Konsert Akar Manifestasi Akustika M. Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsert Akar Manifestasi Akustika M. Nasir
Konsert oleh M. Nasir
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatPusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Album berkaitan
Tarikh26 Oktober 1995
Tempoh masa2 jam
Jumlah persembahan1
Artis jemputanEbiet G. Ade
Kehadiran3,000
BelanjawanRM250,000
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert Akar Manifestasi Akustika M. Nasir ialah konsert oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir. Konsert ini diumumkan pada September 1995 dan diadakan pada 26 Oktober 1995 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.[1][2] Menerusi konsert ini, M. Nasir mempersembahkan sebanyak 17 lagu, dengan iringan daripada 24 pemuzik tempatan dan antarabangsa. Konsert ini menjadi kejayaan komersial dan menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik muzik.[3]

Konsert[sunting | sunting sumber]

Pada 28 September 1995, Harian Metro melaporkan bahawa M. Nasir akan bergabung tenaga dengan 24 pemuzik tempatan dan antarabangsa dalam satu konsert di yang dijadualkan berlangsung pada Oktober.[4] Untuk konsert ini, Nasir memilih Akar Manifestasi sebagai tajuk kerana mahu menampilkan lagu yang dimainkan secara akustik atau lebih banyak menggunakan gitar.[5]

Ia telah diumumkan bahawa konsert ini menelan belanja sebanyak RM250,000.[3] Satu pameran telah diadakan di Pusat Penerangan dan Pelancongan (Matic) pada 20 Oktober bagi mempromosikan konsert ini.[6]

Konsert Akar Manifestasi Akustika M. Nasir diadakan pada 26 Oktober 1995 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.[7] Diiringi oleh 12 orang pemuzik bertali dari Filipina yang dipimpin oleh Eddie Marzuki dan para pemuzik tempatan iaitu Yan (Bass), Aznan (gitar), Rafi (gitar), Mohar (seruling), Zul Mahad (piano), S Atan (akordian), Tom (dram), Addie (saksofon), Mohd Rejab (trombon) dan Cony Soliano (trompet), konsert yang dihadiri seramai 3,000 penonton,[8][9] menyaksikan M. Nasir telah mempersembahkan sebanyak 17 lagu lama dan baharu.[3]

Kumpulan Freshies muncul sebagai penyanyi latar. Nasir telah menjemput penyanyi yang diundang khas dari Indonesia, Ebiet G. Ade. Mereka berduet menyampaikan sebuah lagu berjudul "Khabar buat Kawan".[10] Konsert berakhir dengan M. Nasir menyanyikan lagu "Apokalips" sebagai lagu perpisahan.[3]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

M. Nasir
  1. "Mustika"
  2. "Kepadamu Kekasih"
  3. "Lambaian Sukma"
  4. "Akar Kita"
  5. "Panji Gelora"
  6. "Nyanyian Jiwa"
  7. "Keroncong Buat Ana"
  8. "Mencurah Janji di Daun Keladi"
  9. "Tanya Sama Itu Hud Hud"
  10. "Mentera Semerah Padi"
  11. "Bonda"
Ebiet G. Ade
  1. "Titip Rindu Buat Ayah"
  2. "Kamelia II"


Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh Negara Bandar Lokasi Masa Kehadiran penonton Jualan tiket
26 Oktober 1995 Malaysia Kuala Lumpur 8:30 malam (WPM) Pusat Dagangan Dunia Putra 3,000 Habis dijual

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saniboey Mohd Ismail (11 Oktober 1995). "Nasir tak canggung". Harian Metro. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  2. ^ Saniboey Mohd Ismail (22 Oktober 1995). "Akar jadi bualan". Metro Ahad. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  3. ^ a b c d "Keunggulan muzik Melayu". PESTA. 29 Oktober 1995. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  4. ^ "M. Nasir nyanyi 17 lagu tanpa henti". Harian Metro. 28 September 1995. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  5. ^ Saniboey Mohd Ismail (23 Oktober 1995). "M. Nasir simpan rahsia". Harian Metro. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  6. ^ Rozila Saibi (21 Oktober 1995). "Pameran serikan konsert". Harian Metro. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  7. ^ Rosidi Daud (3 Oktober 1995). "Back on a grander scale". The Malay Mail. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  8. ^ Roslen Fadzil; Hartati Hassan Basri (27 Oktober 1995). "Pujian untuk Nasir". Harian Metro. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  9. ^ Hartati Hassan Basri (30 Oktober 1995). "Konsert Akar beri sejuta kepuasan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  10. ^ "Ebiet yakin konsert beri kepuasan". Harian Metro. 26 Oktober 1995. Dicapai pada 19 Julai 2021.