Pergi ke kandungan

Konsert Komedi 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsert Komedi 2017
GenreKomedi
FormatRancangan realiti
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna 132
Astro Warna HD 124
Siaran asal12 Mei 2017 – 30 Jun 2017
Kronologi
MengikutiMaharaja Lawak Mega

Konsert Komedi 2017 bersiaran mulai 12 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam. Rancangan ini dihoskan oleh 8 pelawak terkenal Malaysia yang bergilir setiap minggu, di mana mereka diberi kebebasan untuk mengendalikan acara mereka sendiri, namun perlu diselitkan dengan sketsa dan nyanyian yang menggeletek hati penonton.

Istimewanya kali ini, kumpulan pelawak Malaysia iaitu kumpulan Senario dengan gabungan hampir kesemua ahlinya, atas nama Senariounion membuat penampilan buat julung kalinya.

Senarai pelawak Konsert Komedi 2017

[sunting | sunting sumber]
  • Sepahtu Sinar (Jep, Shuib & Rahim)
  • Senariounion (Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin, Ilya & Hamdan)
  • Zero (Atu, Syaiful & Shariff)
  • Bocey (Abam, Fad & Achey)
  • Nabil Ahmad (Konsert Komedi Raya Sempena Syawal 2017)
  • Dato' AC Mizal
  • Baik Punya Cilok (BPC) (Afdlin Shauki & Dato' Hans Isaac, menampilkan Dato' AC Mizal)
  • Shiro (Shahrol & Ajak)
MingguGiliranBersama
Minggu 1Sepahtu SinarIlya Senario, Siti Nordiana, Erra Fazira, Ebby Yus & Joey (Joras)
Minggu 2Dato' AC MizalElla, Dato' Zainal Abidin, Joey (Joras), Datuk Chef Wan & 4U2C
Minggu 3BoceyPuteri Balqis & Joey (Joras)
Minggu 4ShiroTauke (Jambu) & Marsha Milan
Minggu 5Baik Punya CilokErra Fazira
Minggu 6ZeroStacy & Mamak (Puteh)
Minggu 7SenariounionRamlah Ram
Minggu 8Nabil Ahmad