Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan
Konsert oleh M. Nasir
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatDewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Album berkaitan
Tarikh mula23 November 2019
Tarikh tamat24 November 2019
Tempoh masa3 jam 30 minit
Jumlah persembahan2
Kehadiran2,800
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan ialah konsert solo berskala besar oleh M. Nasir, dianjurkan oleh Shiraz Projects. Konsert ini berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 November 2019 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang mana M. Nasir akan mempersembahkan 20 lagu dari album-albumnya secara langsung.[1][2] Konsert ini diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-40 kerjaya muzik beliau.[3][4][5] Sebuah album kompilasi iringan juga telah diterbitkan bagi mempromosikan konsert ini.[6] Ini menjadi konsert solo pertama beliau dalam tempoh 5 tahun sejak Konsert M. Nasir... Kembara (2015).[7]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Saya memang ada perancangan untuk mengadakan konsert setiap kali selepas menghasilkan album. Selalunya, saya mengambil masa lama kerana mahukan persembahan istimewa buat peminat. Namun, semangat untuk mengadakan konsert skala besar ini semakin membara apabila bertemu penganjur konsert ini, Shiraz yang membantu merealisasikannya,"

— M. Nasir dalam konsert Satu Hikayat.[8]

Konsert ini diumumkan oleh M. Nasir dalam satu sidang media yang diadakan pada 26 Ogos 2019.[1] Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh penganjur dan Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, M. Nasir menyifatkan konsertnya ini sebagai luar biasa dan merupakan penghargaan terbesarnya buat para peminat.[9] Lebih istimewanya apabila konsert kali ini memberi seribu satu kelainan apabila beliau turut mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya untuk penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air.[9] Bagaimanapun, tiada artis jemputan untuk konsert ini.[8]

Memilih untuk "merahsiakan" lagu-lagu yang bakal dipersembahkan, beliau mengakui berdepan kesukaran untuk memilih lagu-lagu untuk dipersembahkan pada konsert kali ini.[9] Mengikut perancangan, beliau bakal menyampaikan rangkaian lebih 20 lagu malar segar sejak kemunculan pertamanya dari 1979 sehingga kini.[9] Konsert ini juga membabitkan sesi santai dan ramah mesra bersama peminat setia apabila beliau menyanyikan lagu ciptaan sendiri tetapi untuk penyanyi lain termasuk secara medley.[9]

Pada asalnya, konsert ini diadakan selama satu malam sahaja, namun M. Nasir mengumumkan pada Oktober 2019 bahawa konsert solonya ini ditambah kepada satu malam lagi, iaitu pada 24 November 2019 bagi persembahan kedua.[10] Beliau berkata, peminat mungkin sudah lama tidak menyaksikan konsert solonya menyebabkan mereka meminta tambahan persembahan.[11] Ini menjadi konsert solo pertama M. Nasir dalam tempoh 5 tahun sejak kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Konsert M. Nasir... Kembara yang diadakan pada 2015.[7]

Konsert M. Nasir Satu Hikayat akan diiringi pemuzik dikenali sebagai ‘Gong’ yang terdiri daripada Aznan Alias yang turut berkhidmat sebagai pengarah muzik, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists, yang sering bersama beliau dalam persembahan konsert dan rakaman album.[12]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Konsert ini menyaksikan beliau mempersembahkan lagu-lagu malar segar sejak kemunculan pertamanya dalam bidang muzik pada 1979 sehingga kini bagi meraikan sokongan besar dari para peminat setianya di Malaysia dan sekitar rantau ini. M. Nasir juga akan diiringi dengan kumpulan Gong yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan.[13] Konsert bermula dengan persembahan sketsa wayang kulit oleh Sabri Yunus sebagai Wak Dogo dan Wak Long oleh Romli dan turut diiringi oleh kumpulan dikir barat.[14]

Tidak hanya membuat persembahan, M Nasir juga menyelitkan elemen jenaka bersahaja yang membuatkan penonton tak kering gusi sambil berpeluang menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat dan penganjur yang menjayakan konsert ini. Antara yang paling mencuri perhatian ialah apabila beliau mempersembahkan medley lagu ciptaannya yang pernah dipopularkan artis lain. M Nasir kemudian menutup persembahan dengan menyampaikan lagu "Mustika" sebagai sebahagian daripada persembahan nyanyian ulangan sambil memperkenalkan barisan pemuzik pengiring yang diketuai oleh komposer Zul Mahat.[15][16]

Persembahan komersial[sunting | sunting sumber]

Tiket untuk konsert ini mula didapati pada jam 2 petang 28 Ogos 2019 melalui vendor tiket www.myticket.asia. Harga tiket ditawarkan antara RM160 dan RM860,[9][17][18] ia dilaporkan pada Oktober 2019 bahawa tiket konsert telah habis dijual menyebabkan sebilangan besar peminat kecewa.[10][19] Tiket untuk persembahan kedua mula dijual pada jam 10 pagi 14 Oktober 2019.[10][20] Menurut penerbit eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Abdul Karim: "Sekiranya anda membandingkan harga dengan tiket yang dijual semasa bintang antarabangsa datang ke sini untuk membuat persembahan, julat harga untuk konsert M. Nasir amat berpatutan. Konsert ini tidak mempunyai penaja. Kami bergantung pada penjualan tiket untuk membayar perbelanjaan seperti penyewaan dewan konsert dan gaji mereka yang terlibat dalam penganjuran konsert ini".[21]

Pada malam Konsert M. Nasir Satu Hikayat berlangsung, ia dihadiri seramai 2,800 penonton dan peminat-peminat tegar M. Nasir.[22] Ia turut dihadiri oleh rakan artis Ramli Sarip, Hattan, Amy Search dan Tam Spider selain turut dihadiri oleh ahli politik Nik Nazmi, Najwan Halimi dan Young Syefura Othman.[23]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Konsert ini juga menerima ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik. Dalam ulasan retrospektif untuk Kopiplanet mengenai konsert ini, Juliana Johar berkata: "Ternyata konsert yang dianjurkan Shiraz Projects ini berjaya mengembalikan nostalgia buat peminat setia M. Nasir dan tidak mustahil di atas sambutan yang diberikan, jenama 40 Tahun Hikayat M. Nasir mungkin boleh dijadikan sebagai konsert jelajah di setiap negeri selepas ini, mana tahu kan?".[16] Fariza Saidin memuji persembahan, sistem bunyi, pencahayaan dan muzik konsert itu sambil berkata "Hebat! Puas dan berbaloi wang ringgit untuk dibelanjakan".[24] Fiza Kamarudin dari Astro Gempak dalam ulasannya berkata: "Kesimpulannya, M. Nasir bukan sekadar nama, tetapi berada dalam kelas tersendiri".[14] Rimanilzah dari Malaysiakini berpendapat: "Memang diakui M Nasir ada terlupa lirik dan kelihatan janggal dalam beberapa momen persembahan. Namun demikian, peminat tegarnya amat maklum tentang hal ini dan dalam beberapa bahagian "membantu beliau melanjutkan persembahan"".[25]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Video Wayang kulit - Sketsa Pak Dogo Sabri Yunus
  1. "Langgam Pak Dogo"
  2. "Anak Anak Kita"
  3. "Phoenix Bangkit Dari Abu"
  4. "Keroncong untuk Ana"
  5. "Sentuhan Listrikmu"
  6. "Bila Rumi Menari"
  7. "Tari Cinta Mistikal"
Medley - Lagu Hits Ciptaan M. Nasir
  1. "Kenangan Lalu" - Flybaits
  2. "Hingga Akhir Nanti" - Alleycats
  3. "Sekuntum Mawar Merah" - Alleycats
  4. "Milik Siapakah Gadis Ini" - Sudirman
  5. "Bercanda di Pasiran Pantai" - Sudirman dan Anita Sarawak
  6. "Istana Menanti" - Rahim Maarof
  7. "Hani" - Hattan
  8. "Sentuhan Kecundang" - Ekamatra
  9. "Sampai Hati" - Kugiran
  10. "Fantasia Bulan Madu" - Search
  11. "Sejati" - Wings
  12. "Peronda Jaket Biru" - Wings
  13. "Pawana" - Search
Sabri Yunus - Dikir Barat.... Intermissions
  1. "Ekspres Rakyat" (Intro)
  2. "Hati Emas"
  3. "Perjuangan"
  4. "Gerhana"
  5. "Gurindam Gunung Tahan"
  6. "Bikin Filem"
  7. "Bukalah Hatimu"
  8. "Hijab Kekasih"
  9. "Mentera Semerah Padi"
  10. "Sahabat Gua"
  11. "Apokalips"
  12. "Ada"
  13. "Suatu Masa"
  14. "Raikan Cinta"
  15. "Mustika"

Sumber: Diperoleh daripada sidang media konsert.[26]

Album[sunting | sunting sumber]

M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan
Album himpunan oleh
Dilancarkan pada
23 November 2019
Dirakamkan pada
1981–2006
Genre
Panjang65:05
Syarikat
Kronologi M. Nasir
M. Nasir... Kembara Sakti
(2015)
M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan
(2019)

Sebuah album kompilasi khas telah diterbitkan bagi mempromosikan M. Nasir Satu Hikayat - 40 Tahun Perjalanan. Album ini mengandungi 14 lagu-lagu nyanyian dan ciptaan M. Nasir yang mewakili setiap album sepanjang 40 tahun kerjayanya sebagai penyanyi dan pemuzik. Ia dikeluarkan pada 23 November 2019 oleh Luncai Emas dan Shiraz Projects.[6]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Suatu Masa"   4:39
2. "Hati Emas"   4:05
3. "Kepadamu Kekasih"   5:59
4. "Gerhana"   5:36
5. "Keroncong Untuk Ana"   4:27
6. "Kami Orang Melayu"   3:20
7. "Duit"   3:18
8. "Rupa Tanpa Wajah"   5:04
9. "Mustika"   5:59
10. "Apokalips"   6:55
11. "Mentera Semerah Padi"   4:04
12. "Andalusia"   5:04
13. "Phoenix Bangkit Dari Abu"   5:14
14. "Sang Pencinta"   4:06
Jumlah masa:
65:05

Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Tempat Masa Kehadiran penonton Jualan tiket
23–24 November 2019 Kuala Lumpur Malaysia Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 8:30 malam (WPM) 2,800 Habis dijual

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ahmad Isyafiq Mad Desa (26 Ogos 2019). "M. Nasir cabar penyanyi baharu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-28. Dicapai pada 5 April 2020.
  2. ^ Budiey (27 Ogos 2019). "Konsert M. Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan bakal ubati kerinduan peminat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  3. ^ Mumtaj Begum (31 Disember 2019). "Even at 62, M. Nasir is far from done". The Star Online. Dicapai pada 5 April 2020.
  4. ^ "M. Nasir: A life in music". The Star Online. 31 Disember 2019. Dicapai pada 5 April 2020.
  5. ^ "Man of vision". The Star Online. 14 November 2019. Dicapai pada 12 April 2020 – melalui PressReader.
  6. ^ a b "Buka kotak CD kompilasi Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan". Prahara Seni. 30 November 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  7. ^ a b "Sifu ubati rindu peminat menrusi Konsert M. Nasir Satu Hikayat". Utusan Borneo. 27 November 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  8. ^ a b Ramlah Zainal (3 September 2019). "Semangat kian membara". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  9. ^ a b c d e f Hashimi Muhamad (26 Ogos 2019). "M. Nasir rai ulang tahun ke-40 dengan konsert berskala besar". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-26. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  10. ^ a b c Farihad Shalla Mahmud (13 Oktober 2019). "Konsert M. Nasir tambah satu malam lagi". Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  11. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Oktober 2019). "Tiket konsert M. Nasir habis dijual, penganjur tambah sehari lagi". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  12. ^ "Menjelang konsert M. Nasir Satu Hikayat, jom tengok sifu rehearsal". Astro Awani. 22 November 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  13. ^ "Konsert M. Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan, 23 November ini". Utusan Borneo. 21 Oktober 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  14. ^ a b Fiza Kamarudin (25 November 2019). "3 jam tak terasa! Konsert M. Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan memang padu". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  15. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 November 2019). "Lagu malar segar membuai rasa". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  16. ^ a b Juliana Johar (26 November 2019). "Imbau nostalgia, konsert 40 tahun hikayat M. Nasir penuh bertenaga". Kopiplanet. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  17. ^ "Jualan tiket konsert M. Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan dibuka esok". Suria. 27 Ogos 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  18. ^ Syahrul (19 Ogos 2019). "Datuk M. Nasir celebrates 40th anniversary with special concert". Hype.my. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  19. ^ "Tiket konsert M. Nasir Satu Hikayat habis terjual". Astro Awani. 3 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-04. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  20. ^ "Tiket konsert M. Nasir ditambah sehari lagi". XTRA. 13 Oktober 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  21. ^ Tahir Alhamzah (15 November 2019). "#Showbiz: M. Nasir celebrates his 40-years of music-making music". New Straits Times. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  22. ^ "Konsert M. Nasir Satu Hikayat ubati rindu peminat". Malaysiakini. 24 November 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  23. ^ Irwan Muhammad Zaini (27 November 2019). "M. Nasir: Hikayat seorang seniman". Astro Awani. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  24. ^ "Konsert 40 tahun perjalanan M. Nasir". Fariza Saidin. 24 November 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  25. ^ Rimanilzah (28 November 2019). "Terpukau hikayat 40 tahun M. Nasir". Malaysiakini. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  26. ^ Shiraz Projects (2019). "Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan" (Sidang Media). Shiraz Projects.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]