampir tidak pernah hadir ke sebarang pesta pada Hari Ratu.[3][4]

Pada bulan September 1948 Ratu Juliana menaiki takhta Belanda dan sejak tahun 1949, tarikh Hari Ratu ditukar kepada hari lahirnya, 30 April. Apabila 30 April jatuh pada hari Ahad, Hari Ratu akan disambut pada 29 April.[5] Pada hari ini, Ratu Juliana menerima bunga yang disembahkan di Istana Soestdijk, di mana baginda bersemayam.[3] Ratu dan keluarga baginda akan berdiri di pentas khas dan barisan panjang rakyat akan melaluinya, mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah dan bunga. Perarakan ditayangkan di saluran televisyen kebangsaan sejak tahun 1950. Apabila semakin ramai orang menerima cuti pada hari ini, Hari Ratu menjadi cuti umum kebangsaan untuk "bersatu hati" (bahasa Belanda: saamhorigheid).[3]

Ratu Beatrix berbual dengan Datuk Bandar The Hague Wim Deetman di Scheveningen ketika Hari Ratu pada tahun 2005

Apabila Ratu Beatrix menggantikan ibunya Ratu Juliana pada 30 April 1980, baginda membuat keputusan mengekalkan sambutan ini pada 30 April sebagai tanda penghormatan kepada ibunya[3] dan juga atas sebab-sebab praktikal, kerana hari lahir sebenar baginda (31 Januari) jatuh pada musim sejak yang tidak memungkinkan pesta-pesta tradisional diadakan di luar, manakala keadaan cuaca pada 30 April adalah lebih baik. Berbeza dengan ibunya, Juliana, Beatrix tidak hanya menerima tetamu di kediamannya tetapi membuat kunjungan bertemu dengan rakyat di seluruh pelusuk negara. Sejak menaiki takhta, Ratu Beatrix dan keluarganya melawat satu, dua atau kadang-kadang tiga tempat pada Hari Ratu,[6] di mana versi setempat tarian tradisional Belanda dan demonstrasi kraftangan lama dipertunjukkan kepada baginda. Pada 2001, lawatan keluarga diraja pada Hari Ratu telah dibatalkan atas sebab kebimbangan mengekalkan langkah-langkah kuarantin bagi mengawal penularan penyakit kaki dan mulut.[7] Ratu Beatrix telah melawat bandar-bandar berikut pada Hari Ratu:[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AZ (30 April 2013). "Besluit vaststelling en aanduiding zevenentwintigste april als Koningsdag" (dalam bahasa Belanda). BWBR0032908. 
  2. ^ AZ (24 April 1980). "Besluit aanduiding van de dertigste april als Koninginnedag" (dalam bahasa Belanda). BWBR0031338. 
  3. ^ a b c d "Koninginnedag past dan present". The Dutch Royal House. Rijksvoorlichtingsdienst. Dicapai 2008-05-01.  pautan luar dalam |work= (bantuan)[pautan putus]
  4. ^ (Belanda) "Koninginnedag vroeger en nu". Het Koninklijk Huis. Rijksvoorlichtingsdienst. Diarkibkan daripada asal pada 2008-04-06. Dicapai 2008-05-01.  pautan luar dalam |work= (bantuan)
  5. ^ "30 April". The Dutch Royal House. Rijksvoorlichtingsdienst. Dicapai 2008-05-01.  pautan luar dalam |work= (bantuan)[pautan putus]
  6. ^ a b (Belanda) "Bijwoning viering Koninginnedag sinds 1981". Het Koninklijk Huis. Rijksvoorlichtingsdienst. Dicapai 2008-05-01.  pautan luar dalam |work= (bantuan)[pautan putus]
  7. ^ (Belanda) Toespraak minister-president t.g.v. Koninginnedag 2001 (speech of prime minister concerning queensday 2001

External links[sunting | sunting sumber]